Malam itu, Elyziana duduk di dalam bilik tidur sambil memerhatikan surat yang diterima tadi. Elyziana membuka surat terbuka. Terdapat banyak kepingan gambar di dalam sampul tersebut tidak pasti gambar apa.
Elyziana mengeluarkan semua kertas tersebut. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat satu per satu gambar tersebut. Aariz bersama dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Adakah itu tunang Aariz dimasa lalu?
Gambar kedua, Aariz memerangkapnya di dinding. Hati Elyziana bertambah berkecai apabila melihat gambar keempat, Aariz dan wanita tersebut tidur di atas katil. BERSAMA- . Elyziana cuba menahan air mata yang sedang bertakung di matanya.
Cepat-cepat Elyziana membuka surat tersebut.
"If you wondering who is the girl in the picture, The Name is Ella Melissa, Aariz Amri's fiance. She's being killed by Aariz Amri himself. She's been tortured and getting lured form him. I hope you're fine through reading this. You never know Aariz bad side. Because he never show to you... Stay strong."
Dan pada masa itulah air mata Elyziana mengalir laju membasahi pipinya. Jadi benarlah Aariz ada tunang? Kenapa Aariz bunuh tunang dia sendiri? Adakah alasan sebenar Aariz ingin berkahwin dengannya kerana tidak ingin memalukan keluarga atas sebab tarikh perkahwinan mereka yang mungkin sama dengan tarikh perkahwinan mereka?
Kepala Elyziana rasa ingin nak pecah. Rasional tak rasional dia nak pergi lari dari sini! Dia perlu cari tempat untuk bertenang. Jadi betullah apa yang Kyzen cakap dulu? Tapi siapakah yang menghantar surat tersebut?
Elyziana berfikir sejenak. Bincang atau lari? Kalau bincang mestilah Aariz akan cakap tidak! Dia perlukan jawapan! Elyziana membuka almari pakaiannya. Dia mengambil beberapa helai baju di masukkan ke dalam bagasi.
Dia perlu pergi ke airport untuk pulang ke Malaysia. Sudah cukup dengan gambar-gambar sebagai bukti. Dia dah penat. Mujurlah Xander dan Kyle tiada di pagar kerana masih mengikut Aariz. Elyziana keluar menaiki kereta Honda Civic milik Aariz yang di simpan di dalam garaj.
"Jadi betullah apa yang aku fikirkan dulu" bisik Elyziana perlahan. Sepanjang perjalanannya hanya di temani dengan radio yang entah kenapa malam malam menyiarkan lagu sedih-sedih.
•|🦋|•
Aariz, Xander dan Kyle pulang ke Mansion pada pukul 3 pagi. Aariz terus naik ke atas iaitu bilik tidur dia dan Elyziana. Kerana menjangka kan Elyziana dah tidur.
Kriukkkk
Pintu bilik dibuka perlahan. "Darling I'm ba-" tak sempat Aariz menghabiskan ayat kelihatan isterinya tidak ada di dalam bilik tersebut. Hanyalah ada beberapa kertas yang berterabur di atas katil. Aariz mendekati gambar tersebut.
Hatinya menggelegak panas apabila melihat gambar yang dia bersama dengan bekas tunangnya itu. Siapakah yang menghantar untuk menghancurkan rumah tangga Aariz dan Elyziana. "Darling!?" Aariz mula menggelabah mencari Elyziana di sekitar dalam mansion tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
"XANDER !! KYLE!! TOLONG AKU CARI ISTERI AKU!!"
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐐𝐔𝐄𝐄𝐍 👑✨ (old)
Romance>>Tengku Aariz Amri🖤⛓️. Tiada kata kata yg dapat diungkapkan oleh Tengku Elyziana Fiezan ketika perjumpaan pertama mereka di majlis results SPM adik mereka masing-masing. Siapa sangka dari perjumpaan yg biasa itu dapat membuat hati mereka bera...