TAM'S HOLDINGS
Sebuah kereta Audi a7 berhenti di hadapan syarikat itu, lalu pemilik kereta itu keluar daripada perut kereta dengan wajah dingin sahaja. Arays Mareeq masuk ke dalam pejabatnya seperti biasa tanpa menghiraukan orang sekeliling yang tak berhenti memandangnya. Mengendah pandangan orang, Arasy Mareeq terus menuju ke lift untuk naik ke pejabatnya.
"Good morning, Tuan Arasy" ramah personal assistant Arasy Mareeq iaitu Amanda.
Arasy hanya mengangguk sahaja lalu terus menghilangkan dirinya ke dalam pejabat peribadinya. Dia tak suka nak membalas jika tidak perlu.
"Tengku Eyash tak sampai lagi ke Amanda?" soal Arasy kepada PA-nya. Amanda hanya menggeleng sahaja menunjukkan bahawa Tengku Eyash belum sampai. Selang beberapa minit, kelibat Tengku Eyash muncul dihadapannya.
"Amanda, Arasy ada dekat dalam?" soal Tengku Eyash Latiff yang baru tiba di pejabat itu untuk berjumpa dengan sahabatnya. " Ada Tengku, Tuan Arasy baru je tanya pasal Tengku tadi" balas Amanda lembut.
Tengku Eyash Latiff sama je perwatakkannya dengan dengan kawan baiknya yang bersifat dingin je. Nak senyum tunggu gempa bumi lah dua orang nak nak senyum lagi-lagi Tengku Eyash.
Tengku Eyash hanya mengangguk dan terus masuk ke pejabat kawannya itu. Mereka sepatutnya ada meeting dengan Berjaya Company iaitu company Dato Ibrahim bapa kepada Adam Mirzan tapi disebabkan ada hal lain jadi mereka tunda meeting tu.
Tengku Eyash berjumpa dengan Arasy Mareeq untuk bincang tentang projek Semporna yang akan dijalankan tak lama lagi.
Sedang asyik berbincang tiba-tiba Amanda mengetuk pintu pejabatnya, "Masuk" seru Arasy.
Amanda masuk untuk menghulurkan file yang dia minta tadi. Amanda memandang Tengku Eyash secara senyap-senyap supaya lelaki itu tidak perasan. Tapi Tengku Eyash perasan je yang Amanda pandang dia daripada tadi cuma dia malas nak ambil port sebab tak penting.
Secara jujurnya dia memang mempunyai perasaan terhadap Tengku Eyash sejak dia bekerja sebagai personal assistant Arash lima bulan lepas. Tapi dia sedar dirinya yang hanya bekerja sebagai pembantu peribadi sahaja kalau nak dibandingkan dengan Tengku Eyash yang merupakan seorang uasahawan terkenal yang sentiasa disegani oleh masyarakt.
Dia dengan Tengku Eyash ibarat langit dengan bumi. Tengku Eyash pun mesti dah ada kekasih hati takkan lah lelaki itu nak pandang perempuan yang tak setaraf macam dia ni.
"Ada apa-apa lagi ke awak nak bagi Amanda? Kalau tiada apa-apa awak boleh keluar sebab saya nak bincang dengan Tengku Eyash" seloroh Arasy sebab dia perhati je PA dia ni tak reti nak keluarkan, tenung Tengku Eyash macam nak terkam je. Amanda yang dengar arahan Arasy tu terus keluar dari pejabatnya.
Arasy tahu yang PA nya tu ada hati dekat kawan baiknya ni tapi dia malas nak ambil tahu sebab dia kenal Tengku Eyash ni daripada zaman sekolah lagi jadi dia tahu yang Tengku Eyash ni memang sukar untuk didekati oleh mana-mana perempuan. Bukan perempuan-perempuan dekat luar sana tak pernah nak ngorat dia tapi biasalah seorang Tengku Eyash bukan nak layan. Dia hanya bercakap dengan perempuan iaitu mama dan adik perempuannya selain tu dia hanya akan bercakap dengan perempuan bila perlu.
Dia pun dingin juga macam Tengku Eyash ni tapi takdelah sampai tahap nak tolak semua orang dalam hidupnya. Tengku Eyash punya tak suka perempuan sampai orang pernah anggap yang dia tak normal lah, alah tahu-tahu sendiri lah apa maksudnya tu. Tapi dia masih hormat dengan cara pergaulan Tengku Eyash sebab dia tiada hak pun nak control hidup sahabatnya itu.
