BAB 3

40 3 1
                                    

"Kak." Azfar memanggilku

"Ya Azfar. Kenapa?" Balasku.

"Azfar nak mati boleh tak?"

"Azfar kenapa cakap macam tu?"

"Sebab kat sekolah ada orang suka buli Azfar. Diorang kata Azfar ni lemah. Bodoh. Blur. Lembab. Azfar tak tahan dengar hinaan diorang kepada Azfar. Azfar rasa down dengan hinaan tu."

"Azfar ni kakak kan ada. Kalau Azfar rasa down Azfar cerita saja dekat kakak. Lepas Azfar dah cerita tu Azfar lepaskan sahaja emosi Azfar depan kakak. Ok?"

"Hmm.....ok kakak."

"Siapa yang buli adik?"

"Rayman, Ikwan, Ikmal, dan Hamid. Diorang tu yang selalu buli adik. Adik takut nak bagitau akak sebab diorang berempat tu ugut adik."

"Bodoh betul diorang tu. Diorang tu tak kenal lagi siapa kembar Azfar ni. Tunggu diorang esok."

"Akak janganlah pukul diorang pula."

"Siapa kau nak halang aku? Ikut suka akulah."

**************************************

*Flashback (5 tahun lepas)

"Little honey." Alex memanggil anak perempuannya.

"Ya papa." Balas Farzana pula.

"Mulai sekarang papa nak kamu jaga kembar kamu tu. Papa tengok kembar kamu tu jenis takut lawan dengan orang."

"Kenapa dia takut pula."

"Dah jangan banyak soal. Nanti dah besar baru kamu tahu. Papa cuma nak kamu jaga dia supaya dia tak kena buli dan sebagainya oleh orang sekeliling."

"Ha yelah." Kata Farzana lalu pergi dari situ.

"Baru umur 9 tahun dah kena jaga kembar sendiri. Pastu papa kata dah besar baru tahu." Gumam Farzana di dalam hati.

**************************************

"Maafkan salahku adik. Aku jadi jahat pun disebabkan kau adik. Ini semua amanah papa bagi kat aku." Gumam Farzana di dalam hati.

Azfar pun keluar dari bilik kakaknya lalu pergi ke biliknya.

*Keesokkan harinya...

Farzana geleng kepala ke kanan dan ke kiri. Farzana jalan dari kelasnya ke kelas kembarnya iaitu 2K3. Sesampai sahaja Farzana di depan pintu kelas itu dia pun panggil nama ketua gangster di batch mereka.

"Rayman!!!!!"

Rayman tersentak sebentar ketika mendengar orang panggil namanya dengan menjerit seolah-olah ingin gaduh. Azfar pula ke pintu kelas lalu menahan kakaknya supaya dia tidak gaduh dengan lelaki itu.

"Arrghhh sanalah kau!"

Azfar pun akur sahaja lalu dia duduk di tempatnya. Semua orang di dalam kelas itu memandang dia dan kakak kembarnya ketika kakaknya menolak dia jatuh ke dalam kelas.

Rayman pun keluar dari kelas itu lalu memarahi Farzana.

"Kau fikir kau boleh tinggikan suara dekat aku hah! Kau nak aku lawan dengan kau! Kau ingat kau siapa nak ajak aku lawan."

"Disebabkan kau dengan perangai macam sial tu dah buat adik aku hancur. Engkau ingat aku boleh maafkan kau dengan mudah? Tidak akan sesekali!"

Mereka pun gaduh di koridor kelas.

Rayman menumbuk muka Farzana namun Farzana boleh mengelaknya. Rayman juga telah tendang kepala dan kaki Farzana namun tidak berjaya.

Sudah banyak kali dia berbuat demikian namun perempuan itu masih boleh mengelak dari serangannya. Farzana tidak lawan tetapi hanya mengelak dari serangan Rayman ke atas dirinya. Selang beberapa minit Rayman penat lalu Farzana berjaya tumbuk muka Rayman hanya sekali sampai hidung Rayman keluar cairan berwarna merah.

FARZANA IESYAWhere stories live. Discover now