Chapter 11: Vivianna
"𝐕𝐢𝐯𝐢𝐚𝐧𝐧𝐚. 𝐀 𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐛𝐚𝐝 𝐧𝐚𝐦𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐈 𝐡𝐚𝐭𝐞."
══════ ∘◦༒◦∘ ══════
Press button ★ before reading!
AKU berpeluk tubuh dengan wajah yang mendatar. Menyaksikan Aiden sedang membantu lelaki yang telah ditembak olehku tadi tepat pada bahu kanan tegapnya. Tembakan secara dekat. Sudah pasti amat menyakitkan dan rasanya begitu perit. Tapi aku tak pedulikan lelaki asing itu. Apa yang aku pedulikan sekarang ialah Aiden Evander. Sebab aku mahu tahu alasan mengapa dia membunuh ibubapaku. Sama ada alasan konyol ataupun tidak, aku tak peduli. Yang penting, aku tidak akan sesekali leka ataupun bersikap gelabah seperti tadi.
Mujurlah Aiden ada untuk selamatkan aku yang berada diambang maut. Kalau tidak, aku sudah mati tidak bernyawa lagi. Membayangkan wajahku terburai hancur ditembak oleh lelaki asing itu secara dekat dengan senjata yang bernama classic. Sejujurnya jantungku berdetak kencang apabila melihat kepala pistol itu betul-betul berada tepat depan mata. Tapi itu bukan kali pertama bagiku. Sebelum ini pun aku pernah diacukan pistol tepat depan mata oleh Mustafa sewaktu kami berdua menjalani latihan Mafia. Untungnya pistol tersebut ringan tiada peluru.
'It means you are lucky, Mayesa.' itulah kata-kata Mustafa kepadaku dengan senringai garangnya yang tak ubah seperti singa jantan menguasai hutan rimba.
Berbalik kepada Aiden, dia memarahiku seperti dia menyimpan seribu perasaan yang sulit untuk aku terangkan. Perasan yang lelaki itu suka kepadaku adalah bukan tabiatku sama sekali. Aku sudah mempunyai suami. Apa yang sedang Aiden fikirkan? Lelaki itu seolah-olah sedang menuntut dan mengagihkan sesuatu dariku. Cinta. Kasih sayang. Perhatian. Belaian.
Gauman Pheonix membuatkan aku memandangnya dengan riak yang bimbang. Aku dapat melihat betapa bencinya serigala jantan itu terhadap ahli-ahli Tre'Killaz. Itu menunjukkan bahawa Pheonix telah dilatih dengan gigih untuk membenci dan melawan para musuh tegar iaitu Tre'Killaz sejak azali. Tapi aku bingung dan masih tertanya-tanya.
"Kenapa Tre'Killaz dan Hell Angels bermusuhan?" akhirnya pertanyaan yang bermain di benak fikiranku terlontar juga kepada dua orang lelaki yang berdiri tegak tidak jauh dari tempat aku jejak.
Luca dan Aiden. Mereka bertukar pandangan sebelum mata mereka tertancap padaku yang masih santai berpeluk tubuh. Aku masih menanti jawapan daripada mereka berdua. Kelihatan Aiden menunduk. Dan Luca pula masih tidak berhenti menusukkan ketajaman matanya pada Aiden. Dengan keajaiban, panahan mata tajam itu dapat membunuh lelaki itu padahal ia sangatlah mustahil. Luca mana ada kuasa macam tu.
YOU ARE READING
MAFIA: SHE'S THE ONE
Roman d'amour*•.¸♡ 𝒜𝒸𝓉𝒾𝑜𝓃 𝑅𝑜𝓂𝒶𝓃𝒸𝑒 ♡¸.•* | MAFIA : DIALAH SATU-SATUNYA | The most unique story of Mafia's. Di mana satu-satunya pewaris bagi keluarga 'Edric' adalah seorang gadis berbangsa Melayu, Mayesa Nur Iman. Dia telah dibesarkan oleh Mustafa...