18 :Sober

421 18 0
                                    

Chapter 18 : Sober

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 18 : Sober

"𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐜𝐚𝐥𝐥 𝐦𝐞 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐬𝐨𝐛𝐞𝐫..."

══════ ∘◦༒◦∘ ══════

Press button ★ before reading!

BIBIR kami bersatu. Aiden kemudian melepaskan ciumannya dari bibirku.

"Jadi Encik Aiden, boleh tak saya bekerja di sini?" pintaku dengan manja.

"Untuk kau, apapun boleh little girl." balas Aiden menggeletek pinggangku. Aku melepaskan tawa. Gelilah!

Kami berdua duduk di dalam bilik ofis yang terletak di lantai atas kedai pizza yang sunyi. Walaupun ruangan itu sempit, tapi atmosferanya hangat dan penuh dengan ketenangan. Aku sebagai ahli dalam markas Tre'Killaz, telah lama mengenal lelaki ini.

"Kedai Pizza hm?" mataku memincing pandang Aiden.

"Kau fikir apa? Of course aku beli kedai pizza ni dengan usaha sendiri." Aiden mengetuk kepalaku dengan pen dakwat basahnya.

"Lagipun, ini je cara untuk aku pantau aktiviti harian adik aku. si Andrea tu." tambah Aiden lagi. Aku hanya mengulum senyum sambil mengusap-ngusap kepalaku.

Aiden Evander. Lelaki yang dulunya adalah seorang ketua mafia yang sangat berkuasa dan berpengaruh di Tre'Killaz. Kini, dia telah berhenti dari dunia kejahatan dan memiliki sebuah kedai pizza dengan usaha yang sah. Macam tak percaya kan? Pekerjaan mafia sangat luas. Semuanya memiliki masa depan yang berbeza-beza.

Aku tersenyum manis. "Siapa sangka kita akan bertemu lagi di sini setelah begitu lama, Aiden? Macam mana dengan khabar awak?"

Aiden tersenyum mendengar pertanyaanku.

"Macam biasalah. Sentiasa kuat dan masih bertenaga. Aku rasa pelik bila nampak kau kat sini. Serius ke kau nak ambil kerja ni? Kehidupan kau macam mana pula? Aku tengok kau dah makin kuat sejak join Tre'Killaz." tempelak Aiden.

Aku diam dan mendongak. Tersenyum-senyum saja dari tadi. Sedang fikir untuk susun kata-kataku buat Aiden.

"Hidup saya berubah sejak kali terakhir kita berjumpa. Awak tak nak ambil alih balik ke tempat awak sebagai ketua mafia?" bibirku memuncung sambil bertanya. Bukannya apa. Hari-hari tatap muka si Adam tu agak bosan juga bagiku. Hmm...

"Kenapa? Kau rindukan aku ke?" Aiden mencuit singkat hidungku membuatkan aku tertawa geli. Pandai lelaki itu menghangatkan hati aku dengan soalan itu.

"Emmm. Rindu. Rindu sangat!" jujurku membuatkan pandangan Aiden terhadapku semakin menajam. Lelaki itu menyeringai seperti badut. Seolah-olah telah bersedia untuk menerkam aku. Ouch! Takutnya~

MAFIA: SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now