Kunci pagar dibuka, beg kamera aku ditanggalkan dan diletakkan di sisi pintu.
"Ariz, akak dah balik," ruang tamu rumah dipenuhi kertas-kertas bertebaran. Aku elak dari terpijak kertas-kertas itu. Ariz ni dahlah sensitif. Kalau nanti terosakkan kertas dia ni, mahu mengamuk setengah hari. Aku mencari kelibat Ariz. Lah...Dah tidur. Tubuh Ariz yang tidur di atas sofa aku tenung.
"Ayya, Yaya sudah balik?" suara Uncle Han dari pintu menyapanya. Aku meletakkan jari di bibir sebagai tanda Ariz sedang nyenyak.
"Terima kasih uncle, tolong tengokkan Ariz ni, susah ke jaga dia?Pertama kali yaya tinggal Ariz lama dengan Uncle,"
"Tak ada lamalah. Dulu pun pernah kan? Tak susah jaga dia ni. Uncle sudah biasakan, dari kicik. Macam anak sendili"
"Tak adalah, sayakan tak dapat nombor baru uncle. Itu yang risau semacam saya ni. Saya tak tahu kenapa saya bodoh sangat,"
" Haiyah, tak mau ungkit-ungkit. Silap sikit saja. Kami selamatkan?"
"Hehehe, alhamdulillah," wajah Ariz aku tenung semula.
"Tenang betul Ariz tidur ya, penat sangat ke dia? Ubat dia jaga timing tak?"
"Setiap hari dia sendiri yang cari ubat tu, diakan budak baik, kamu yaya yang ajar, " aku tersenyum kecil.
"A-akak..."suara garau serak Ariz kedengaran. 20 tahun kami besar bersama, tak pernah sekali Ariz lupa untuk ingati dia. Tengoklah tu, bangun-bangun terus cari kakak dia.
"Iya Ariz..."
"Dah habis kerja ke?" seketika suara Ariz tidak gagap. Aku terkejut.
"Ariz tak gagap ke tu?" pipi aku dipicit.
Auch!
"Hah?" soalan aku membuatkan reaksi wajah Ariz berkerut.
"A-akak k-kenapa? A-Ariz tak cak-cakap appa-apa" Aku memandang ke arah Uncle Han untuk kepastian. Namun wajah Uncle Han jelas kepelikan dengan aku. Aku salah dengar ke ni?
"Sorry, akak penat sangat agaknya ni,"
"Haish, Tak apa, Yaya rehatlah dulu. Ini sudah penat dari tadi drive kan? Biar uncle tengokkan Ariz ni,"
"okay uncle, terima kasih. Meh sini Ariz, nak peluk Ariz sebelum masuk bilik," mendengar permintaan aku, Ariz memeluk aku seeratnya. Seketika dia membisikkan sesuatu yang agak sukar aku fahami kemudian dia tergelak kecil. Rambut Ariz aku ramas. Apalah yang dia merepek kan tu. Tangan aku dilihat selepas itu, makin kasar rambut dia ni. Nanti aku kena belikan minyak rambut.
Selesai berbual diri aku dibawa masuk ke bilik yang hanya bersebelahan ruang tamu. Aku diam membisu selepas masuk ke dalam bilik. Dada aku dipegang sejenak. Rasa tak sedap hati aku sejak dua menjak ni agak kuat sangat. Kenapa ya?
"Tidurlah dulu Mayaa, nanti kau sambung fikir,"
@@@
Prang!
Bunyi sesuatu yang pecah menyedarkan aku semula dari tidur. Telinga aku berdengung seketika selepas bunyi berderai itu. Aku bangun dari baringan.
"Ariz..."panggilku.
Tiada sahutan.
"Ariz!" suara aku dikuatkan lagi dari panggilan yang tadi.
Prang!
Aku terus bangun dari katil aku dan membuka pintu perlahan-lahan. Kosong.
"Bunyi pecah apa tu?" pintu bilik aku dikuak lagi besar. Langkah aku dibawa perlahan ke ruang tamu. Tiada apa-apa yang boleh dikatakan baru sahaja pecah. Bersih. Mungkin dekat dapur. Kalihan kaki aku dibawa ke ruang dapur. Masih bersih, tiada benda yang boleh dikatakan pecah.
YOU ARE READING
Love Lens [ON GOING]
Mystère / ThrillerKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend TikTok. Sebagai jurugambar, aku memang selalu ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang masuk dengan tr...
![Love Lens [ON GOING]](https://img.wattpad.com/cover/351068704-64-k518920.jpg)