Sinopsis

131 3 0
                                    

Siapa sangka di sebalik mata yang dingin, wajah yang beku dan tidak berperasaan itu, tersimpan pelbagai rahsia tentang hidupnya? Aiden Mikhail penuh dengan aura misteri. Setiap tindakannya seolah-olah sudah dijangka, seakan dia tahu apa yang akan berlaku sebelum ia terjadi. Siapakah dia sebenarnya? Psikik? Mind reader? Sixth Sense?

Sekembalinya ke Malaysia dari Amerika Syarikat sebagai ejen rahsia di FBI, Aiden Mikhail bertemu dengan Ariesya Qaisara, seorang detektif wanita yang berusaha mencari kebenaran di sebalik kehilangan ayahnya. Bermula sebagai pakar forensik hingga menjadi inspektor termuda di jabatannya, semua usahanya tertumpu kepada satu matlamat—mencari kebenaran.

Kehadiran Aiden Mikhail mengucar-ngacirkan hidupnya. Namun, dengan bantuan lelaki itu, setiap kes yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

"Hoi! What is wrong with you?! Kalau nak mati, mati sorang-sorang, jangan ajak saya sekali!" — Ariesya Qaisara

"Малышка. Watch your mouth. Kau mungkin menyesal dengan kata-kata kau sendiri. And when that happens, don't expect me to save you. Unless you beg for it." — Aiden Mikhail

Walaupun pertemuan mereka sering berakhir dengan pertengkaran, atas dasar tugas, mereka terpaksa bekerjasama memburu penjenayah-penjenayah kelas pertama yang semakin berleluasa. Walau bagaimanapun, mereka mula menyedari setiap kes yang mereka kendalikan seolah-olah berkaitan. Seperti ada seseorang yang sedang bermain tarik tali di sebalik tabir.

"Do you remember me, agent? The one you left behind, discarded like I was nothing. You thought you could just walk away, that you'd be free. But I've been waiting. Waiting for this moment—for the day you'd pay for what you did."— Unknown

Siapakah Aiden Mikhail yang sebenarnya? Rahsia apa yang dia sembunyikan? Dan apabila semua terungkai, adakah Aiden dan Ariesya mampu menghadapi kebenaran itu?

Veils of the AbyssWhere stories live. Discover now