" dunia realiti kadang menyakitkan,
kerana itu kadang kita berpindah ke alam yang tidak wujud,
alam imaginasi.
Di situ kita boleh bermimpi dan melupakan realiti"
@@@
Sampai sahaja ke dalam rumah, aku menarik nafas lega. Terus melupakan perkara pelik yang terjadi tadi. Orang kata benda negatif jadi dekat kerja jangan bawa balik rumah. Nanti hidup rumah tangga tak harmoni.
Nasihat ini valid, sebabnya sebagai orang tak berumah tangga yang dah perhatikan banyak tangga roboh, aku perlu ingatkan. Tak ada kena mengenakan nasihat aku? Alah takpe...terima je sebab logik juga kan. Lagipula aku malas nak panjangkan fikiran, apa aku patut buat pun kalau aku tahu lelaki tadi hantu ke alien sekali pun.
" Kakak!!!" Tubuh aku terhenjut dipeluk erat seorang budak lelaki berumur 20 tahun. Mata aku yang tiada perasaan tadi berubah lembut.
" Kakak! A-Ariz ada lukis ha-harimau" tergagap suara Ariz. Ariz ada penyakit gugup dan lambat belajar. Orang kata speech delay bercampur autisme. Perkembangan otak dia mungkin agak lambat. Aku sedar masalah ini dari dia kecil. Doktor ada kata kemungkinan dia boleh jadi lebih baik dengan rawatan yang betul. Tapi aku tak berjaya sebagai seorang kakak.
Disebabkan penyakit ini juga punca ibu tinggalkan kami berdua lepas ayah meninggal. Inilah sisi gelap aku yang mungkin membosankan bagi sesetengah para pembaca. Iyalah kan, perkara yang dah banyak terjadi dalam dunia ni. Bukan benda baru dalam masyarakat. Rasa berat untuk aku ceritakan sebab takut yang baca ni bosan. Lagipun taklah sedih sangat cerita aku. Kan? Lagi satu sebab, aku malas cerita panjang. Orang lain punya ujian lagi berat. Bersyukur dengan apa yang ada.
Tak dinafikan juga aku sayang gila dekat Ariz sangat walaupun dia macam ni. Tak boleh bayangkan hidup aku tanpa dia. Aku yang jaga dia dari dia kecil sampai sekarang. Dia ibarat adik dan anak. Haha, pakej dua dalam satu.
Kepalanya aku usap dan kertas yang mempunyai lukisannya aku ambil.
" Cantiknya harimau Ariz! Ni kena belanja ais krim ni. Tapi...kerja yang kakak bagi dah siap?" Soalku, Ariz mengangguk laju dan menunjukkan soalan matematik bertaraf sekolah rendah pada aku. Aku memeriksa kerjanya teliti.
"Bagusnya! Semua betul! Disebabkan Ariz good boy hari ni, petang ni kakak keluar beli ais krim untuk Ariz,okay? " Hidung Ariz aku cuit sekejap. Terus Ariz melompat gembira.
" A-Ariz nak b-belajar raj-rajin- rajin! Ariz nak pan-pandai! A-Ariz sayang ka-kakak!" Ariz berlari memasuki biliknya sambil menyanyi riang.
Aku tersenyum lebar dan menuju bilik aku. Beban hati aku terasa sedikit ringan dengan tingkah Ariz. Terlupa resah hati aku tadi.
Terima kasih Ariz...
@@@
Pintu bilik aku tutup.
Beg aku diletakkan atas kerusi dan kamera aku diletakkan atas meja. Aku ambil laptop aku dan setelah itu aku pindahkan gambar dari kamera ke laptop, aku melihat gambar tadi. Setiap gambar aku perhatikan sampailah ke gambar lelaki tadi.
Satu persoalan tiba-tiba muncul sekali lagi.
Siapa lelaki tadi?
Menghilang macam hantu. Hantu ke? Tapi kamera aku ada gambar dia jelas macam gambar manusia betul. Tak berupa hantu yang selalunya kabur-kabur. Kalau gambar ni ditunjukkan pada orang lain pun memang orang kata dia sah 100% manusia bertaraf model.
YOU ARE READING
Love Lens [ON GOING]
Misteri / ThrillerKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend TikTok. Sebagai jurugambar, aku memang selalu ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang masuk dengan tr...
![Love Lens [ON GOING]](https://img.wattpad.com/cover/351068704-64-k518920.jpg)