FML 45

1.2K 98 17
                                    

Seusai makan malam, mereka berdua berjalan kaki pulang semula ke hotel. Faiq dan Layyin keluar dari restoran itu dan pintu dibuka oleh seorang waiter.

Layyin tertarik melihat khemah-khemah berwarna-warni dan sebuah event sedang berlangsung berhampiran dengan hotel mereka.

Langkah Layyin mula perlahan sambil mata mengamati suasana riuh di kawasan itu. Dia menarik lengan Faiq lembut.

" Awalnya nak balik? Jomlah pergi sana" Faiq menjeling Layyin yang sedang menunjuk kearah event tu.

Gadis itu mencuit sedikit lengan Faiq dan berjalan ke sana. Faiq memandang kosong tubuh yang berjalan menuju ke khemah-khemah itu. Faiq masih berdiri di tempat yang sama.

Sedar Faiq tidak ikut, Layyin segera menoleh.

" Cepatlah! Takkan nak biar I sorang dekat sini" tangan memanggil Faiq namun lelaki itu tidak memberi respon. Dia hanya berdiri menyeluk poket dan mencari telefon.

" You!" Layyin berpatah kembali sambil mengoncang lengan Faiq. Tidak puas hati kerana lelaki itu seperti tidak menghiraukannya.

" Temanlah kejap I nak tengok event dekat sana tu. Kejap je nanti kita balik, boleh?" Rayu Layyin mengajak Faiq pergi namun fokus Faiq hanya pada telefon tidak pada Layyin.

Gadis itu mendengus geram.
" Berpatah-patah I tanya sepatah pun you tak balas. Takpe biar I pergi sorang. Kalau you tak sayang I, jangan ikut hmpp!" terus ditinggalkan Faiq dan masuk ke perkarangan majlis itu.

Banyak hidangan makanan menarik dan barangan yang dijual. Layyin tidak jemu melihat semua jualan yang ada.

Sedar dia telah jauh berjalan, Layyin kalih ke belakang mencari kelibat Faiq.
Rasa hampa bertandang dalam jiwa.

Tangan digenggam kuat.
" Faiq tak ikut aku? Jadi betullah dia tak sayang aku. Okay fine!" Dia berjalan seorang diri menyusuri keramaian manusia.

Layyin selamat membeli air green tea bag dan beberapa dessert. Dia meneruskan jalan sambil mulut mengunyah baby pancake.

Layyin berjalan perlahan ke pentas utama yang sedang berlangsungnya konsert dari sebuah band local.

Layyin berhenti dan berdiri di sebelah dua orang gadis yang sedang asyik menyaksikan nyanyian dari band tersebut.

Layyin melihat dengan rasa bosan. Dia mengeluh.

" Bosanlah. Kalau ada dia boleh ajak gaduh. Eh- no takyah ada mamat tu lagi bagus! Bukan sayang aku pun. Sampai sekarang batang hidung tak muncul-muncul" Gumam Layyin menggeleng kepala menafikan kata tadi.

Jangan fikirkan Faiq !

Nyanyian telah tamat dan tepukan gemuruh diberi.

" Thank you semua! Baiklah, ada slot special malam ini. Haa, slot apa tu agak-agak? Malam ini special sikit kita nak bawak jiwa galau. Jadi saya nak pilih seorang daripada penonton yang bertuah untuk menyampaikan lagu berkonsep galau. Sapa nak? "

" Saya!"

" Nak"

"Saya, bang!"

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now