FML 7

903 58 5
                                    

Azan magrib akan berkumandang sebentar lagi.

Kelihatan Faiq yang berkain pelikat dan t-shirt baru saja keluar dari biliknya dan secara kebetulan, terserempak dengan ibunya yang sudah lengkap dengan telekung berjalan lewat di hadapannya.

Faiq tersenyum lembut dan menegur ibunya.

"Ibu nak gerak pi surau dah ? Sat abang siap " Faiq ingin berpatah balik masuk ke dalam bilik tetapi terasa sentuhan di lengan.

Puan Aisyah dengan lembut menahan Faiq, " Tak apa, hari ni ibu dan ayah pi sekali Pak Mat dengan bini dia. Muqri jaga rumah ya " pesan Puan Aisyah menatap lembut anak terunanya.

Faiq mengangguk, memahami dengan baik.

Dia hanya menghantar pandangan kearah ibunya yang bergerak ke ruang tamu untuk bersiap-siap keluar.
Di luar, Encik Hamid sudah menunggu isterinya dengan sabar.

Faiq melanjutkan langkahnya menuju bilik air untuk mengambil wuduk, bersiap-siap untuk melaksanakan solat maghrib.

Allahuakbar~ Allahuakbar

Azan sudah berkumandang dan setelah selesai membaca doa selepas azan , Faiq berdiri menghadap kiblat di atas sejadah.

Bersama lafaz bismillah , Faiq mengangkat takbir.
Dia melaksanakan solat dengan khusyuk.

Setelah selesai, dia membaca doa dan beberapa ayat yang sudah menjadi rutin. Kemudian dia mengambil Al-Quran diatas rak berdekatan almari dan membaca dengan penuh penghayatan.

Rempit macam mana sekalipun agama nombor satu. Bak nasihat Yon kepadanya dahulu,

' Biaq kita belakangkan lawan jangan kita belakangkan Tuhan'

Seusai bacaan Al-Quran tadi, Faiq kembali meletakkan Al-Quran di atas rak dan mengambil telefonnya.

Ting

-

Anak Jantan Kampung X5

Sham Celcom
Sapa nk follow aq dgn Iq esk?

Yonny Boh
Esk ada apa?

Luq Bodoski
Tu laa org duk bercakap dia buat taik mata
Aq follow

Yonny Boh
Awat ni wei ? Sumpah aq taktau @FaiqHangLekir tlg aq !

Mirul Sate
Aq p sorang. Hmpa gerak lu

FaiqHangLekir
Esk ada saringan motocross
kui 4 . Nak select masuk final

Sham Celcom
Sapa suruh hg lena kan dah tertinggai bas . HAHAHA
Noted Rul

Yonny Boh
Ooo aq ikut hmpa la. Majuk dgn Luq hmm
Sayang Lekir ketat-ketat !

Luq Bodoski
Babi gay

-

Faiq tersengih melihat group chat mereka dengan perangai Yon. Dia membuka kopiah dan berdiri di hadapan jendela biliknya.

Dia membuka tingkap kayu itu dan wajahnya ditampar angin malam yang menenangkan.
Faiq sandarkan diri di sebelah tingkap jendela itu sambil mata menatap permandangan malam sawah bendang.

Dia kini hanyut termenung memikirkan sesuatu.

Fikirannya teringat akan gadis yang telah menjentik jiwa lelakinya.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now