32 (Editing)

7 0 0
                                        

"A magician don't have super power, what they have is super skill. Quick thinking, and idiot audience,"


Aku berdiri di hadapan rumah yang serupa rumah hantu Najdee. Termenung. Kepala aku pening, mana pergi batu yang kena tekan untuk buka pintu rahsia dia ni. Telefon aku dibuka untuk melihat pesanan dari Salwa. Katanya dia akan sampai dalam 30 minit lagi. Aku nak buat apa sementara ni. Nak masuk tak boleh.

Aku tenung pintu gerbang palsu di situ.

"Tak membantulah kau pintu,"

Oh, mesti yang baca ni tertanyakan dekat mana Najdee, kenapa tak tanya diakan? Macam yang dia cakap sebelum ni, dia pergi siasat racun tu. Jadi dia dekat rumah Kuala Lumpur dia, bukan sini.

"Salwa ni lama lagi ke?" aku nak letak barang semua ni dekat dalam. Lagipun kotak hitam ni bukan boleh bawa balik, nak kena bagi si Salwa.

Akibat bosan aku buat keputusan berpusing sekeliling rumah hantu ni. Besar rumahnya, macam besar padang sekolah. Manalah sempat aku teroka habis sebelum pergi Melaka tu.

Kaki aku ligat berjalan dalam semak belukar di sekeliling rumah itu. Barulah aku tahu belakang rumah itu ada tasik yang penuh hijau lumut. Pokok bunga Lili air memenuhi tasik itu.

"Sayangnya, kalau kemas semak dekat sini mesti cantik. Letak gazebo kecil, lampu warna perang malap ke,"

Aku teruskan jalan di sekitar tasik itu, sehinggalah kaki aku terpijak satu benda yang macam papan kayu. Bunyi papan itu seperti ada ruang di bawah papan itu. Aku terus mengangkat kaki aku. Daun dan semak aku cabut dan tolak untuk lihat. Di bawahnya muncul pintu kayu. Pemegang pintu sudah berkarat. Aku pegang pemegang itu namun secara tiba-tiba sesuatu sejuk dan tajam menyentuh belakang tubuh aku.

"Siapa kau?" suara garau menyapa dari belakang aku. Aku kaku. Kedua tangan aku spontan naik ke atas.

"S-sa-saya Mayaa,"

"Owh,yang awek Najdee tu?" aku mengerutkan dahi dan terus cuba memusingkan tubuh aku menghadap lelaki itu, namun cepat sahaja benda tajam itu berpindah ke sisi leher aku. Wajah bengis lelaki itu dapat aku lihat lebih jelas. Seiras Najdee tapi lebih tua.

"Jangan gerak, kau masih mencurigakan," lelaki itu tatap muka aku dengan wajah bekunya.

"Apa yang curiganya?!" Aku berang di suspek begitu.

"Kau bau pelik,"

"Huh?" lebih aku pelik dikatakan begitu. Aku tak ada bau apa-apa pun.

"Belerang,kau bau belerang dan..."

"Abang long, kau pun jangan bergerak," aku terkejut melihat Salwa yang muncul di belakang lelaki yang digelar Abang long itu tiba-tiba. Saat kepala aku melihat lebih teliti, Salwa memegang satu benda berbentuk seperti pistol. Wowh, takut betul aku dengan dua beradik ni.

"Well done Salwa. Kau dah lagi licik dari aku nampaknya," Abang Long mengangkat kedua tangannya tanda mengaku kalah. Pisau dia juga laju disimpan di sarung khasnya. Salwa mengangkat sebelah keningnya pada Abang Long itu.

"cepatnya mengaku kalah?"

"Aku malas nak dengar orang tua tu yapping nanti. Bukan sebab aku mengaku kalah. Lagipun depan aku ni tetamu kan? Tapi masih, kawan kau ni...bau pelik,cek lah "

"Tepi," Salwa menolak abangnya. Melihat Salwa menuju ke arah aku, aku pantas menunjukkan ke arah papan tadi. Salwa tersenyum manis.

"Jangan risau, abang aku tu memang macam tu," aku melihat abang long yang mengangkat kedua bahunya.

"Kau ada sentuh pintu ni?" Salwa memanggil aku semula.

"Ada,"

"Ni, kerja Najdee," Pistol di tangan Salwa terus menembak pintu itu. Membuka kunci pintu itu sekaligus.

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now