25 (editing)

25 3 0
                                        

"Knock! Knock! It's me, a peacock,
Its feather resemble the sea drop,
On that sea drop it twirling with a smile,
Telling everyone It's mine,"

@@@

Selesai aku membelek semua tulisan aku dalam buku aku, pintu bilik aku dikuak kuat oleh Mayaa.

" Najdee!" wajahnya teruja. Keadaan tudungnya juga tidak terurus.

" Salwa video call, dia kata ada good news," Dia mengambil tripod di bahagian biliknya dan berlari masuk kembali. Kelam kabut dia memasang tripod dan telefonnya di hadapan katil. Apa yang kelam kabut sangat pun aku tak tahu. Aku hanya menggeleng kepalanya.

Kamera hadapan digunakan dan dia mengajak aku duduk di tepinya. Dia menepuk-nepuk tilam di tepinya. Aku hanya menuruti sambil tertanya-tanya berita apa yang ingin diberitahu Salwa.

Salwa sedang duduk di satu kafe yang aku tak tahu di mana. Salwa terjeda seketika melihat aku duduk di sebelah Mayaa.

" Hai abang, how are you? I can't believe I can look you moving again like this. Mayaa is such a miracle to you."

' Indeed, she is special,' senyumku terbentuk. Pipinya terus merona merah seketika tapi kemudian dia cepat-cepat mengawal wajahnya.

"By the way, I got this good news. Aku jumpa banyak maklumat tentang IBLIS dalam nota dalam poket baju badan kau, aku jumpa pagi ni," kening aku bercantum mendengar ayat itu. Buku?

' sambung,' ayatnya mengambil perhatian aku.

"aku letak buku tu dalam poket kau waktu aku pindahkan badan kau, tulisan tu memang tulisan kau abang. Spekulasi aku satu, kau yang tulis ke abang? Sebab buku tu kosong waktu aku letak,"

' maksud kau buku ni?' aku menunjukkan buku nota di pegangan aku. Mata Salwa membesar.

" Yes! Buku tu!"

' aku baru tulis pagi ni, maksud kau semua yang aku tulis kau boleh baca?'

" Yes!" jawabnya teruja. Bibir aku naik membentuk senyuman lebar. Kemudian aku tergelak gembira. Muka aku diraup dengan sebelah tangan.

Tak sangka...

" Maksudnya kau boleh bercakap dengan aku pakai buku ni. Cumanya aku tak pasti kalau buku ni perlu sentiasa ada dengan kau atau tak. Nanti kita periksa. Apapun semua maklumat kau bagi mudahkan kerja aku, tempat markas dia kami dah jumpa tapi kepala IBLIS masih kami tak jumpa, komunikasi diorang pelik,"

" diorang masih cuba cari badan kau, tapi aku tak faham kenapa diorang obses sangat dengan badan kau?"

' Aku tak tahu apa motifnya, aku cuba cari ketua dia untuk cari motif mereka sepanjang aku jadi roh tapi aku tak jumpa. Aku sendiri tak faham. Aku faham satu je benda dari ketua dia, ketua dia bukan obses dengan aku hidup-hidup, dia nakkan aku sama ada hidup atau mati sebab mayat orang kanan aku hilang kena ambil kumpulan dia,'

" What? Kumpulan tu ambil mayat orang? Psikonya..." Mayaa mencelah dengan muka jengkel terhadap kumpulan itu.

' Betul, aku deal dengan orang psiko. Sebab tu aku tak nak kau bertembung langsung dengan mereka. Tapi sekarang aku boleh lindung kau Mayaa. Jadi kau jangan risau. Sekarang aku tak faham kenapa dia nak cari aku, dan barangan formula yang kita tengah cari ni pun aku faham yang dia hanya nak cuba umpan aku,'

" aku dah lama nak tanya, formula tu formula apa?"

" formula bahan letupan, kutipan Najdee saja-saja sebagai hobi untuk kajian dia," jawab Salwa selamba macam borak dekat warung.

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now