"Kenapa tangan aku kena ikat? Aku dah agak dia mesti tak akan lepaskan aku." desis Farzana di dalam hati.
Farzana berada di dalam sebuah bilik yang tiada tingkap dan gelap gelita. Tangan dan kakinya diikat.
"Arrghhh!" Farzana mengaduh kesakitan ketika dia sandar ke dinding. Dia ingat dia sedang berada di atas katil.
"Sesiapa tolong!" Farzana cuba meminta tolong walaupun tiada seorang pun berada disitu melainkan dirinya.
"Aku dekat mana ni? Tolonglah aku tak nak kena seksa macam ni. Cukuplah kau dah culik aku tapi janganlah seksa aku sampai macam ni."
Farzana tersedar dari mainan tidurnya dan dia melihat benda yang tak diduga di depan matanya.
Dia masih pakai-pakaian yang sama seperti malam tadi. Dia berada di atas katil di dalam kapal terbang. Di sebelahnya ada seorang jejaka yang melihat dia.
"Err kita dekat mana ni tuan?"
"Dalam kapal terbang."
"Hah? Kita nak pergi mana?"
"Kampung aku."
"Kenapa?" soalku dengan hairan. Tiba-tiba saja dia membawaku pulang ke kampungnya.
"Sebab aku nak kenalkan kau dekat mak ayah akulah."
"Hah? Perlu ke nak kenalkan? Cukuplah tuan seksa saya macam ni."
"Sejak bila aku seksa kau?"
"Culik tu bukan seksa ke? Kalau tuan kena culik baru tuan tahu seksa ke tak!" marahku kepada Daniel.
Daniel hanya gelak sahaja apabila aku marah kepadanya.
"Ya memang saya buat lawak bodoh pun." Farzana berkata kepada Daniel lalu buang muka dengan mengiringkan badan ke kanan.
"Monsieur. (Tuan.)" René yang berada di tempat duduk depan katil Farzana yang sedang baring memanggil Daniel.
"Oui pourquoi? (Ya kenapa?)"
"Il s'est passé quelque chose à la maison. (Ada sesuatu yang berlaku di rumah.)"
"Hein? Ma maison ou celle de mes parents? (Hah? Rumah aku atau rumah mak ayah aku?)"
"Maison monsieur. (Rumah tuan.)"
"Pourquoi avec ma maison? (Kenapa dengan rumah aku?)"
"Ta maison est en feu. (Rumah tuan terbakar.)"
"Quoi? Sois sérieux? (Apa? Seriuslah?)"
"Nous verrons plus tard. (Kita tengok nanti.)"
"D'accord. (Ok.)"
Daniel sudah mengepal penumbuk di tangan kirinya.
"Siapalah yang kerjakan tu?" menolog Daniel di dalam hati.
*Alex POV...
"Tuan kami dah buat apa yang tuan suruh."
"Ok bagus. Nanti bila dah nampak dia korang terus lapor kat aku biar aku kerjakan dia cukup-cukup."
"Baik tuan."
"Kau tak tahu siapa aku. Tunggu kau nanti. Siapa kau nak culik anak aku!" Alex marah sambil tumbuk meja kayu hingga patah meja itu.
Alex terus matikan panggilan itu.
"Honey hari ni abang terpaksa pergi ke luar negara sebab ada urusan. Honey jaga diri baik-baik kat sini dengan Az."
"Ya abang. Jaga diri elok-elok."
"Bye."
Alex dan Afwan terus keluar dari perkarangan rumah dengan jet peribadi mereka.
YOU ARE READING
FARZANA IESYA
Misteri / ThrillerSequel to FAYZA IESYA Karya Ketiga✨ Start?: Oktober 2023 End?: Hot in 1: ******************************************** "Aku dekat mana ni hah?"-Farzana Iesya "My fleur dah sedar ke hm?"-Unknown "Kau siapa hah? Kenapa panggil aku my fleur?"-Farzana I...