BAB 8

15 0 0
                                    

"Lelaki secara fitrahnya bersifat kuat. Kuat daripada seorang perempuan. Sehinggakan stigma ini dah melekat dalam pemikiran kolot masyarakat. Dan mereka harap kita ini manusia yang sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki. Lelaki juga ada perasaan. Marah, sedih, gembira. Menangis tak bermakna kita lembik, baik lelaki mahupun perempuan. Kita sebenarnya dalam proses memulih dan menyiapkan jiwa kita untuk kental menghadapi ujian yang seterusnya."

- Along


**********


Along suka membuat sesuatu tanpa memberitahu. Dengan muka baru bangun tidur, air liur pun sempat kering lagi, tiba-tiba along masuk ke bilik menyatakan hajatnya. Dia kata peminatnya menuntut janji lelaki itu pada tempoh hari untuk mengajak Hayra muncul dalam konten TikTok. Mahu menuntut ilmu masakan punya pasal!

Ketawa Hayra tatkala mengetahuinya. Dia hanya sekadar budak hingusan yang tak tahu menahu tentang kulinari. Malahan bukanlah cef terkenal yang memiliki apa-apa sijil dalam bidang itu. Padahal berlambak lagi cef yang boleh dirujuk resipinya. Along pun bukan nak beritahu masakan spesifik yang perlu diajar. Mujur dia sering mencuba setiap resipi yang muncul di media sosial, jadi tak adalah pusing kepala sangat.

Hayra ada dua khabar. Khabar baik, dia mengambil keputusan untuk mengajar resipi hamburger ayam buatan sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak terlalu banyak dan dapat didapati di kedai runcit. Dan khabar buruknya, jeng, jeng, jeng... bahan yang kedua terpenting dalam pembuatan makanan yang berasal dari Amerika Syarikat ini tak memunculkan dirinya sejak tadi. Dia sudah kesuntukan masa. Mana nak dapatkan roti burger dalam masa terdekat ini?

Bunyi loceng rumah kedengaran. Suis pagar automatik di ruang tamu depan diketik, sesaat pagar berwarna putih kelabu itu bergerak dan berhenti di hujung landasannya. Sebuah motosikal yang ditunggang oleh lelaki berbaju merah jambu bercorak panda. Mata disorotkan kepada kotak kain yang juga mempunyai imej panda.

Hayra main ambil je tudung sarung yang tersangkut pada kerusi. Tiada masa nak fikir siapa yang punya. Jari kaki cepat-cepat disarungkan dengan selipar getah dan dia berlari menghampiri abang FoodPanda itu. Entah tudungnya tajam seperti tanduk Ultraman atau senget-benget pun dia tak pasti.

"Ni rumah nombor 5 kan? Nah, pesanan adik." Abang itu membuka penutup kotak itu dan mengeluarkan satu plastik yang agak ringan.

Disambut huluran abang itu dengan muka bingung. Ya tak ya je. Silap alamat rumah kot. Siapa ahli keluarganya yang bertuah sangat memesan makanan padahal baru je mengisi perut beberapa puluh minit yang lepas?

"Terima kasih,"ucap Hayra lalu menghulurkan dua keping not RM5.

Melihat abang itu sudah keluar dari kawasan pagar, Hayra dengan gelojohnya menyelongkar isi di dalamnya. Sebungkus roti burger yang berjumlah 6 biji kesemuanya kini berada dalam pegangan. Peti mesej mama dicari sesudah aplikasi WhatsApp muncul di skrin.

Hayra

Mama yang belikan roti burger kat FoodPanda?

Pelik kan anak beranak ini? Hanya berkomunikasi melalui jaringan Internet. Sedangkan mama dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat beli-belah. Bercakap secara empat mata jarang sekali, boleh dihitung jari berapa kali mereka berbual bersama-sama. Itu pun selalu berakhir dengan perselisihan faham.

Mama

Aah, sambil mama cari ikan untuk makan tengah hari. Ayah kamu kata yang along ajak kamu masak dalam TikTok dia. Itu yang mama tolong belikan.

ADUWWANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang