FML 59

929 73 15
                                    

Faiq dan Layyin jalan bersama masuk ke ruang pejabat Zain Holding. Pagi itu mereka ada sebuah temuduga untuk diturut serta bersama Dato Zainal bagi jawatan Chief Marketing Officer.

Syukur kerana Layyin semakin sihat berbanding dahulu tetapi rasa mual-mual masih bersisa. Puas sudah Faiq mengajak ke klinik tetapi gadis itu masih degil.

Sedang berjalan, Faiq rasakan perutnya seakan memulas hebat. Dia mengerut dahi sambil memegang perut.

Pagi-pagi buat hal betul!

Faiq memutuskan untuk pergi ke tandas dahulu lagipun masih awal, sempat untuk dia membuang hajat besar dahulu.
Bahaya kalau tahan.

" Ayang masuk dulu. Abang nak pi toilet sat " pusing belakang lihat Faiq jauh dari jaraknya sambil memegang perut. Bahu lelaki itu dipegang.

" Kenapa you? Sakit perut ke?" Faiq memberi senyuman dalam kesakitan. Berpeluh dahinya menahan perut yang memulas hebat.

" Senggugut. Dah bye!" terus lelaki itu pecut ke tandas meninggalkan Layyin yang ternganga.

Matanya hanya memerhati Faiq yang tergesa-gesa berlari hampir terlanggar semua staf.

Emergency betul.

" Macam-macam haish..." dia geleng kepala sebelum meneruskan langkah ke bilik temuduga berjumpa dengan Dato Zainal.

Menerawang mata Faiq mencari kelibat tandas diceruk bangunan itu. Perutnya sudah tidak tahan lagi mesti kerana terlebih makan sarapan tadi.

" Mana pi toilet ni?! Aku tak tahan dah!"
geram kerana masih belum jumpa tandas. Dia pusing ke kiri dan lihat simbol.

Tandas lelaki.

Tanpa menunggu, dia berlari dan masuk ke dalam tandas itu. Hampir 5 minit juga Faiq berada di dalam tandas.

" Lega..." ujar Faiq setelah berperang di dalam tandas. Dia mengemaskan kemeja dan jalan ke singki untuk membasuh tangan sesudah menggunakan tandas. Kebersihan harus dijaga.

Suasana dalam tandas itu lengang hanya Faiq dan seorang lelaki sahaja disitu yang juga membasuh tangan.

Hati Faiq terdetik untuk melihat wajah pada pantulan cermin itu lalu terlirik lelaki disebelah yang tunduk menyental tangan.
Faiq membulat mata melihat gerangan itu.

" Aik, macam kenai? Wei!" tegurnya membuatkan lelaki itu mengangkat kepala dan bersapa mata dengan Faiq.
Dia menoleh ke sebelah menghadap sahabat kampung itu.

" Iq?" sungguh tidak jangka dia akan berjumpa dengan sahabatnya. Nak tahu siapa?

Faiq senyum tidak percaya dan bersalam dengan Mirul erat.
" Rul, hang mai KL tak roger aku pon. Buat apa sini?" sedikit kekok pula Mirul bersalam dengan Faiq setelah sekian lama tidak berjumpa.

Anak mata dilarikan sambil tangan basah tadi dilap pada seluar. Setia Faiq menunggu jawapan dari Mirul.

" Aku ada interview. Hang?" terjongket sebelah kening Faiq bertambah tidak percaya. Jadi, sahabatnya ini merupakan salah satu calon temuduga sekejap lagi?

Dahsyat.

" Oh, hang lah nanti nak mai interview reja sini. Tak sangka jumpa hang kat sini. Aku reja sini dengan pak mertua aku, yang nak interview ni semua aku follow satgi..." ujar Faiq bersahaja sandarkan diri pada singki.

Ada beberapa staf lelaki yang turut masuk dan menunduk hormat menyapa Faiq. Hanya senyuman dan anggukan saja lelaki itu membalas.

Mirul mengangguk faham sesekali dia gigit bibir memandang lantai. Tiada topik lagi untuk berborak.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now