SPECIAL CHAPTER 4

138 4 0
                                    

" SURPRISE!!! HAPPY BIRTHDAY ELLY!!"

Sebaik sahaja pintu utama ruang tamu dibuka oleh Elyziana, dia dikejutkan dengan beberapa kertas warna warni yang muncul di hadapannya. Kelihatan semua ahli keluarganya, ipar dan angkatnya ada sekali. Tidak lupa juga beberapa cousin yang tercinta dan ahli-ahli rasmi TGSFL.

" Mama!! Papa!! " Elyziana berlari memeluk kedua-dua orang tuanya. " Selamat Hari lahir puteri kami " ucap Tengku Aira dan Tengku Badrul serentak. " Ibu!! Babah!! " Elyziana pergi memeluk kedua-dua mertuanya..

" Selamat hari lahir menantu kesayangan kami " kata mereka. Tengku Amira mengusap lembut kepala menantu kesayangannya. " Elly, tengok sana " kata Tengku Ridzuan dengan nada lembut sambil menunding jari ke arah dua orang yang sangat Elyziana kenal.

Tiba-tiba sahaja dia ingin menangis. Dia tidak melupakan kedua-dua insan yang menjaga dia sejak berumur 6 tahun. " Mama.. Papa " Dalam tangisan, dia berlari memeluk kedua-dua insan tersebut.

" Selamat hari lahir puteri kami yang tersayang " ucap lembut Tengku Hanani sambil mengusap lembut kepala Elyziana. Tengku Hanani mengelap air mata anak angkatnya yang sudah di anggap anak sendiri itu. Wajah Elyziana di usap lembut.

" kenapa anak mama menangis ni, inikan besday anak mama ? Happy lah sayang jangan nangis ii " pujuk Tengku Hanani. Tengku Badrul dan Tengku Aira hanya memandang dengan senyuman manis. Mereka berdua bersyukur anaknya dijaga baik oleh kedua-dua sahabat rapat mereka.

" Hiok hiokkk hiokk (Happy Birthday Cousin!! )"

Semua memandang ke arah Adrian dengan wajah tidak percaya. Serene yang dah tahu dari dulu hanya menahan ketawa sehingga menitiskan air mata.

" Thanks Adrian! " Elyziana yang masih faham bahasa tersebut hanya tersenyum. Adrian menunduk hormat ke arah sepupunya mengundang jelingan daripada Aariz. BOMBASTIC SIDE EYES!!!

" Mama, Papa cakap bahasa apa tu dengan Aunty Elly?? " soal Fizaurah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. " Itu bahasa yang papa kamu, Aunty Elly dengan Uncle Faiq cipta sendiri, hanya diorang saje faham, sayang " jawab Serene sambil mencubit lembut pipi anaknya itu.

" Dah shuh shuh, kacau sahaja line aku " Aariz menjeling ke arah Adrian. Adrian hanya tersengih sebelum berdiri di sebelah isterinya semula.

Aariz menggenggam erat tangan Elyziana.

" Selamat Hari lahir cinta hati abang. You're my star, my flower, my wifey and my everything. Abang bersyukur sangat kerana sayang muncul dalam hidup abang, sayang menceriakan hidup abang dan sekarang sayang ceriakan hidup anak-anak kita. Hadirnya sayang dalam hidup abang bagaikan satu anugerah yang sangat besar yg dianugerahkan oleh Allah SWT. Abang doakan semoga sayang kekal sihat walafiat dan tabah dalam menghadapi setiap cabaran akan datang. Abang doakan semoga sayang dimurahkan rezeki. Abang sayangkan sayang seorang, cinta hati abang selama-lamanya. Till Jannah ehek abang sayangkan sayang, I love you my Queen." ucap Aariz dengan panjang lebar.

Mata Elyziana mula berkaca. Terharu sangat-sangat dengan ucapan ikhlas dari suami tercintanya itu. Sedikit sebanyak sejak dia berkahwin dengan Aariz, banyak benda yang belajar darinya.

" Now, Abang ada sediakan satu lagi hadiah special." Aariz pandang ke arah ketua-ketua TGSFL yang lain. Semua mengangguk lalu mengarahkan tetamu yang yang ada untuk berundur kebelakang.

Semua terlopong apabila melihat dua sangkar yang menempatkan seekor harimau kumbang dan jaguar. Terkedu Elyziana lalu perlahan-lahan mengukir senyuman teruja. Dia kenal sangat dengan kedua-dua harimau itu.

" Sebaik sahaja mendapat isyarat, pintu sangkar tersebut mula di buka. Perlahan-lahan kedua-dua harimau itu keluar dengan renungan membunuh. Semua sudah menelan air liur. Namun tidak bagi Elyziana.

Elyziana mendepakan tangan. Kedua-dua kucing tersebut menyenget kan kepala sambil memandang ke arahnya sebelum membulat mata mereka. " Alololo sayang ii baby ii umi dah besar ea??? " itulah kata-kata pertama yang muncul keluar dari mulut Elyziana.

Terkedu beberapa orang yang melihat kata-katanya. Elyziana bela diorang ke?!

Kedua-dua ekor kucing itu melompat berlari ke arah tuan mereka. Takkanlah diorang nak lupa tuan yang menjaga diorang?? Elyziana memeluk erat kedua-dua ekor harimau itu.

Jangan kata tetamu je tercengang, Aariz sendiri pun tercengang!

" Wahh Donat dan Cleo dan glow up eaaa makin comel je anak² umi ni, alalalalala " Elyziana mengusap lembut kepala kedua-dua harimau itu tanpa rasa takut. Sebagai balasan, keduanya menggeselkan kepala mereka pada tapak tangan Elyziana.

Sebenarnya Donat dan Cleo dihadiahkan oleh Arfan, abang angkatnya pada beberapa tahun sebelum Elyziana berkahwin dengan Aariz. Disebabkan pada masa itu juga Elyziana sambung belajar di luar negeri, Arfan menjagakan mereka di mansion.

Elyziana memandang ke arah Zahrul dan Ariana. " Come here, it's okay they won't bite " Elyziana menggamit tangan memanggil anak-anaknya. Zahrul dan Ariana berjalan bersama lalu duduk di sebelah umi mereka. Kedua-duanya memeluk umi mereka dengan erat. Takut barangkali??

" Donat, Cleo. Meet my kids. Elzahrul dan Ariana.. they are twins " kata Elyziana sambil mengusap lembut kepala Zahrul dan Ariana. Cleo menjilat dahi Ariana manakala Donat menjilat kepala Zahrul . " They like you too dear " Elyziana ketawa kecil.

Ariana terus memeluk Cleo dengan erat manakala Zahrul tak berhenti-henti mengusap bawah kepala Donat dengan gembira. Tak sangka kedua kembar itu boleh akrab dengan kedua ekor kucing besar itu.

Aariz berjalan ke arah isterinya lalu memeluk bahu isterinya. Elyziana ketawa kecil sambil menyandarkan tubuhnya di sisi suaminya.

" Terima kasih sebab bawa mereka ke sini, Abang... Thanks for everything "

" Anything for My Queen, asalkan sayang bahagia"....

𝐌𝐘 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐐𝐔𝐄𝐄𝐍 👑✨ (old)Where stories live. Discover now