31 (editing)

12 1 1
                                        

"Don't you get tired, To keep denying your secret?

Don't you get tired, To keep burden in your heart?

Don't you get tired, To keep shouting because it hurt?

Yes, I do"

5.00 p.m.

Orang kata firasat wanita itu jarang tidak tepat. Tapi waktu ini aku menyesal tidak ikutkan kata hati aku walaupun aku dah rasa tak sedap hati, dan sepatutnya aku tidak terima tawaran budak tadi, kalau tidak...

5.30 p.m

Setengah jam sebelum kebiasaan Booth event di pusat beli belah itu ditutup.

Setibanya aku diparkir khas wanita di pusat beli-belah tadi, aku turun kereta dan terus menuju ke pintu masuk. Baru sahaja langkah aku ingin masuk ke dalam, sistem elektrik pusat itu tiba-tiba terpadam. Jantung aku bagai terhenti seketika. Jeritan demi jeritan mula kedengaran. Langkah aku terbantut. Aku jadi kejung dengan jeritan itu. Tangan aku yang menggeletar mencari punat kamera di telefon aku sepantas yang boleh. Itu sahaja perkara yang dapat aku fikirkan waktu itu. Najdee.

"Najdee, mana kau... aku takut..." ujarku dalam debaran dada. Namun kelibat Najdee tidak muncul. Aku berpusing-pusing mencari dia. Diri aku bertambah risau.

Nafas aku mula tercungap, dada aku mula berombak laju. Jeritan dari dalam bangunan merisaukan aku. Aku berlari semula ke dalam kereta aku. Telefon aku digenggam erat. Kepala aku muka berdenyut-denyut. Aku mula tidak mendengar apa-apa di sekeliling aku. Aku cuba rehatkan kepala aku di stereng kereta.

"Najdee...mana kau...?"

Satu ketukan di tingkap mengejutkan aku. Aku melihat ke luar tingkap sepantasnya. Seorang lelaki muda, wajah yang tidak dia kenali. Bajunya hitam. Bertopi hitam dan bertopeng muka.

"Akak maaf ganggu, tapi dalam mall ni ada emergency jadinya akak kalau ada niat nak masuk, janganlah. Akak baliklah dulu eyk. Rasanya mall ni akan ditutup hari ini. Katanya ada orang mati," aku terkedu mendengar berita itu. Mulanya aku pelik kenapa budak itu bagitahu khabar itu pada aku tapi rupanya budak itu pergi ke setiap kereta yang ada di situ untuk memberi khabar.

Aku menghembuskan nafas lega. Stereng kereta aku ditenung. Kamera telefon aku dibuka sekali lagi. Kali ini Najdee muncul tapi dia baru keluar dari pintu masuk pusat beli belah. Wajahnya jangan cakap, menggerunkan. Apa yang jadi.

"Najdee awak pergi mana?!" aku menyergahnya dengan soalan.

'Mayaa, kita balik sekarang,' ujarnya serius selepas dia selesai masuk ke dalam kereta.

"A-apa jadi?"

'Nanti keluar parkir, kau tengok bahagian porch utama mall. Tangkap gambar semua penjuru dekat situ dari jauh. Kita balik hotel aku cerita,' aku hanya menurut dan mengangkat brek kereta. Setibanya aku di porch utama mulut aku ternganga. Ambulans berkumpul di situ dan mayat demi mayat dibawa keluar dari dalam pusat beli belah. Apa sebenarnya yang terjadi? Aku ingat seorang saja mati ni sampai ramai orang?

Aku pantas mengambil gambar sebanyaknya. Salah satu gambar aku zoom menampakkan wajah mangsa yang mati. Aku terkedu.

Itu...bukan budak tadi...?

Lebih mengejutkan wajah budak itu jelas bertompok hitam dan merah. Satu perkara sahaja terlintas dalam fikiran. Racun...

"Najdee...aku tak sedap hati,"

'Jom balik dulu,tempat ni bahaya' wajah Najdee terlalu serius. Aku tidak berani bertanya lebih-lebih. Aku memecut laju kereta itu menjauhi tempat kejadian.

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now