Bab 3

11 2 0
                                    

     Sekujur tubuh pucat terbaring kaku di hadapan Ariesya Qaisara, penuh dengan kesan kekejaman yang membuatkan jiwanya terasa terhimpit. Dia pernah melihat banyak kes ngeri, tetapi ini... ini lain. Sesuatu yang jauh lebih kejam, tak masuk akal. Sakit di hati mula menusuk, seolah-olah dia turut merasai sebahagian kecil penderitaan mangsa itu.

     Wajah wanita itu—atau apa sahaja yang tinggal —hancur dengan kesan luka yang mengerikan. Luka-luka dalam pelbagai bentuk, ada yang mencalar sedikit kulit, ada yang begitu dalam sehingga merosakkan tisu daging. Kesan-kesan itu hampir menutup segala jejak identiti wajah malang tersebut. 'Hina sangatkah wajah wanita ini,' Ariesya menggumam dalam hati.

     Tubuhnya juga tak kurang mengerikan. Setiap inci kulit dibaluti dengan kesan penderitaan—lebam, torehan, dan paling jelas, tanda cekikan di lehernya. Seolah-olah wanita itu bergelut hingga saat terakhir untuk mempertahankan nyawanya. Dan perutnya... ditikam berkali-kali. Terlalu kejam. Dada kiri pula ditebuk, tepat menembusi jantung. Kuku-kuku tangan dan kaki wanita itu tercabut, dicabut dengan paksa—'playar mungkin,' Ariesya mengagak, memikirkan betapa sakitnya seksaan yang terpaksa dilalui.

     'Manusiakah dia, langsung tiada simpati,' Terlintas di fikirannya, merasakan keperitan yang ditanggung oleh mangsa. Setiap tanda penderitaan di tubuh wanita itu bercerita lebih banyak dari yang dilaporkan secara klinikal.

     Itu hanya luaran. Bahagian dalam lebih teruk. Menurut laporan Doktor Airel, organ-organ dalamannya rosak teruk—kesan dari hentakan, tumbukan, atau mungkin dia dicampak. Wanita ini telah diseksa berulang kali, seolah-olah siksaan itu tak pernah cukup bagi si pembunuh.

     Ariesya cuba menahan air matanya, namun setitik air mata mengalir jua. Dengan pantas dia menyeka pipinya, tidak mahu sesiapa melihatnya begitu rapuh. Pengalamannya sebagai pakar forensik sebelum ini, walau singkat, pernah mempertemukannya dengan banyak mayat. Namun, ini adalah pertama kali dia berdepan dengan kematian yang sebegitu kejam.

     "Ariesya, kalau kau tak dapat kawal emosi, baik kau keluar." Suara Aiden Mikhail memecah kesunyian, tenang namun dingin. Matanya memerhati Ariesya dengan teliti.

     Ariesya tersentak, terasa marah dengan komen lelaki itu, tetapi dia cuba menahan diri. 'Sibuk sangat nak judge aku. Aku manusia, ada perasaan,' fikir Ariesya sambil menjeling tajam ke arah Aiden. Dia mungkin seorang detektif, tapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai hati.

     "This is too much. How can people be so cruel?" Ariesya bersuara, suaranya menggambarkan rasa tak percaya.

     "Ini bukan manusia." Aiden menjawab, nada suaranya tetap dingin, seolah-olah tiada apa yang dapat menggoyahkannya. "Jasad manusia, tapi dalamnya seperti tin kosong. Psychopath. Tak ada rasa simpati. Mereka cuma nak...puaskan nafsu membunuh."

     Tiba-tiba, pintu bilik autopsi terbuka. Doktor Airel masuk dengan laporan forensik di tangannya. Dia berjalan ke arah mereka, sambil menghulurkan sampul laporan kepada Aiden.

     "This is too much, isn't it ? Aku harap korang dapat tangkap pelaku ni cepat. Orang macam ni bahaya kalau dibiarkan hidup," kata Airel, wajahnya jelas menunjukkan kebimbangan.

     Aiden menyambut laporan itu dan menatapnya sejenak. "Thank you, Airel."

     "Tapi ada satu benda yang aku rasa pelik," sambung Airel, dahi berkerut. "Kalau ini kerja pembunuh bersiri dengan 16 mangsa, kenapa kali ni nampak macam terlalu... sloppy? Macam amatur."

     Aiden diam sejenak, memikirkan sesuatu. "Motif dia mungkin berbeza. Ada unsur balas dendam kali ni. Kita kena selidik lebih lanjut."

     Ariesya terus memandang tubuh yang terbujur kaku di hadapan mereka, fikirannya berputar  tentang kejahatan yang lebih dalam dari sekadar pembunuhan ini. 'Siapa sebenarnya orang yang aku kena hadap ni?'

Veils of the AbyssWhere stories live. Discover now