Beberapa minggu kemudian...
Tengku Elayna memandu Mini Cooper Countryman miliknya menuju ke shopping mall sebab dia dah berjanji dan meluangkan masa dengan Anggun dan Delila. Mereka sedang cuti sem sekarang ni jadi mengambil peluang untuk menenangkan diri dan minta kerana baru habis final exam.
Tiba di parking lot, Tengku Elayna ternampak satu susuk tubuh badan seperti Adam sedang berjalan beriringan seorang perempuan tapi dia tak nampak jelas wajah perempuan tu sebab perempuan menghadap membelakanginya. Tengku Elayna cepat-cepat membuang fikiran negatif yang bermain di minda untuk mengelakkan rasa syak wasangka sebab setahu dia, Adam bagitahu dia ada oustation dekat Seremban selama seminggu jadi tak mungkin Adam ada dekat sini. Kalau Adam dah balik pun mesti dia tahu sebab jejaka itu pasti akan memberitahunya.
Tengku Elayna keluar dari keretanya terus menuju ke lobby mall itu sebab dia dah lambat nak berjumpa dengan kawan baiknya. Pintu lift dibuka, Tengku Elayna yang leka melihat telefon miliknya secara tidak sengaja terlanggar satu tubuh tegap yang ingin masuk ke dalam hidup.
"Eh maaf Encik saya tak sengaja" ujar Tengku Elayna seraya melangkah keluar daripada lift itu sambil menunduk sebab berasa malu. Itu lah siapa suruh ralit sangat dengan telefon sampai tak perasan dengan orang sekeliling.
"Hmm" itu saja balasan yang diterima oleh Tengku Elayna daripada jejaka tubuh tegap itu. Terangkat kepala Tengku Elayna mendengarnya, eh mamat ni takde mulut ke nak cakap. Itu je dia balas hampeh betul. Malas dia nak berdiri lama dekat situ baik dia terus pergi ke restoran Seoul Garden tempatnya yang dia, Anggun dan Delila berjanji nak berjumpa.
Arasy mengecam suara lembut yang menyapa telingnya itu dan memanggil "Layna", Tengku Elayna yang baru saja nak mengorak langkah terhenti sebab namanya diseru tapi jarang sekali orang memanggilnya dengan panggilan itu. Dia berpusing melihat wajah yang cukup dia kenal iaitu kawan baiknya abang keduanya Arasy Mareeq. Dia tidak menyahut mahupun beredar, dia seolah-olah kaku disebabkan oleh nama panggilan yang digunakan oleh Arasy terhadapnya.
"Layna buat apa dekat sini? Layna sihat ke? Macam mana final exam Layna okay?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Arasy memandangkan Tengku Elayna hanya senyap daripada tadi. Tengku Elayna yang mendengar soalan bertubi-tubi pelik dah kenapa dia tanya aku macam-macam ni sebab setahu dia Arasy bukanlah seorang yang ramah dengan perempuan kerana sikap dan personaliti Arasy ni tak jauh beza dengan abang keduanya Tengku Eyash.
"Alhamdulillah saya sihat, saya nak jumpa dengan Anggun dan Delila. Final exam saya okay" jawapan Tengku Elayna terhadap soalan Arasy tadi. Arasy hanya tersenyum saja melihat gelagat Tengku Elayna yang macam cacing kepanasan sebab gelisah semacam je. Mungkin sebab dia tidak pernah berbual berdua macam ni dengan Tengku Elayna.
"Erm saya minta diri dulu ye Arasy sebab dorang dah lama tunggu saya" pinta Tengku Elayna sebab dia tak selesa berdua dengan Arasy. Lagi satu tak tahu kenapa hati dia rasa lain sangat. Dengan Adam pun dia tak pernah ada perasaan pelik macam, ha sudah jangan macam-macam Elayna. Perasaan kau je tu Elayna abaikan je bisikan dalam hati.
