BAB 11

14 2 1
                                    

Selepas beberapa minit, Daniel pun sedar dari tidur gara-gara terdengar suara seseorang yang sedang menangis.

'Suara siapa pula tu?' Daniel menyoal dirinya sendiri di dalam hati.

Daniel dengan rasa ingin tahu yang tinggi dia pun pergi mencari keberadaan suara itu.

'Bilik air? Siapa pula yang berada di dalam bilik air ni?' Daniel menyoal diri sendiri di dalam hati dengan rasa hairan.

"Siapa di dalam ni?" soal Daniel sambil mengetuk pintu bilik air.

Suara menangis itu semakin kuat selepas Daniel menyoalnya.

Daniel dengan rasa tidak sedap hati dia pun menendang pintu itu dengan sekuat hati sehinggakan tercabut pintu bilik air itu.

"My fleur!" Daniel menjerit dikeranakan dia melihat darah yang banyak di atas lantai bilik air dan keadaan isterinya yang nyawa-nyawa ikan.

"My fleur kenapa cederakan diri sendiri ni?" soal Daniel sambil mengambil pisau kertas yang berada di genggaman tangan kiri Farzana.

"Saya benci diri sendiri." kata Farzana sayup sahaja suaranya.

Daniel pun melepaskan pisau kertas yang berada di genggaman tangan kiri Farzana lalu dia mencempung tubuh Farzana keluar dari bilik air dan pergi ke luar rumah banglo. Daniel pergi ke kereta miliknya lalu menyuruh pembantu rumah membuka kunci kereta dan pintu kereta. Daniel meletakkan Farzana di tempat duduk belakang dalam kereta.

"Sabar my fleur. Bertahan ya." kata Daniel lalu mengucup dahi Farzana.

Daniel menghidupkan enjin keretanya lalu membawa dengan begitu laju. Selepas lima minit mereka pun sudah sampai di hospital, bahagian kecemasan dan trauma.

Daniel bergegas keluar dari kereta lalu mencempung tubuh Farzana yang berada di tempat duduk belakang.

"Doktor tolong saya, isteri saya kehilangan banyak darah!" Daniel menjerit tidak keruan kepada doktor yang berada di luar bangunan.

Doktor yang melihat dia dan keadaan Farzana cepat-cepat mengangkat Farzana lalu letak atas katil. Seramai empat orang Doktor yang menolak katil itu ke dalam zon merah.

"Tuan darah isteri tuan jenis apa?" soal salah seorang daripada doktor itu.

"Darah AB." jawab Daniel.

"Oh ok." kata doktor itu.

Sesampai sahaja di pintu masuk zon merah doktor itu melarang Daniel untuk masuk ke dalam dan Daniel harus tunggu di luar.



















Selepas empat jam...

"Tuan sekarang ni tuan dah boleh masuk ke dalam. Tentang keadaan isteri tuan, sekarang ni keadaan dia sudah stabil cuma dia masih belum sedar." kata doktor itu kepada Daniel.

"Oh ok. Terima kasih doktor." Daniel berterima kasih kepada doktor itu.

"Ya sama-sama." kata doktor itu kepada Daniel.

Daniel pun masuk ke dalam zon merah dan mencari Farzana. Selepas jumpa Farzana dia pun duduk di kerusi yang berada di tepi katil Farzana.

"My fleur réaliser ne me laisse pas seul. (Bunga saya sedarlah jangan tinggalkan saya seorang diri.)" bisik Daniel di telinga Farzana lalu mengucup dahi Farzana.

Daniel melihat wajah Farzana sambil termenung. Tanpa dia sedari hampir tiga jam dia memandang wajah itu tanpa menoleh ke tepi.

Tiba-tiba Farzana sedar dan Daniel memanggil doktor. Selepas itu, doktor memberitahu kepada Daniel yang Farzana boleh keluar pada esok hari.

FARZANA IESYAWhere stories live. Discover now