1:Overseas

1.7K 73 0
                                    

Chapter 1: Overseas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 1: Overseas

"𝐈𝐭 𝐢𝐬 𝐚𝐝𝐦𝐢𝐫𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐨 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐡𝐢𝐬 𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐢𝐬𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐢𝐬 𝐚 𝐬𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐩𝐥𝐚𝐜𝐞 𝐢𝐧 𝐡𝐞𝐚𝐯𝐞𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐰𝐡𝐨 𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬 𝐡𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐞𝐫 𝐭𝐨 𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬𝐞𝐚𝐬."

══════ ∘◦༒◦∘ ══════

Press button ★ before reading!

AKU baca surat ini berkali-kali. Aku baca ia dalam hati.Tidak boleh nak bayangkan betapa tragisnya kematian ibu dan ayahku. Mereka telah mati angkara ditembak dengan kejam. Aku masih lagi bingung untuk membayangkan semua itu.

Kata Mustafa selaku ayah angkatku itu, ibuku telah mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Isi kepalanya terburai habis. Dan ayah pula telah dibakar hidup-hidup. Mayatnya pula dijumpai rentung sehingga tidak dapat memastikan wajah dan rupanya sebenar.

Ke hadapan anakku, Nur Iman.

Mungkin ketika kamu dapat dan baca surat ini, ibu dan ayah telah pergi buat selama-lamanya.

Sebenarnya banyak perkara yang ibu ingin ceritakan kepada kamu. Tapi malangnya, kamu masih seorang bayi ibu yang sangat kecil dan tidak tahu apa-apa. Tak mengapa. Kamu tidak perlu tahu apa-apa kerana dunia ini memang kejam walaupun kita tidak bersalah dalam apa-apa hal.

Ibu cuma mahu kamu teruskan hidup. Jadilah lebih kuat. Jadilah berani. Jangan biarkan sesiapa pun jatuhkan kamu walau kamu itu lemah macam mana sekalipun.Kamu layak untuk mendapatkan kebahagiaan. Maafkan ibu dan ayah.

Ikhlas dari ibumu,
Siti Mariam

Setitik dan dua titik, air mataku jatuh. Hatiku bergetar menahan kesedihan yang tak berkesudahan ini. Rasanya pedih. Rasanya terlalu sakit.

Kalau lah bunuh diri itu tidak berdosa, sudah lama aku lakukannya. Aku ingin sekali bertemu dengan Ibu dan ayahku. Namun apa yang ditinggalkan, cumalah surat ini. Jika ada gambar mereka pun, aku sudah bersyukur sekali. Kerana aku boleh menatap wajah mereka hari-hari dan sebelum tidur.

Seperti kata ibu, layakkah aku mendapat kebahagiaan? Layakkah aku mendapat cinta daripada seseorang? Tidak kisahlah cinta daripada sesiapa sekalipun. Tetapi aku bersyukur kerana ada yang sudi ingin menjagaku sehingga aku membesar menjadi gadis yang berumur 19 tahun.



MAFIA: SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now