BAB 11

22 0 0
                                    

"Lebih baik pekak daripada perlu mendengar bait-bait penipuan manusia. Lebih baik buta daripada perlu meludahkan mutiara yang sudah hilang kilauannya. Kebenaran memang menyakitkan. Namun lebih sakit jika untuk tujuan kesenangan.

-Rheyana Arman


**********


Beg yang disandang bahu terus dihempas pada sofa. Along janji mahu menjemput mereka di sekolah. Panggilan telefon pun tak diangkat. Tercongok setengah jam Rheyana dan Hayra di gazebo pagar utama. Risau along terlibat dalam hal yang tak diingini sahaja, terus ditelefon ayah. Namun ayah akan tiba di sekolah lewat sedikit kerana dia perlu membantu mama menghias kelasnya.

Sudahlah mesej Rheyana pun tak dibaca. Apa guna ada telefon mahal-mahal jika tak diguna? Keluar dari perut kereta, dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Mencari susuk tegap itu.

"Along.. oh along! Kau kat mana?" Rheyana berlari ke dapur. Selalunya along akan mencari kerepek pisang untuk dikunyah sambil mengulang kaji pelajaran. Tapi hampa along tiada ada di situ. Dia tak putus asa, terus berlari ke bilik along.

Pintu bilik yang tergantung papan yang berbunyi, 'Rose dan sunbear dilarang masuk' terus ditolak kasar. Dadanya berombak kencang. Keadaan bilik along yang sering bersepah dengan baju di lantai kini bersih. Bantal dan selimut kelihatan tersusun cantik di atas almari. Meja belajar along yang sudah kosong tanpa barang didekati. Mana perginya buku-buku along yang setebal kamus dewan itu? Rak bukunya pun hanya ditinggalkan buku Fixi zaman waktu sekolahnya.

Kalau sudah dijual, kenapa tak dijual sekali buku-buku komiknya? Sebab along ada mengatakan hasratnya itu tempoh hari. Rak baju along diselongkar. Rheyana jatuh terduduk ke belakang dengan sendirinya. Terkejut melihat tempat penggantung sudah kosong tanpa langsung pakaian. Dia pandang ke atas. Dua beg roda yang sering disorong along ke sana sini sudah tak kelihatan.

"Along dah balik universiti. Tapi dia dah janji.." Rheyana bermonolog sendiri. Dia menekup mulut, menghalang sangkaan buruk yang menyerang fikirannya sewaktu ini.

Cepat kepala digeleng. Tak mungkin, bukan lagi dua minggu ke? Dia sedang bermimpi bukan? Dia menampar-nampak pipinya dengan pukulan yang agak kuat. Auch!

Bukan. Dia. Tak. Bermimpi.

Rheyana masih tak berputus asa untuk membongkar almari along. Baju singlet yang entah sejak bila terperam kat sini dikeluarkan. Ya Allah, budak ini tak pernah berubah! Seluar jean yang dia beri sebagai hari lahir pun belum dibuka daripada bungkusan. Tangan diseluk ke dalam almari yang gelap. Entah apa lagi harta karun along yang dijumpainya.

Sedang dia memunggah keluar, hujung jari merasakan sesuatu objek yang berbentuk segi empat. Ditarik keluar benda itu. Sebuah buku. Agak antik apabila melihat kedaan kulit buku yang sudah dimakan anai-anai. Tak ada kerja betul along membaca buku seperti ini.

"Hayra, ke sini kejap!"panggil Rheyana.

Seorang perempuan yang masih berbaju sekolah termengah-mengah menahan nafas berlari ke arahnya. Seketika Hayra bercekak pinggang sambil memberikan pandangan keliru. Hilang nafsu makannya untuk menikmati ayam gunting apabila mendengar namanya diseru nyaring.

"Ya, ya! Apa kejadah kau panggil aku? Aku tengah makan tau tak."

"Ni. Ni."

Buku yang berwarna oren kulitnya ditunjukkan pada Hayra. Bertambah lagi kerutan di pelipis dahi Hayra. Diari. Perkataan yang mempunyai lima huruf itu dibaca. Dia yang tak pandai baca atau Rheyana yang buta huruf?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AduwwanWhere stories live. Discover now