" You nak keluar mana? Dah malam kan" pelik melihat Faiq sedang menyikat rambut di meja solek.
Faiq sambung menyikat kemas rambutnya.
" Member aku nak balik esok so aku nak keluaq sat dengan depa. Hang tidoq dulu jangan tunggu aku. Hari ni aku pulak tidoq bilik sebelah " beberapa hari ini mereka tidur asing hanya pakaian sahaja ditinggalkan di bilik Layyin.Faiq cuba menghormati keputusan isterinya.
" Lama ke you keluar? " Soal Layyin ingin tahu. Takkan tinggal dia seorang?
Sepanjang mereka menjadi suami isteri, Faiq tidak pernah keluar malam." Apa hang nak sibuk ? Suka hati arr " mata diguling apabila mendapat jawapan begitu dari Faiq.
Dia mengikut langkah lelaki itu yang mengambil beg sandang di sofa.
" Pergi naik apa?" Sekali lagi soalan diajukan dengan tangan disilang. Faiq membongkok perlahan mencapai helmet di sofa dengan dahi berkerut.
Sejak bila Layyin jadi busybody?
" Aku naik motor Yon, tadi dia tinggai sini. Dak, yang hang sibuk sekarang ni pasaipa?! Aku suh tidoq kan " hairan melihat wajah tidak puas hati Layyin.
Dia baru ingin bergerak mengambil helmet sebelum tubuh gadis itu menghalang.
" I nak ikut ! Tak kisahlah you nak bawak pergi mana pun." ujar Layyin tidak tahu malu. Faiq menyenget kepala.
" Uinaa, tak boleh ! Hang duk sini jangan nak gatai ikut aku " helmet dibelakang cuba dicapai sebelum Layyin laju menyembunyikan helmet di belakang.
" Woi !" suara Faiq ternaik. Pinggang dicekak memandang Layyin yang saja mencari pasal.
" Bagilah I ikut. I boring la duduk rumah ni and I lapar ! " Sebenarnya dia juga tidak tahu kenapa dia tidak mahu ditinggal berseorangan.
Mungkin tidak mahu berjauhan.
Faiq duduk di atas katil dengan raut biasa memandang gadis ini.
" Lapaq penampaq? Meh, aku singgah penampaq kat pipi hang ! Hang nak keluaq dengan pakai lagu ni? Memang dak aku lepaih hang ! Bak balik helmet " tangan diacah ingin menampar wajah Layyin. Gadis itu mencebik bibir geram.
Dayus Faiq jika dia membenarkan Layyin dengan dress tidak cukup kain itu keluar. Bala bala.
Sudah tiada jalan untuk memaksa Faiq, Layyin mendapat idea.
" Okay fine! Kalau you bagi I ikut, I akan follow apa saja you nak. Please, bagilah I ikut" sudah terdesak inilah padahnya. Tangan dicantum.Buat deal yang makan diri sendiri. Faiq mengangkat kening dan memandang gadis itu atas bawah.
Dia bangun dan mengelilingi gadis itu.Pelik melihat pandangan Faiq, Layyin perlahan menyilang tangan di dada. Dagu yang tidak berjanggut Faiq usap.
" Hmm betui ni? Tak menyesai? " Perlahan kepala digeleng tetapi Layyin rasa macam nak tarik balik.
" Serius ni tak menyesai? Aku bagi peluang " tubuh dipeluk memandang redup kearah Layyin. Muka toya Faiq tayangkan.
" Serious lah I nak ikut you !" Tetap dengan keputusan itu walaupun hati berasa tidak enak.
Apa yang dia nak?
" Okay, follow aku " dengan wajah bingung, Layyin mengikut langkah Faiq.
Selepas 30 minit, kelibat Faiq sudah keluar menghidupkan motor Yon di luar. Dia menanti bayangan isterinya.
YOU ARE READING
FAIQ MUQRI LEKIR
RomancePersoalan sekarang ini, kenapa aku ? Papa tak ada pilihan lain ke selain mamat kampung yang kaki rempit, main tepi bendang dan euwww. Geli nak sebut yang lain. Layyin Makayla Fleur. Nama yang cukup indah seperti luarannya namun tidak padan dengan p...