"Okay, nanti Layna kirim salam dekat semua ye, assalamualaikum" suruh Arasy sebelum menekan butang tutup pintu lift itu. Tengku Elayna hanya diam sebelum dia teringat yang dia kena jumpa dengan kawannya. Ya Allah macam dia boleh lupa mesti Anggun dengan Delila dah lapar tunggu dia lama sangat, tulah berkhayal lagi.
Selepas hampir setengah jam tunggu kedatangan kawan baiknya yang sorang ni, Anggun dan Delila nampak kelibat Tengku Elayna yang sedang berjalan menuju ke meja yang mereka duduk. Tiba di meja, Tengku Elayna hanya senyum nipis.
"Kau okay tak El, asal kau lambat tadi kata dah sampai parking" aju Delila sebaik sahaja Tengku Elayna duduk dihadapannya, Anggun yang duduk disebelahnya hanya diam menunggu jawapan dari Tengku Elayna. Tengku Elayna yang seakan-akan baru tersedar dari mimpi terus pandang kedua-dua kawannya itu.
"Aku okay je lah, memang aku dah sampai parking pastu nak naik lift tadi aku singgah tandas" tipu Tengku Elayna sebab dia taknak dorang berdua ni soal dia macam-macam, malas nak menjawabnya. Mendengar jawapan Tengku Elayna, Anggun dan Delila hanya mengangguk kepala dah kalau itu jawapannya taknak lah mereka tanya lebih.
"Jomlah makan aku dah lapar ni tunggu kau lama sangat pergi tandas buat tandas ke apa" perli Anggun sambil memandang Tengku Elayna yang sedang meneguk air. Tengku Elayna hanya menjeling je dengar perlian tu.
Selesai makan, mereka merancang nak tengok wayang lepas tu nak beli barang baby sikit sebagai hadiah untuk anak buah Delila memandangkan kakaknya baru saja selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi. Anak buah Delila, anak buah mereka juga memandang mereka memang rapat dengan semua keluarga. Lepas dah pilih cerita apa untuk ditonton, mereka pergi cari barang baby dulu sebab masih ada baki satu jam sebelum wayang dimainkan.
Sampai di depan MotherCare kedai baby yang pertama yang mereka jejak, mata Tengku Elayna tertumpu kepada satu set baju baby yang sangat cantik. Membayangkan anak buahnya itu mamakai baju ni secara tak sengaja terbit satu senyum manis. "Kau berangan apa El siang-siang buta ni, tengok baju baby pun senyum sampai telinga mesti kau tengah bayangkan kalau kau ada anak dengan Adam kan" ketawa Anggun yang perhati je gelagat Tengku Elayna melihat baju baby tu.
"Takde maknanya aku berangan sampai ke situ, kalau kau mungkin lah kot" balas Tengku Elayna dengan nada sinis je bukan dia tak tahu kawannya sorang ni memang suka merapu bukan-bukan. Endahkan ketawa mengilai, dia terus pergi ke kaunter bayar sebab malas nak duduk-duduk dalam kedai baby tu walaupun dia suka tengok barangan baby semua comel-comel. Kemudian mereka bertiga terus check in wayang yang ditempah tadi.
Sampai dirumah, Tengku Elayna terus naik ke biliknya sebab tak sabar nak lempar badannya atas tilam yang empuk tu. Penat seharian berjalan dengan Anggun dan Delila, betul-betul manfaatkan masa yang ada dorang ni kalau dah bergabung. Masuk bilik terus dia ke meja soleknya untuk membuang makeup dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan sebab badannya dah melekit.
Selesai mandi dan memakai skincare, terus dia baring dia atas katil sambil scroll telefonnya sementara menunggu mata untuk melelap. Tak sampai sepuluh minit scroll telefon, sedar-sedar dia dah dihanyut mimpi. Kesian penat seharian menghabiskan tenaga meluangkan masa dengan bestie.