26 (editing)

20 3 0
                                        

" Andai fatamorgana itu berupa air,
Bahtera Laksamana jugakan tenggelam,
Di bawah layaran samudera dan angin kencang,
Berharapkan cahayalah mampu membuka lembaran,"

@@@

Kawasan Sungai Melaka sangat berangin-angin waktu itu. Aku melihat melalui ekor mata pada Mayaa di sebelah aku. Pakaian dia sangat berbeza dari semalam. Baju hari ini penuh kecomelan. Dress berbunga-bunga dengan beropol di bahagian pergelangan tangannya. Beg bunganya dan kasut flat berwarna hijau cair.

" Taste baju kau memang semua comel-comel ke macam mana?" gumamku tertanya sendiri. Dia berjalan menonong tidak tahu ke mana dan aku hanya setia berada di sisinya.

" Aku tak nak terus cari kunci seterusnya, aku nak jalan-jalan dulu," ujarnya sebelum pergi ke siungai itu. Katanya begitu, tapi aku tak tahulah dia ni tahu jalan ke tak sebab dari tadi dia jalan macam tak tahu jalan.

Tapi aku ikutkan saja. Lama aku mengikut dia berjalan dan akhirnya dia membuka kameranya dan matanya di dekatkan di viewfinder. Beberapa gambar tempat dan bangunan diambil olehnya kemudian kamera itu menghala ke arah aku.

" Najdee..." Bisiknya mengambil perhatian aku.

" Senyum..." aku tersenyum kecil dan memasukkan tangan ke dalam seluar aku. Kepalaku didongak sedikit.

Selesai bergaya beberapa gaya lagi, aku memintanya melihat gambar tersebut.

Wow!

Model worthy!

Melihat dia turut tersengih-sengih melihat gambar aku, bahagian perut aku bergelora.

" Cantikkan?! Sepanjang kita pergi cari kunci kau, aku fikir aku nak jadikan kau model dekat semua tempat kita pergi, boleh?"

' How much gaji aku?'

" percumalah, boleh?" jawabnya sambil tersengih.

' Amboi, sedap nak percuma. Boleh, tapi lepas ni jangan ungkit kata aku menganggur, aku dah jadi model cacai kau,' ujarku dan spontan dia mengembangkan hidung dia.

" Tak nak, nak ungkit juga. Dah menganggur tu tak nak mengaku pula,"

' Sebab aku bukan penganggur, aku cuma tak kerja je. Lagipun aku masih boleh tampung hidup aku sampai tua jadi kaya raya,' wajahnya berubah makin menyampah.

" Apa bezanya? Tetap tak bekerja, orang berilmu tapi tak sumbangkan balik ilmunya pada masyarakat, sebab dia ada pilihankan..." nada Mayaa jelas memerli Aku mencebik kecil mengaku kalah.

"Dah jom, kalau aku gaduh dengan kau memang banyak masa terbazir. Baik kita pergi naik bot," dia terus berlalu ke kaunter tiket tidak memberi ruangan aku membalas perliannya. Mengaku kalah sajalah Najdee, kau tak boleh menang kalau dengan dia.

" Saya nak tiket dua, eh satu!" hampir sahaja Mayaa membazir duit beli dua tiket. Budak ni memang lupa kadangkala yang aku ni halimunan dan dia sahaja boleh nampak aku. Tak tahu nak buat apa dengan ingatan seorang Mayaa Adeera ni.

Setibanya dia di atas bot dia pergi di bahagian paling hadapan. Dibelakangnya ada penumpang lain yang turut beratur ingin masuk. Aku perhati semua yang masuk disitu sehingga semua selesai memasuki bot tersebut.

Sekarang aku nak duduk mana? Semua tempat sudah penuh diduduki orang.

Melihat situasi itu aku putuskan untuk berdiri di atas dek bot itu sahaja. Bukannya aku akan jatuh pun nanti, inersia pun tak boleh ganggu keseimbangan aku. Hidup halimunan!

Bila tengok penumpang lain terhuyung hayang apabila masuk ke dalam bot itu tadi aku terasa sedikit berkelebihan.

Mengabaikan sifat ujub aku tadi, aku bayangkan baju long coat hitam aku dan baju aku terus bertukar.

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now