28 (editing)

35 3 0
                                        


"If you want to do things the right way,
Don't go with the easiest pathway,
because to gain the greatest achievement,
One must face the greatest hardship."

@@@

Dub!

Lub!

Dub!

Lub!

Dahi aku berpeluh. Jantung aku pula sudah dipam selaju lampu disco jedag jedug mat rempit. Menjadi ke tak nanti ni?

Aku berjalan mendekati pusat permainan escape room tersebut. Terpampang besar papan tanda bertulis Outbreak, hanya beberapa langkah darinya. Selangkah lagi, aku terus memecut patah balik masuk ke tandas berdekatan.

Tadi bukan main yakin boleh rasuah penjaga ni supaya bagi dia bawa telefon masuk. Tapi lepas tengok penjaga badan sasa di hadapannya itu perutnya kecut sekecutnya. Nampak garang weyh dengan parut dekat muka. Aku ni dahlah hanya seorang perempuan yang lemah.

Telefon aku berdering. Aku terus angkat tanpa melihat nama.

" Asalamualaikum Mayaa," suara Salwa menyapa.

" Waalaikumussalam, weyh aku ada masalah sekarang ni," aku menyerbu dahulu sebelum sempat Salwa membicarakan niatnya menelefon.

" Apa kau ni? Masalah? Kau kena serang hendap ke?" seperti nada aku yang tergopoh gapah bercakap, dia juga menggunakan nada yang sama.

Sementara itu, Najdee yang melihat keletah Mayaa menyimpan buku notanya semula ke dalam kocek bajunya.

" Tak! Aku kena main escape room sekarang ni," ujarku gemuruh.

" Huh? Peliknya? Dah kenapa kau ni? Main jelah,"

"Bukan! Masalah yang aku tengah hadap sekarang ni, kunci seterusnya mungkin dekat dalam kawasan escape room tu. Aku tak tahulah macam manakan benda tu boleh ada dekat situ tapi nak cari kunci tu aku kena masuk main escape room tu. Sekarang ni syarat nak main kena tinggal telefon dan kamera dekat luar. Tadi aku macam dah yakin dah nak rasuah penjaga tu bagi kebenaran aku bawa masuk kamera, tapi tiba-tiba aku tak yakin. Macam mana ni Salwa...?" aku merengek padanya.

" Ya Allah, betul ke apa aku dengar ni? Kau, kau nak rasuah orang? Ni mesti idea Najdee kan? Kalau dia yang buat tak apalah ni suruh kau yang buat. Bengaplah Najdee tu," aku terkedu mendengar perkataan bengap tu. Kau sempat bengapkan abang kau Salwa. Aku ni tengah gelabah, cepatlah jawab soalan aku!

" Tak apa aku tolong kau, kau lupakan rancangan rasuah tu. Sekarang ni cuba kau buat satu akaun Tik Tok baru berkaitan mainan or tempat rekreasi, lepas dah buat mesej aku nama akaun tu. Aku akan serbu orang-orang aku follow kau. Lepas tu aku call kau balik," aku mengangguk tanpa banyak soal. Tak tahulah dia nak buat apa. Aku buat jelah!

Aku ambil beberapa minit untuk mencipta akaun Tik Tok baru. Selepas beberapa minit aku sign in dan aku menarik nafas lega.

" Yes! Dah siap," bahagian aplikasi WhatsApp aku buka.

Mayaa: aku dah siap, Salwa. Ni nama akaunnya @DeeMayaa

SalwaMenawan(⁠ㆁ⁠ω⁠ㆁ⁠): Okay, tunggu sepuluh minit. Follower kau naik 800k.

Mata aku terbeliak membaca angka itu.

Mayaa: 800k?!!

Selepas itu berpusu-pusu notifikasi telefon aku masuk. Macam nak meletup telefon aku. Aku yang terkejut cepat-cepat menurunkan bunyi notifikasi. Terkejut weyh.

Oh god!

@@@

Kawasan Salwa;

" Attention semua! Aku ada tugas baru untuk kau semua," Salwa menyilang kakinya melihat tajam ke hadapan.

Love Lens [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now