ELRASY CHAPTER 1

1.5K 24 2
                                    

Kelopak mata dicelik lalu tangan meraba-raba di sisi meja yang berada ditepi katil untuk mematikan alarm yang menganggu lenanya di pagi hari. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, dia perlu bangun untuk bersiap ke class pada pukul 10.30 pagi.

"Ish, malasnya nak bangun, kenapa kena pergi class" Tengku Elayna merungut sendiri.

"Bencilah Adam ni, tak reti nak pujuk orang ke dah lmungkir janji pastu biarkan je orang merajuk lama-lama" kata Tengku Elayna selepas melihat tiada notification yang dihantar oleh Adam.

Flashback

"El saya minta maaf okay, saya bukan sengaja nak mungkir janji awak tapi ada hal saya kena selesaikan jadi saya terpaksa mungkir janji saya nak bawak awak pergi jumpa umi dengan abah lagipun semalam Adalia baru balik dari Langkawi jadi saya kena jemput dia dekat airport" jelas Adam apabila melihat riak wajah kecewa Tengku Elayna.

"Saya ni terlalu memaafkan awak ke Adam sampai banyak kali awak mungkir janji banyak kali macam ni, sejak kita bercinta sekali je saya pernah jumpa umi dengan abah tu pun sebelum dorang pergi London atas urusan kerja" balas Tengku Elayna dengan suara agak kecewa.

"Saya selalu cakap dengan umi dan abah melalui video call je, sejak dorang balik Malaysia awak selalu janji nak bawak saya jumpa dorang tapi awak tak bawak pun" sambung Tengku Elayna lagi.

Tengku Elayna mengeluh, dia tak berniat pun nak gaduh dengan Adam tapi mungkin terlalu banyak Adam kecewakan dia jadi dia dah penat nak dengar janji Adam. " Takpelah Adam, saya okay je cuma lepas ni kalau awak rasa tak boleh nak tunaikan janji jangan berjanji. Saya balik dulu" kata Tengku Elayna.

Adam mengeluh kerana dia tahu dia perlu pujuk supaya Tengku Elayna tak tawar hati dengan dia tapi dirinya tak mampu menghalang pemergian Tengku Elayna.

Tengku Elayna bangun dari katil terus bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Tengku Elayna terus ke almari bajunya untuk mengambil satu set abaya untuk dipakai.

Siap berhiaskan diri, Tengku Elayna turun ke bawah menggunakan lift kerana dia malas nak turun tangga. Tengku Elayna terus pergi ke meja makan yang berada di ruang tamu mansion itu untuk bersarapan.

"Kenapa monyok je muka anak dara papa ni" soal Tengku Eidlan Lazman apabila melihat raut wajah anak dara kesayangannya itu muncung sahaja. Selalunya Tengku Elayna ialah orang pertama yang kan menceriakan suasana mansion setiap pagi tapi pagi ni Tengku Elayna hanya diam sahaja.

Tengku Elayna yang mendengar soalah papanya itu terus menjawab, " Adam papa, dia dah mungkir janji dengan Rissa tapi taknak pujuk pun" sambil menunjukkan riak wajah yang masam mencuka.

Tengku Eyash Latiff yang turut berada di situ hanya diam sahaja mendengar perbualan dua beranak tu tanpa ada niat nak mencelah.

"Ya Allah Rissa ni takkan sebab Adam mungkir janji, Rissa nak merajuk sampai macam ni" sampuk Tengku Haleeda Naura yang baru keluar dari dapur membawa semangkuk macaroni goreng.

Tengku Elayna yang mendengar sampukkan mamanya itu memandang papanya meminta pertolongan. "Rissa bukan saja-saja nak merajuk dengan dia mama tapi dah banyak kali dia mungkir janji dengan Rissa. Salah Rissa ke kalau Rissa terasa dengan sikap dia yang tak reti nak tepati janji tapi sibuk nak tabur janji? " soal Tengku Elayna bila mamanya seperti ingin menyalahkannya sedangkan Adam yang salah.

Tengku Elman Laaiq yang terdengar luahan adik perempuannya itu berasa sedih kerana dia tahu berapa banyak kali dah Adam mungkir janjinya terhadap Tengku Elayna.

"Abang dah cakap yang Adam tu tak guna dan tak sesuai pun untuk adik tapi adik degil, adik masih nak pertahankan dia sedangkan dia dah banyak kali mungkir janji dan tipu adik" kata Tengku Elman dengan nada mendatar.

