FML 22

825 52 3
                                    

" Layyin , mai makan  " ajak Puan Aisyah menyedari Layyin berada di tangga kayu dapur itu. Puan Aisyah menghidangkan ikan goreng, gulai ikan , ulam dan sambal tumbuk untuk santapan hari ini.

Layyin menayang senyuman kekok perlahan menuruni tangga.

" Eww " terjengket-jengket dia turun kerana geli.

Layyin melihat juadah di atas meja. Dia menarik muka tidak suka.

Berubah riak melihat makanan yang terhidang itu. Ikan ?!

" Awat ni ? " Layyin menggeleng kepala ditegur Puan Aisyah yang menyedari gadis itu hanya berdiri memerhati lauk di meja.

" Ermm aunty , takpalah I nak mandi dulu " Layyin cuba mencari alasan membuang rasa kekok. Lagipun berlegas sudah badannya tidak mandi seharian.

Terus Puan Aisyah menoleh lalu tersenyum. " Pi mandi dulu. Ada baju dak ? Muqri kata Layyin mai bawak beg ja " Layyin menggeleng kepala.

Sehelai sepinggang sahaja gadis ini datang.

" Sat , makcik ambik baju nah. Layyin pakai dulu baju makcik. " teragak-agak Layyin ingin menerima.

Dia memerhati langkah Puan Aisyah yang bergerak ke atas. Tinggal dia seorang di dapur.

Layyin mengambil tempat duduk di meja dapur itu sementara menunggu Puan Aisyah.

" Kotornya. Dengan berkarat lagi ?! Macam mana orang kampung hidup , yuskk ! " Mengeletar badan Layyin geli melihat kawasan dapur itu.

Di dalam hati , dia sudah terbayang kehidupan bandar yang biasa dia nikmati.

Sedang di memerhati segenap dapur rumah itu , terdengar bunyi pintu besi dapur dibuka.

Ttak

Faiq yang selesai mandi hanya berkain pelikat tanpa baju sedang mengosok rambut basah. Dia tidak perasan akan kehadiran Layyin di meja lalu dia terus  ke periuk nasi.

Terbeliak mata Layyin kerana pandangannya kini terkunci melihat tubuh tegap itu. Rambut dan tubuh lelaki itu dibasahi air yang hampir kering.

Tidak mampu Layyin mengalih pandangan dari melihat sixpack di otot perut lelaki itu.

Oh my oh my god !

Layyin scan dari atas hingga bawah tanpa dia sedari.

Perasan seperti diri diperhati , Faiq menoleh ke sebelah kanan. Laju dia memeluk tubuh menutup badan yang terdedah.

" Hang buat apa ni ? " Layyin mengosok mata laju mengalih pandangan ke arah lain.

" I-um aa tunggu aunty bagi err" diketuk-ketuk dahi membuang bayangan tadi. Faiq setia memeluk tubuh erat sedikit segan.

Sedang Layyin cuba mencari kata , Puan Aisyah sudah kembali.
" Layyin , nah " baju kedah dan sehelai kain batik Puan Aisyah suakan di depan Layyin.

" Baju ! Haa , tunggu aunty bagi baju " Layyin mengambil baju dari tangan Puan Aisyah lalu menunjuk kepada Faiq.

Bersungguh dia menunjukkan baju itu sesekali mata menunduk memandang tempat lain.

Puan Aisyah naik hairan dengan Faiq memeluk tubuh yang terdedah.

Faiq senyum tipis kearah Puan Aisyah.

" Ni awat ni ? Pi pakai baju kaih. Tak malu ka ada anak dara ni ?! " Puan Aisyah memulas telinga Faiq.

" Adeh ! Oka-okay sat la abang pakai " jerit kesakitan lelaki itu lalu naik ke atas.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now