8

37 4 0
                                        

" perasaan yang indah itu,
apabila aku menjadi seorang yang penting pada seseorang,
tetapi lebih indah sekiranya,
aku mampu mementingkan dia dari diriku sendiri,"

@@@

" pendrive?" tanya ku. Pendrive itu dikeluarkan dari kotak rubic cube. Warnanya hitam dan bercorak labah-labah sebagai logo.

" Ni ke kunci yang kurang untuk buka barang ni," Salwa gumam sendirian.

Perasaan ingin tahu aku dengan ayat yang dimaksudkan oleh Salwa, membuatkan aku menuding jari ke arah kotak sebesar kamera aku yang dipegang oleh dia.

"barang yang jatuh tadi ke? Tu barang apa?"

"Ni barang yang abang aku punya... mungkin." Wajahnya tidak meyakinkan. Najdee apa kau buat sampai adik kau buat muka tak percaya macam tu?

"Dia memang suka kutip barang pelik-pelik. Tapi yang ni, aku tak tahu mana dia dapat, masuk bilik dia tahu-tahu kotak ni ada dalam peti keselamatan dia, nanti kau tanyalah dia,"kotak itu di bawa ke ruang tamu tempat aku baring tadi. Aku hanya membontoti pergerakan Salwa. Terasa tak berguna pun ada melihat Salwa membuat kerjanya.

" Owh,okay, apa fungsi barang tu?"

" dalam surat atas kotak tu dia kata barang ini cipher decoder," bila aku dengar perkataan cipher tu aku dah rasa bodoh.

Cipher tu apa?

Kerana tak puas hati aku membuka kamera aku balik. Mencari-cari kelibat Najdee. Aku malu sebenarnya nak tanya Salwa banyak-banyak. Dia pun macam tak tahu nak terang dekat aku.

Aku melihat Najdee sedang fokus merenung barangnya di sisi Salwa.

Najdee perasan keadaan aku yang sedang memerhatinya dan memalingkan kepalanya menghadap aku.

' kenapa? Kau nak tanya cipher tu apa ke?' soalnya dan aku mengangguk laju. Sangat memahami ya!

Dia kemudian bangkit dan melangkah ke arah aku sambil berbicara.

' cipher in English, Arabnya sifir lebih kurang matematik, cuma lepas dah revolusi dia bukan melibatkan nombor sahaja. Dia libatkan sekali perkataan. Ala-ala teka-teki perkataan. Faham?' Huh? Tak faham!! Tapi...

Aku mengangguk pura-pura faham. Susahlah nak bayang!

Najdee mengeluh kecil dan isyarat kan aku mendekatinya. Mesti dia perasan aku pura-pura faham. Hehe.

Dia kemudian menyuruh kamera aku menghala barang tersebut. Bentuknya seolah kotak hitam yang simpan barang perhiasan perempuan.

Najdee menunjuk pendrive tadi dengan jarinya dan menyuruh aku masukkan ke dalam satu lubang di bawah kotak tersebut.

Aku hanya menuruti dan meminta pendrive dan kotak itu daripada Salwa. Salwa hanya diam memerhati, menyedari aku sedang berkomunikasi dengan Najdee.

" Abang, kenapa kau tak nak kerja eyh?" Soal Salwa tiba-tiba saat aku sibuk meneliti barang tadi.

Najdee diam tidak berkutik. Aku menggeleng ke arah Salwa tanda tiada jawapan.

" Dari dulu aku tanya, tapi kau tak pernah jawab dengan jelas," Salwa mengeluh kecil. Mendengar cerita Salwa, aku mula faham sifat Najdee. Najdee seorang perahsia dan misteri.

Aku menunggu beberapa saat selepas memasang pendrive tadi di kotak itu.

Selepas itu, kotak itu mengeluarkan pancaran di sekitar kotak tersebut. Bunyi melodi kegemaran aku keluar dari kotak tersebut. Melodi ' Caprice no.24 karya Paganini, the devil violinist'. Aku tersenyum kecil teringatkan aku dan Ariz pernah menari kecil di ruang tamu rumah aku dengan muzik ni. Hanya untuk... mengubat hati.

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now