Tapi satu yang buat dia tabik dan hormat dengan Tengku Eyash ni adalah cara layanan dia terhadap perempuan. Cara dia hormat perempuan, reject setiap perempuan yang dekati dia dengan cara yang paling baik supaya tidak sakiti mana-mana pihak. Mungkin sebab dah terbiasa layan mama dan adik perempuannya itu.
"Layna sihat Yash?" tanya Arasy kepada Tengku Eyash berkenaan adik perempuannya itu. "Sihat je macam biasa sibuk dengan kekasih hati dia tu tak habis-habis" balas Tengku Eyash dengan wajah yang mendatar.
Arasy tahu Tengku Eyash tak suka akan kekasih hati adiknya tapi apa boleh buat adiknya itu susah nak ditegur lagi-lagi berkaitan kekasih hatinya. "It's okay as long as dia bahagia kau okay je kan, selagi mamat tu tak sakitkan hati dia biar dia bahagia" balas Arasy dengan nada perlahan.
Tengku Eyash dapat membaca riak wajah sahabatnya itu bukan dia tak tahu yang sahabatnya itu menaruh perasaan dekat adiknya sampai sanggup tolak semua perempuan yang cuba masuk dalam hidupnya. Tapi dia tak boleh nak paksa adiknya untuk terima Arasy sedangkan adiknya sudah bahagia dengan kekasih hati.
"Kau taknak cuba buka hati kau untuk terima Arina ke? Kau tahukan dia dah lama sukakan kau sejak zaman belajar lagi" tanya Tengku Eyash secara tiba-tiba membuatkan Arasy mengangkat keningnya.
Dia saja tanya soalan cepumas macam tu sebab Arina tu dah lama nak dekat Arasy ni tapi mamat ni langsung kekwat taknak buka hatinya.
Arasy hanya menggeleng sebagai tanda yang dia memang takkan buka hati untuk sesiapa pun yang hadir dalam hidupnya melainkan Tengku Elayna Larissa tapi dia tahu perkara tu sangat mustahil sebab orang dia cinta, cintakan orang lain.
Walaupun pahit nak menelan kebenaran tapi itulah hakikat dia perlu terima yang Tengku Elayna takkan jadi miliknya. Dia hanya boleh mendoakan kebahagian orang yang dia cinta dari jauh dan tahu tentang wanita itu dari sahabatnya sahaja.
"Kau masih mengharapkan Rissa ke Rasy? Aku bukan apa aku cuma taknak kau seksa hati kau dengan benda yang kau dah tahu jawapannya. Banyak lagi perempuan yang lebih layak untuk kau Rash"
"Kalau boleh aku memang nak kau jadi adik ipar aku tapi keputusan tu semua dekat tangan Rissa bukan aku, aku nak tengok kau bahagia dalam masa yang sama aku tak sanggup nak rampas kebahagian adik aku semata-mata sebab aku tak suka pilihan hatinya."
"Aku doakan kau dapat jodoh yang mampu jaga dan sayang kau lebih dari kau sayang dia" Tengku Eyash kata sambil menepuk bahu sabahatnya itu untuk memberi kekuatan sebab dia tahu tak mudah nak lupakan orang yang kita cinta walaupun dia tak pernah mengalaminya.
Arasy hanya senyum tawar mendengar nasihat sahbbatnya, dia pun berharap yang terbaik untuk masa depan dia bukan dia tak cuba tapi everything takes time to process.
Lepas habis berbincang dan berbual, Tengku Eyash bangun untuk beredar dari pejabat Arasy sebab dah lewat petang. "Nanti kau kirim salam dekat Layna tau" pesan Arasy sebelum dia keluar dari pejabat itu.
"Hmm nanti aku sampaikan" balas Tengku Eyash." Keluar je pintu pejabat, Tengku Eyash disambut dengan senyuman manis Amanda tapi dia hanya menunjukkan riak wajah yang mendatar sahaja.
Amanda hanya senyum nipis sahaja sebab dia dah biasa dengan cara layanan terhadapnya, kenapa dia nak kena terasa sebab memang itu sudah menjadi lumrah hidup seorang Tengku Eyash lagipun bukan dia sorang je yang kena macam tu.