"Rissa tahu abang Iman dengan abang Yash tak suka dengan Adam tapi Rissa tak percaya dengan apa yang abang kata sebab Rissa percaya Adam takkan buat macam tu. Rissa dah lama kenal Adam dan Rissa tahu perangai dia macam mana " balas Tengku Elayna apabila abang-abangnya berkata buruk tentang Adam.

Jika dia terasa atau marah dengan abang-abangnya, dia takkan bahasakan dirinya adik tetapi Rissa dan Tengku Elman Laaiq dan Tengku Eyash Latiff sudah faham dengan gelaran yang adik perempuan mereka gunakan.

Disebabkan malas nak bertengkar dengan abang-abangnya soal Adam dia terus bergerak keluar mansion untuk pergi ke universiti.

"Imran, nanti awak takyah amik saya ye pukul 2.30 tengah hari sebab saya balik dengan Anggun dan Delila " kata Tengku Elayna kepada Imran yang merupakan pemandu peribadinya yang diupah oleh Tengku Elman Laaiq.

" Baik Cik Muda " balas Imran dengan senyuman.

.......................................................................................

Tiba di hadapan universiti, Tengku Elayna disambut dua rakan baiknya Anggun Batrisya dan Delila Kairina.

"Eh El asal muka kau masam je ni, gaduh dengan Adam ke?" soal Delila pelik.

"Halah kau ni Del takkan tak tahu lagi perangai kawan baik kita yang sorang ni, kalau gaduh dengan kekasih hati memang muka masam mencuka lah" perli Anggun sambil ketawa kecil memandang Tengku Elayna yang hanya diam sedari tadi.

Tengku Elayna yang malas nak layan mereka berdua bergerak masuk meninggalkan dua ketul tu di belakang menuju ke kafeteria yang letak bersebelahan perpustakaan.

"Sorry lah El, aku gurau je tadi " kata Anggun sambil menggaru kepala yang tak gatal tu, tak tahu kenapa kawan baiknya ni diam je dari tadi.

"Takdelah aku tak marah kau pun tapi aku cuma geram dengan abang Iman dan abang Yash tak habis-habis nak cari salah Adam. Aku tak tahu lah kenapa dorang tak suka sangat dengan Adam tu sedangkan Adam tu elok je" Tengku Elayna bersuara lepas lama berdiam diri.

Anggun Batrisya dan Delila Kairina yang mendengar rungutan kawannya itu mengeluh perlahan.

"El aku rasa apa yang abang-abang kau cakap tu betul, dorang lelaki weh mesti dorang tahu sikap dan perangai lelaki. Lagi satu abang kau takkan sesuka hati dia nak benci orang tak suka orang tanpa sebab kan" tegur Anggun Batrisya sebab dia pun tahu perangai Adam tu tapi sebab Tengku Elayna terlalu menyayangi dan mencintai Adam Mirzan tu jadi susah untuk mereka jelaskan.

"Betul tu El, aku rasa tak salah pun kalau kau pun nak rasa curiga dengan Adam tu betul tak sebab kita tak boleh nak terlalu mempercayai dan mengharap, you are hurt by your own expectations" balas Delila Kairina.

Tengku Elayna hanya diam sahaja dengar bebelan kawan baiknya, salah ke kalau dia terlalu mempercayai Adam sampai orang cakap pasal keburukan dia pun Tengku Elayna menolak mentah-mentah.

"Eh dah lah jom masuk kelas dah lambat ni, nanti kita jumpa tempat biasa tau" kata Anggun sebelum mengorak langkah meninggalkan Tengku Elayna dan Delila Kairina. Dia tak sama course dengan mereka berdua, dia ambil course marketing manakala Tengku Elayna dan Delila Kairina mengambil course accounting.

"Dahlah jom El kita pergi class nanti Dr marah pulak lambat masuk kelas dia, pasal tadi tu terpulang pada kau nak dengar ke tak nasihat kitaorang tapi kitaorang taknak kau menyesal kemudian hari tau" nasihat Delila kepada Tengku Elayna.

Tengku Elayna hanya mengangguk sahaja mendengar nasihat kawannya itu, dia beruntung ada kawan-kawan yang sayangkan dan sentiasa nak yang terbaik untuk dia. " Betul ke Adam tak sebaik yang aku sangka?" gumam Tengku Elayna.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now