BAB 8

30 2 0
                                    

Tiga tahun kemudian...

Selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pelajar tingkatan lima mengambil keputusan peperiksaan di sekolah.

Semua waris gembira akan keputusan SPM anaknya. Tetapi Farzana sebaliknya. Mama papanya tidak datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM dia tetapi datang semata-mata untuk kembarnya iaitu Muhammad Azfar Alexander.

Semakin dia membesar kedua mama dan papanya hanya peduli akan kembarnya. Dia? Mereka semakin tidak peduli dengannya. Sesakit apapun dia hanya tanggung sendiri.

"Mana waris kamu Farzana?" soal cikgu yang berada di depannya.

"Waris saya tak-" belum habis ayat yang dikatakan Farzana ada seseorang yang menyampuk.

"Saya waris dia." Daniel datang dari belakang berdiri di sebelah Farzana.

"Oh awak ayah dia ke Daniel? Saya tak tahu pun."

"Tak tapi saya suami dia."

'Ah, sudah dia ni tak ada rasa malu ke? Dahlah aku ni bawah umur. Pastu kitaorang ni bukannya suami isteri pun!' kata Farzana geram di hatinya.

"Oh tahniah kamu berdua." ucap guru itu kepada kami berdua.

'Aku ni dahlah 17 tahun, lelaki tu pula dah 29 tahun. Kiranya kitaorang ni beza 12 tahunlah kan? Ala aku tak nak kahwin dengan orang tua.' menolog Farzana di dalam hatinya.

Selepas siap mengambil keputusan, Farzana meminta keputusan peperiksaan SPM di tangan Daniel.

"Err sir saya nak sijil saya."

"Tak boleh biar aku simpan."

"Tapi sir."

"Tak ada tapi-tapi. Kalau kau ambil pun family kau tak tengok kan?"

Farzana diam dan tahan air matanya. Dia pun keluar dari dewan lalu pergi ke arah motor miliknya. Daniel mengikuti dia dari belakang.

"Kenapa sir ikut saya?"

"Saja. Kenapa?"

"Sir kata nak ambil kertas saya."

"Ya. Lepas tu?"

"Sir jangan ikut saya. Lepas ni saya tak ada."

"Mak-maksud my fleur apa?"

"Saya nak pindah. Sir jangan ikut saya."

"Nanti saya kan jadi suami awak my fleur."

"Eee tak ingin saya dekat sir. Sir dahlah tua. Kita ni beza 12 tahun tahu tak. Sir carilah yang tak jauh beza dengan sir."

"Hm tapi saya nak awak juga my fleur."

"Jangan nak mengada. Dahlah saya nak balik dulu. Assalamualaikum."

"Err waalaikumussalam."

Hanya tinggal Daniel di parkir motosikal.

Empat hari kemudian...

"Farzana!" jerkah Alex dari ruang tamu.

Farzana yang berada di dalam bilik tidurnya tersentak apabila dia mendengar jerkahan dari papanya. Dia pun segera pergi ke arah papanya.

"Kenapa papa?" soal Farzana.

"Kau keluar dengan jantan lain ya?"

"Hah apa maksud papa?"

"Pagi tadi Arisya bagitahu papa yang kamu keluar dating dengan Rayman."

"Habis tu papa pun percayalah. Hah?"

FARZANA IESYAWhere stories live. Discover now