BAB 5

37 2 0
                                    

"Cis, tak dapat aku nak lari hari ni!" Desis Farzana di dalam hati.

"My fleur jom minum petang."

"Please, jangan panggil saya my fleur. Panggil saja saya Farza."

"Ikut suka akulah!"

"Ok."

"Jomlah."

"Tak ada seleralah. Rasa loya."

"Loya? Kejap saya ambil air teh lemon."

"Hah? Air teh lemon? Aku tipu dia saja tadi." Gumam Farzana di dalam hati.

Selepas beberapa minit Daniel pun naik ke tingkat dua lalu masuk ke dalam bilik Farzana.

"Nah minumlah nanti my fleur dah tak rasa loya dah."

"Ok."

Mahu tak mahu dia akur saja dengan Daniel. Dia pun minum air tu.

"Awak ni cikgu ke apa?"

"Saya bukan cikgu. Saya hanya menyamar."

"Habistu awak ni kerja apa? Takkan perisik kot?"

"Ya saya bukan perisik tapi-" Sengaja Daniel menggantungkan ayat.

"Jangan-jangan awak mafia."

"Ya betul."

"Kenapa awak tak bunuh saja saya?"

"Parce que tu n'es qu'à moi."

"Cubalah cakap Bahasa Melayu. Saya tak fahamlah."

"Malas. Biar ia kekal misteri."

"Saya nak tahu. Beritahulah saya."

"Kerana awak hanya milik saya."

"Eeeeeeee saya tak nak. Umur kita jauh. Beza 12 tahun pula tu."

"Aku tak kira."

"Lagipun saya ni takdelah pandai sangat. Keputusan peperiksaan pun bukan semua A. Pastu muka saya ni pula berjerawat dan berminyak. Banyak lagi perempuan yang elok dalam dunia ni kenapa awak pilih saya."

"Sebab kau wanita idaman aku."

"Hehe senang aku guna taktik kotor ni kat dia." Gumam Farzana di dalam hati.

"Eh kenapa my fleur bangun? Kaki my fleur tu tempang lagi. My fleur perlukan rehat yang cukup. Jangan stres-stres."

"Macam mana saya tak stres. Saya ni nak balik. Saya nak jumpa keluarga saya. Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya nak belajar tinggi-tinggi dulu. Dan terakhir sekali saya tak nak duduk sini."

Daniel tidak tahan marah gara-gara Farzana kata dia tidak mahu Daniel.

"Arrgggghhhhh!" Daniel tumbuk dinding bilik sehingga repuh

Farzana tersentak dengan tindakan Daniel. Farzana lari ke pintu bilik. Namun Daniel menahan pintu dan mengunci pergerakkannya. Farzana melihat Daniel dari atas ke bawah untuk memastikan yang Daniel tak mengunci pergerakkan Farzana sepenuhnya.

"Ok kaki aku dia tak kunci lepastu dia kangkangkan kaki. Tapi kaki kanan aku kan terseliuh. Macam mana nak serang dia? Aku pura-pura pengsanlah." Gumam Farzana di dalam hati.

Daniel terkejut Farzana tiba-tiba pengsan dia cepat-cepat papah Farzana naik ke atas katil Farzana.

"My fleur fikir boleh lari dari abang?" Daniel bisik di telinga Farzana.

Farzana terus terbangun.

"Oh mak kau gila!" Melatah Farzana.

Farzana cepat-cepat tutup mulut.

FARZANA IESYAWhere stories live. Discover now