Aku segera menutup mataku supaya aku rasa lebih selamat namun alangkah terkejutnya aku lelaki itu malah mengheret aku keluar dari bawah katil.
Aku tumbuk muka lelaki itu tetapi dia tiada reaksi. Lelaki itu malah mengikat kedua pergelangan tanganku supaya aku tidak serang dia. Dia ingat dia siapa nak rompak rumah keluarga aku ni.
"Nasib dia tak bubuh pelita pelekat di mulutku." Gumamku di dalam hati.
Aku pun ngesot lalu gigit lengannya dengan begitu kuat sehingga lengannya berdarah.
"Aaargggghhhhh!!!!"
Lelaki itu memegang tangan kirinya yang cedera itu lalu terjun dari bilikku.
"Padan muka." Gumamku dengan bangga.
Aku pun menjerit panggil nama adik kembarku di bilik sebelah. Setelah beberapa minit barulah dia datang dari bilik sebelah.
"Kau kenapa Zana?"
"Ada seorang perompak tu masuk bilik aku pastu dia ikat tangan aku."
"Owh. Kejap aku bukakan."
Setelah adik kembarku bukakan ikatan kedua-dua tanganku dia kemudian bertanya kepadaku.
"Tu darah siapa?" Tanya Azfar dengan muka kerisauan.
"Tu darah si perompak." Balasku.
"Owh. Tapi aku tak rasa dia rompak rumah ni tapi dia nak culik kau." Kata adikku sambil memandang sekeliling bilik aku.
"Ye ke." Tanya aku dengan hairan.
"Yelah tengoklah dia masuk bilik kau sahaja. Dia ada ambil harta tak?" Tanya adikku ingin mengenalpasti
"Tak." Balasku sepatah kata.
*Keesokan harinya...
Hari ini adalah hari Sabtu.
"Papa pengawal keselamatan rumah kita ni tak jalankan tugas pun pada waktu malam." Aku mengadu kepada ayahku.
"Ada bukti ke?" Tanya Alex kepada anaknya iaitu Farzana.
"Papa cuba tengok dekat CCTV di bahagian pintu ruang tamu di sebelah kanan." Balasku.
Selepas sarapan pagi aku dan papaku melihat CCTV melalui bilik pejabat papaku.
"Pa hentikan kat bahagian tu. Papa ada nampak sesuatu tak?"
"Ada."
"Nampak muka penuh dia tak?"
"Tak tapi papa nampak mata dia sahaja."
"Owh."
"Mata dia warna biru."
"Hah?"
"Mata dia warna biru."
"Owh."
"Eh asal macam deja vu sahaja mata dia tu?" Gumamku di dalam hati.
*Minggu depan.....
------------------------------------------------------------
*Alex POV..."Honey abang pergi mansion dulu ya."
"Ha ok hati-hati."
Fayza pun cium dahi suaminya manakala Alex pula cium kedua-dua pipi isterinya.
*End POV...
------------------------------------------------------------*2K1
"Ok murid-murid hari ni kita belajar tentang 'Be to going'." Kata Daniel Farhan kepada murid-muridnya.
YOU ARE READING
FARZANA IESYA
Mystery / ThrillerSequel to FAYZA IESYA Karya Ketiga✨ Start?: Oktober 2023 End?: Hot in 1: ******************************************** "Aku dekat mana ni hah?"-Farzana Iesya "My fleur dah sedar ke hm?"-Unknown "Kau siapa hah? Kenapa panggil aku my fleur?"-Farzana I...