34(editing)

8 0 0
                                        

"Nanti kau tengok pula stok gun buzzer kita. Aku rasa ada yang kurang balance, bagitahu accountant saya juga untuk dia recalculate and tally kan," Salwa memberitahu pada penolongnya di gudang senjatanya. Bunyi getaran di telefonnya menarik perhatiannya. Telefon yang dia guna khas untuk berhubung dengan Mayaa. Tangannya laju melihat pesanan itu. Wajahnya berkerut.

Buku nota di koceknya dibuka dan beberapa ayat dia tulis. Ditutup semula buku itu dan dia terus berlari ke arah keretanya.

"Boss!"penolongnya tidak sempat bertanya apa-apa pada Salwa. Kereta Salwa sudah memecut keluar dari gudang.

///

Naratif Najdee;

Racun.

Satu alat yang kalau digunakan dengan betul, baiklah kegunaanya. Tapi sekiranya ia jatuh pada tangan yang salah, salahlah penggunaannya. Racun yang dicipta Uzair untuk bantu aku punya kajian. Sampel formula itu disimpan oleh kumpulan khasnya.

Racun untuk menajamkan lagi senjata ciptaan aku yang ada, tapi Uzair tak pernah tulis secara lengkap formula itu untuk mengelakkan salah guna racun itu. Jadi yang menjadi tanda tanya adalah, macam mana racun itu boleh tersebar satu Malaysia?

Mata aku melihat sisa cecair yang yang sudah menghakis beberapa daging busuk di atas dulang eksperimen. Ini makmal terbiar Uzair. Makin dia yakin yang makmal itu digeledah oleh kumpulan Iblis sebaik sahaja dia melihat kesan goresan di bawah satu meja makmal. Jelas huruf D dan H dalam bentuk tulisan berangkai.

"Jadi betullah mereka yang rancang, tapi macam mana mereka boleh dapat formula penuh racun tu?" Aku menyentuh dagu aku berfikir. Satu nama terbit di fikiran. Dee, kakak Uzair!

Aku memejam mata aku dan saat aku membuka mata aku, aku berada di hadapan sebuah rumah banglo terbiar. Memori aku teringat kembali kejadian sebelum aku koma. Satu memori yang cukup berat untuk aku hadam.

"Dee...dia dihantar ke pusat pemulihan dekat hospital mental lepas je dia tahu adik dia mati. Keadaan dia agak teruk. Abang, kau memang tak nak jumpa dia ke? Jelaskan semua kejadian tu dari pihak kau?" Salwa bertanya tegas pada aku.

"A...aku tak berani Wa, aku tengah diburu sekarang dan aku tak nak libatkan Dee dalam masalah aku. Cukuplah Iblis ganggu keluarga aku, jangan diganggu keluarga Uzair pula. Selagi aku boleh sorok Dee dari mereka aku sanggup tak jumpa dia Wa,"

"Dah tu, kau tak kesian Dee duduk dalam kegelapan macam tu? Tak tahu apa-apa kebenaran? Kisah sebenar yang terjadi?"

"Wa, aku rasa ada baiknya kau hantar orang bawah kau untuk jelaskan segala perkara pada Dee dari pihak kita, kalau aku yang jumpa dia, aku takut..."

Aku mengeluh kecil mengingat dialog lama dahulu. Dee sekarang masih berada di dalam hospital psikatri, kalau aku jumpa dia sekarang pun...

Aku meramas rambut aku dan menembusi masuk ke rumah banglo itu. Tak ada gunanya kau jumpa Dee, Najdee, dia tak boleh nampak kau pun macam Mayaa.

Aku menelusuri rumah itu, kawasan dalamnya agak kemas tak seperti dibiar lama. Rumah itu tidaklah semewah rumahnya, tapi cukup untuk membuktikan hasil usaha keras dua beradik itu. Rumah itu ada enam bilik. Setiap bilik aku masuk, tiada yang pelik. Bilik gimnastik, bilik studio bergambar mungkin milik Dee, bilik bekerja milik Uzair. Aku tiba di bilik utama pemilik rumah itu. Bilik Dee, penuh barang yang bersepah di lantai. Surat, ubat, ada juga kesan goresan pisau di lantai dan dinding.

KAu KeJAM

KenAPA AKu

SIAPAAAA

SIapa?!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now