6: Emerald

961 41 0
                                    

Chapter 6: Emerald

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 6: Emerald

"𝐖𝐡𝐨 𝐢𝐬 𝐡𝐞? 𝐀𝐧𝐝...𝐖𝐡𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐦𝐞𝐫𝐚𝐥𝐝 𝐚𝐫𝐞 𝐬𝐨 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥?"

══════ ∘◦༒◦∘ ══════

Press button ★ before reading!

ZRASHHH!!!

AKU disimbah air sejuk dan ia secara automatik membuatkan aku tersedar dari pengsan. Mataku terbuka luas memerhatikan keadaan sekeliling. Kiri kanan aku pandang. Atas bawah pun sama. Dan selepas itu mataku tertumpu pula kepada bayangan samar-samar seorang lelaki yang bercangkung di hadapanku.

Aku terbatuk-batuk kecil sebelum wajahku dipaut kasar oleh lelaki itu.

"Where... Where am I?" tanyaku separuh sedar.
Bayangan samar-samar lelaki itu semakin lama semakin jelas menampilkan bagaimana rupanya tanpa memakai topeng muka aneh.

"In hell..." jawabnya lalu kembali menolak kasar wajahku sehingga aku tertunduk ke bawah.

Perkara itu masih tidak menghalang aku daripada mendongak semula. Aku terus memerhatikan suasana di sebuah tempat yang sangat tidak nyaman. Tempatnya gelap. Cuma lampu di tengah-tengah saja terpasang. Dan aku berada di bawah lampu itu.

Kelihatan lelaki itu tidak berseorangan. Dia bersama dengan ahli-ahlinya yang berjumlah tiga orang.
Mataku terpejam beberapa kali. Sebuah kamera canggih diletakkan tidak jauh dari depan sana. Berhadapan dengan aku.

"What are you going to do with me? And... That camera... what are you going to do with that camera?!" tanyaku membentak dan dengan pantas aku berdiri tapi belum saja aku melangkah, pergerakan ku terkunci ketat.

Mataku membulat. Baru aku sedar yang kedua tangan dan kakiku telah dirantai sempurna oleh mereka. Aku mendengus perlahan. Macam mana ni?

Lelaki misteri itu mendekatiku. Sepasang mata Emerald nya tajam menikam pandanganku. Seperti ada sebuah dendam yang dia simpan buat sekian lamanya.

Rupa paras itu... sangat sempurna...

Jika nak dibandingkan dengan Aiden, lelaki ini jauh lebih memukau dari segi matanya yang unik. Selalunya warna biru laut yang aku pernah lihat. Tetapi yang ini lain sangat. Warna kehijau-hijauan. Seperti batu zamrud asli.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MAFIA: SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now