Hari perkahwinan Ardini telah pun tiba. Nama suami Ardini ialah Nassar Reyhan. Majlis diadakan sangat lah meriah namun, keluarga Elyziana tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Elyziana berasa sedih kerana tanggapannya, keluarga kandungnya juga akan hadir .
Elyziana duduk di meja makan dengan wajah yang muram. Apabila dia kerling ke kanan, terlihat ada keluarga yang bahagia. Jika dia kerling ke kiri, masih terlihat ada keluarga yang bahagia. Elyziana cuma menunduk. Menunggu masa untuk menangis.
Aariz tidak berada di sisi kerana dia sedang bercakap dengan sepupu-sepupu lelaki Elyziana. Tokma yang berada di sebelahnya pandang ke arah Elyziana dengan wajah kasihan. "Fiezan sayang, Fiezan okey? Kenapa muram ni?" soal Tokma dengan nada lembut.
"Tokma.... Fiezan rindu keluarga Fiezan.... Bila Fiezan tengok sekeliling, semua hadir dengan family masing-masing. Bahagia pula tu" luah Elyziana dengan air mata yang mula mengalir. "Shh jangan nangis ya sayang, Tokma ada ni! Fiezan masih ada Tokma kat sini" pujuk Tokma sambil memeluk cucunya itu.
Elyziana memeluk erat neneknya. Tokma juga turut berasa sedih dengan malang yang menimpa cucunya itu. "Fiezan kena kuat ya? Tak apa, insyaallah suatu hari nanti Fiezan dapat jumpa dengan diorang kembali!" kata Tokma.
•|🦋|•
Elyziana sedang mengemas beg pakaian. Pada esok hari, dia dan suaminya akan pulang. Aariz yang dari tadi memerhatikan isterinya melipat pakaian datang duduk di tepi isterinya. Tangannya memeluk erat isterinya dari belakang.
"Kenapa Abang? Elly tengah lipat kain ni" kata Elyziana. Aariz mengendahkan soalan Elyziana. Dia ralit membenamkan wajahnya ke leher isterinya. "Darling, jom bercuti dekat Italy nak tak?" soal Aariz. "
"Boleh jugak tapi abang x sibuk ke?" soal Elyziana. "Hmm tak" jawab Aariz. Elyziana cuma mengangguk. "Esok kita balik jumpa Ibu dengan babah lepastu kita terus pergi Italy okay?" cadang Aariz. "Alright!".
•|🦋|•
Beberapa hari telah berlalu selepas majlis perkahwinan Ardini, sepupu Elyziana. Maka semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal Qairil dan Fizara sahaja tinggal di kampung menemani Tokma.
Walaupun cuma seminggu lebih disana. Mereka tetap akan merindui moment moment indah bersama.
Elyziana dan Aariz pulang sekejap ke rumah keluarga Aariz. Dan selepas itu mereka berangkat pergi ke Italy dengan menaiki private jet milik Aariz sendiri.
"Wahhh cantiknya tasik ni!" kata Elyziana sambil memandang ke arah tasik yang tidak jauh dari mereka. "Let have a picture!" cadang Elyziana. Aariz tersenyum lalu mengeluarkan telefon pintar nya. "Smile dear!".
Klik! Klik!
Elyziana tidak berhenti henti memandang ke arah tasik tersebut. "Sudahlah tengok sana, tak nak pandang muka abang sudah ke?" soal Aariz dengan nada tenang. Elyziana hanya mengabaikan. Huh? Dia tidak dengar kah.
Aariz tersenyum jahat. Tahulah dia nak usik isterinya sekarang. Sebelah tangannya memegang buku manakala sebelah tangannya memegang dagu isterinya. "Heh? Apa ni A-" Cup! Tidak sempat Elyziana menghabiskan ayat. Dia di sapa dengan sesuatu yang menindih bibirnya.
Agak lama. Yang pasti Elyziana terkaku di situ. Aariz smirk dalam ciuman tersebut sebelum meleraikan ciuman tersebut. Wajah Elyziana memerah. Kakinya berasa ringan saja nak jatuh. "Mmm it's sweet, it it's Strawberry?" soal Aariz sambil menjongketkan kening.
Elyziana menampar bahu suaminya. "Eee menggatal!" marah Elyziana sambil pandang ke sekeliling. Risau ada orang nampak. Sebab ramai juga di kawasan itu. Aariz ketawa kecil lalu mencubit lembut pipi isterinya.
"I love you so much Elyziana Fiezan" luah Aariz.
Elyziana tersenyum. "I love you so much too Aariz Amri. Thanks for coming in my life" balas Elyziana dengan senyuman manisnya.. Aariz tersenyum lalu mencium lembut dahi isterinya.
"I will make sure no one will harm you dear. You're part of my life dear " kata Aariz sambil memeluk erat isterinya. Elyziana tidak berkata apa-apa namun cuma membalas pelukan suaminya itu.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐐𝐔𝐄𝐄𝐍 👑✨ (old)
Roman d'amour>>Tengku Aariz Amri🖤⛓️. Tiada kata kata yg dapat diungkapkan oleh Tengku Elyziana Fiezan ketika perjumpaan pertama mereka di majlis results SPM adik mereka masing-masing. Siapa sangka dari perjumpaan yg biasa itu dapat membuat hati mereka bera...