Cahaya matahari yang terang menyilau dan memasuki bilik, mengganggu tidur Layyin. Dengan susah payah, dia menggosok mata dan bangun dari tidur.
Layyin memandang sekeliling bilik Faiq dan cahaya itu dari tingkap yang terbuka lebar. Dapat juga dia dengar suara riang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.
Layyin melakukan regangan kecil menghilangkan rasa lenguh. Sempat menguap kecil, Layyin mengeluh.
"Peningnya kepala. Pukul berapa dah ni?" Gadis itu mengambil telefon yang terletak di sebelahnya. Waktunya sudah menunjukkan pukul 5.50 petang.
Dah petang? Ya Allah, lama betul dia tidur.
Baru sedar bilik itu kosong tanpa bayangan Faiq.
" Mana Faiq? Dia tinggal aku ke?" Layyin berbicara sendiri. Tanpa berlengah, Layyin bangun dari katil dan mulai membetulkan simpulan kain batik yang dikenakannya.
Apa ingat orang bandar tak pandai pakai kain batik ke?
Dengan langkah terhuyung-hayang, Layyin membuka pintu bilik. Tiba-tiba, dia terkejut ketika melihat seorang budak lelaki tersengih-sengih di depan pintu.
" Hai kakak cantik" sapanya melambai-lambai. Layyin mengerutkan dahinya.
Budak mana ni? Dia tidak pernah melihatnya sebelum ini. Lambaian kanak-kanak itu dibalas kekok.
" Hi, you siapa?" Layyin bertanya hairan mencuba mencari tahu siapa budak lelaki itu.
Budak itu tersenyum, menayangkan gigi yang rongak.
" Nama diberi Mohamad Yusof Bin Mohamad Haslam. Umuq adik arrr sat sat" kata Yusof sambil berpaling ke belakang mengira kembali usianya.
Yusof Bin Haslam? Macam pernah dengar
Layyin hanya memandang dengan hairan kelaku budak itu yang berhenti sebentar, mungkin mengira umurnya.
" Satu, dua, tiga, empat,lima,enam, tujuh!" dapat sahaja jawapan dia berpaling semula kepada Layyin sambil menunjuk jari ke angka 7.
" Hah, umuq adik tujuh taun" ujarnya sambil tersenyum puas. Layyin cuba untuk menyamai tinggi dengan budak itu dengan membongkok sedikit.
" Cutenya you ni." puji Layyin sambil mencubit pipi tembam Yusof yang comel.
" Bukan yuni, nama adik Yusof tapi kakak panggil usop hensem ja" ujar Yusof membuatkan Layyin tergelak. Bahagianya kalau dia ada anak secomel Yusof.
Jap!
Eh, dia sebut anak ke tadi?
" Eee geram Yusof ni. Datang dengan siapa?" tanya Layyin bersama senyum manis.
" Yusof mai dengan Nek Da." sambil menunjukkan ke arah dapur di bawah. Tahu saja Layyin, Nek Da Yusof sedang berbual dengan Puan Aisyah di dapur.
Layyin mengangguk faham.
" Oh, ibu ayah mana?" soalan Layyin membuatkan Yusof berfikir sejenak.
" Nek Da kata mama dengan ayah takdak. Allah sayang mama dengan ayah. Adik Mia pun takdak sebab Allah sayang adik Mia" cerita Yusof sambil tersenyum.
Layyin berasa kesian dengan nasib yang menimpa Yusof.
Walaupun mereka senasib, namun Layyin merasa lebih beruntung kerana memiliki Dato Zainal. Sedangkan Yusof tiada sesiapa.
Dia mengusap lembut kepala Yusof dengan senyuman nipis.
Suara Puan Aisyah dari dapur menghentikan lamunan Layyin.
YOU ARE READING
FAIQ MUQRI LEKIR
RomancePersoalan sekarang ini, kenapa aku ? Papa tak ada pilihan lain ke selain mamat kampung yang kaki rempit, main tepi bendang dan euwww. Geli nak sebut yang lain. Layyin Makayla Fleur. Nama yang cukup indah seperti luarannya namun tidak padan dengan p...