BAB 2

37 0 0
                                    

"Sedih dihina kawan? Lagi sakit dihina oleh manusia yang membawa kau ke hulu-hilir selama kau dalam rahimnya."

-Hayra Arman

**********

Lingkaran hitam yang terbentuk di bawah mata disapu krim. Menyesal pula jadi burung hantu malam tadi. Cikgu Sejarah punya pasallah, tiba-tiba suruh hantar folio untuk semakan pengetua esoknya. Mana tak gelabah Rheyana mengumpul semula latihan yang belum sempat disemak. Hayra jangan kata apa, dia dah elok goyang kaki depan televisyen. Cepat betul dia buat kerja.

Seusai mandi, Rheyana berjalan ke dapur untuk sediakan sarapan mereka berdua. Bekas berisi uncang teh ditarik keluar dari kabinet yang agak tinggi. Jag yang siap-siap diletakkan satu uncang ditonggak di mesin Coway. Sempatlah juga dia menyanyi riang sementara menunggu air panas mengalir sehingga penuh.

"Cari baju korporat mama kat bakul. Lepastu tolong gosokkan sebab mama ada penggambaran untuk majalah sekolah."

Laungan lantang mama dari bilik persalinan tingkat atas memecahkan keheningan pagi. Tak terkejut pun. Sudah menjadi rutin, telinganya akan dihidangkan suara itu mendahului yang lain-lain. Sebelum mama bertukar singa kelaparan, Hayra pantas berlari-lari anak menuruni tangga ke arah stor. Terbakar sedikit kalorinya apabila naik turun tangga berulang-kali.

"Seterika dah terpasang! Nanti rosak kalau biar lama-lama!"jerit mama lagi, kali ini lebih keras berbentuk amaran.

"Ya, Hayra datang ni!" Tangan berpaut seketika pada tombol tangga sebelum sambung berlari ke atas. Nak ambil nafas pun tak sempat. Sebentar tadi dia siap kemas bilik, sekarang dia kena seterika baju kerja mama dan ayah pula.

Tumpah rasa simpati tatkala memerhati Hayra yang kelam-kabut membawa sehelai baju dengan rambut yang masih basah tak berikat. Dengan rambut bergerbang ke kiri dan ke kanan, serupa hantu tiang bergerak pun ada.

Bunyi yang dikeluarkan alat pembakar roti seiring roti yang tersembul keluar dari lubang serta-merta menyedarkan Rheyana ke realiti. Jem coklat berjenama Nutella yang tak sampai separuh pun berusik dibuka penutupnya. Label 'Baik Sebelum' meyakinkan Rheyana untuk menggunakannya. Menurut cikgunya, melepasi tarikh yang dinyatakan tak bermakna produk itu dah tak selamat dimakan. Cuma kualiti dari segi kesegaran, tekstur dan nutrisi telah berkurang daripada yang asal. Terus disapu satu sudu penuh pada roti tanpa was-was.

"Yana, buatkan kopi untuk ayah. Jangan lupa letak satu uncang dalam termos, nanti ayah boleh bancuh sendiri masa waktu rehat,"pinta ayah yang baru keluar dari bilik belakang. Mata Rheyana menyorot turun pada bakul yang dijinjing ayah. Baru sidai baju kot.

"Siap bos!" Rheyana buat tabik hormat sebelum ketawa terkekek-kekek.

Walaupun ayah tak berikan sebarang reaksi, Rheyana hanya buat tak tahu. Berpura-pura tak terkesan langsung dengan sikap ayah yang tak pandai berjenaka. Tak payahlah mimpi ayah akan buat lawak satu hari nanti. Kalau betul terjadi, dia orang pertama yang pengsan dulu. Nak nampak ayah senyum pun susah. Serius je memanjang.

"Dah siap ke belum? Ayah nak makan ubat darah tinggi pulak ni." Ayah menarik kerusi jati meja makan ke belakang lalu melabuhkan punggung padanya.

"Se-sekejap."

Terkedek-kedek Rheyana mengelap para kabinet dapur yang kotor dengan sedikit tumpahan air. Mana taknya, satu tangan memegang teko kaca dan satu lagi tangan memegang sebungkus roti Gardenia. Sudahlah pinggan dan mangkuk dalam sinki makin menimbun.

Abang sulongnya bukan reti ringankan tulang membantu. Baik berkampung terus kat universiti, buat tambah beban Rheyana basuh baju biawak hidup. Balik cuma menyusahkan orang je!

ADUWWANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang