BAB 7

15 0 0
                                    

"Mula-mula hanyalah berapa patah kata. Perlahan-lahan menajdi sebuah mimpi ngeri."

-Along


***********


Hayra berkerut-kerut dahi. Entah kenapa dia rasa tak selesa. Lalu dia bangun dari tempatnya berbaring. Perut yang memulas ditekan dengan tangan berkali-kali dengan tangan lagi satu bercekak pada pinggang. Inilah padahnya apabila membiarkan perut kosong tak berisi sebelum tidur. Dah ada gastrik pun tak sedar diri lagi. Kaki ditendang-tendang ke udara apabila rasa sakit semakin terasa. Aduh.. sakitnya.

Perlahan-lahan Hayra mengesot ke birai katil sebelum cuba untuk berdiri. Rheyana yang sedang tidur di sebelah dipandang sekilas. Takut kembarnya terjaga. Dia menghembus nafas lega. Jarum dinding menunjukkan pukul 2.30 malam. Tak ada kerja betul cari makan tengah-tengah malam. Tapi nak buat macam mana, kalau perut pun dari tadi menyalak macam kebuluran setahun, terpaksalah dia turun ke bawah untuk menjenguk lebihan makanan.

Rasanya ayam masak merah yang mama masak disimpan dalam peti ais. Nasi pun ditanak sehingga 7 pot, tak mungkin boleh habis untuk 5 orang makan. Melainkan alongnya yang besar nafsu makanannya itu mampu lantak seorang diri. Tak padan dengan badan keriping, nasi pun bertambah-tambah. Tengok je pada tangan along yang berotot, hasil pergi ke gimnasium berdekatan rumah setiap minggu. Itu sebab badannya kekal pada bentuknya walaupun makan tak ingat dunia.

Tombol pintu dipulas, tanpa menghasilkan sebarang bunyi semaksimum yang mungkin. Hayra pandang ke belakang semula untuk memastikan Rheyana tak menyedari kehilangannya. Pintu dibuka dan dia cepat-cepat keluar. Dia menuruni tangga lalu kaki dituju ke arah dapur kering. Buat hal lah kau ni perut.

Hayra berhenti menapak. Yang peliknya lampu dapur menyala dengan terang. Takkan ayah terlupa untuk tutup sebelum naik ke bilik. Selalunya ayah akan pastikan semua suis ditutup dan setiap pintu di rumah ini berkunci. Takut pula pencuri memecah masuk. Wallahu Alam, kita yang manusia hanya membuat persediaan. Itu kata ayah.

Sumpah jantungnya berdegup laju sekarang. Tak tahu bahaya yang macam mana menanti di depan. Kayu hoki kepunyaan ayah diambil sebagai pertahanan. Nanti senang dia debik pencuri itu nanti. Kaki dijengket-jengket persis James Bond. Deruan nafas ditahan daripada berbunyi terlaku kuat kerana keresahan.

"Bismillahirrahman nirrahim." Permulaan ayat suci Allah dilafaz terlebih dahulu sebelum membuka langkah. Bersedia untuk mengeluarkan pencak silatnya. "Hoi, berhenti kau kat sini, wahai toyol durjana!" Dengan mata tertutup, hujung kayu hoki dilayangkan tepat ke arah manusia yang berambut hitam perang.

"Rose, kau nak aku mati ke apa?" Sempat dihadang serangan mengejut itu. Mahu seketul benjol timbul di kepala jika betul-betul terkena tadi. Along mempamerkan muka mak singa hendak menerkam.

Membeku Hayra di situ. Alamak! Nyaris-nyaris je along mengakhiri cuti semestanya di katil hospital. Itu okey lagi, kalau ada mana-mana sel otak along yang terputus masa dia pukul tadi, mahu dia seumur hidup menjaga along. Kalau sekarang pun macam orang tak normal dia tengok.

Aplikasi kamera pada telefon dibuka. "Nasib tak kena muka. Kalau tak cacat muka aku yang segak lagi bergaya ni,"kata along sambil meraba-raba seluruh mukanya. Risau benar mukanya jadi cacat, hilang gelaran hero seMalaya yang disandang selama ini.

"Poyonya kau ni, along. Rasa macam nak hempuk je kau dengan kayu hoki ni. Biar pengsan terus,"kata Hayra sambil membuat muka hendak muntah. Tak pernah dia lihat along berdamping atau ke hulu hilir dengan perempuan. Itulah memilih sangat. Padahal berlambak anak dara mak cik-mak cik kat kampung ini nakkan dia.

AduwwanWhere stories live. Discover now