Chapter 15 : Trapped
"𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐫𝐚𝐩𝐩𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐦𝐲 𝐦𝐢𝐧𝐝, 𝐚𝐧𝐝 𝐈 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐰𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨
𝐥𝐞𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐠𝐨."══════ ∘◦༒◦∘ ══════
Press button ★ before reading!
AKU merasa sunyi dan terperangkap di tengah-tengah keheningan yang menghantui di jalanan sunyi New York. Ketika mata-mata mafia mulai mendekat, denyutan nadi itu berdegup kencang di dadaku. Sunyi pada malam ini membuatkan ketakutanku semakin mendalam. Aku rasa seperti seekor buruan yang terjebak dalam kegelapan.
Langkah-langkah mereka semakin dekat, dan aku tahu bahawa aku harus bergerak cepat. Aku cuba untuk tidak mendengar segala bunyi das tembakan yang dilepaskan saat aku bergerak menuju ke sudut lorong yang lebih gelap. Setiap langkahku terasa begitu berat, dan mata-mata itu semakin dekat dengan setiap detik yang berlalu.
"Grab her!" suara-suara nyaring di belakangku berteriak mengarahkan ahli-ahli mereka supaya menangkapku dengan segera. Mereka dari kumpulan yang mana? Hell Angels? Vigorous? Ataupun...
BANG!
Larianku terhenti separuh jalan. Aku pantas mendongak. Wajahku bengis merenung lelaki itu tajam.
"Adam Xavier..." Rahangku terkatup geram. Dengan mata tajam dan hati yang berani, aku bersedia untuk menghadapi mereka dan juga lelaki itu. Aku ingin membuktikan bahawa tiada sesiapa pun yang boleh mempermainkan seorang wanita. Aku tidak selemah yang mereka sangkakan!
Dalam ketakutan dan keberanianku yang mendalam, aku tahu malam ini akan menjadi pertempuran yang sukar dalam usahaku untuk selamatkan diri.
"Mayesa Nur Iman." namaku diserunya perlahan.
"Banyak jalan yang kau boleh pilih. Tapi kau pilih untuk lari dari Tre'Killaz?"
Aku berdiri di tengah-tengah gelap. Dihadapkan pada sosok yang mengejutkan. Ketua mafia itu sendiri. Adam Xavier. Tubuhku terasa gemetar, namun tekadku langsung tak goyah. Senjata di tangannya sangat mengancam. Tatapannya yang dingin itu seakan-akan boleh menembus ke jiwaku. Kalah Aiden Evander.
Nampaknya aku tak ada jalan kembali!
"Saya nak kembali kepada suami saya. Luca Andrey--"
"Kau dah terperangkap, Mayesa. Trapped in your own wedding." Adam mencantas kata-kataku. Dahiku berkerut. Terperangkap dalam perkahwinan? Apa maksud lelaki itu? Aku langsung tak faham!
"Luca tu suami saya. Dia mesti tengah risaukan saya!"
"Dia? Nak risaukan kau? Berangan jelah! Dia tu sebenarnya dah banyak tipu kau!" Adam ketawakan aku. Aku pula terlihat seperti orang bodoh di matanya.
YOU ARE READING
MAFIA: SHE'S THE ONE
Romance*•.¸♡ 𝒜𝒸𝓉𝒾𝑜𝓃 𝑅𝑜𝓂𝒶𝓃𝒸𝑒 ♡¸.•* | MAFIA : DIALAH SATU-SATUNYA | The most unique story of Mafia's. Di mana satu-satunya pewaris bagi keluarga 'Edric' adalah seorang gadis berbangsa Melayu, Mayesa Nur Iman. Dia telah dibesarkan oleh Mustafa...