ELRASY CHAPTER 2

432 16 0
                                    

Selepas habis class pukul 2.00 tengah hari tadi, mereka Tengku Elayna, Anggun Batrsiya dan Delila Kairina terus bergerak ke kafeteria untuk makan tengah hari. Tengku Elayna macam biasa tengah hari dia akan makan nasi ayam sebab tu memang kegemarannya manakala Anggun dan Delila makan nasi berlauk.

Dalam pada tengah rancak berborak sambil makan, mereka didatangi seorang perempuan gedik yang mereka cukup kenal iaitu Laila Maisarah seorang perempuan yang gedik, perasan bagus dan selalu rasa semua lelaki dekat dunia tergila-gilakan dia padahal tak pun. Makeup pun dah tebal macam badut.

"Datang dah badut gedik ni, menyampah betul aku tengok muka dia tahu tak. Ni kalau aku lempang mahu jerebu satu universiti ni tau" kutuk Delila menyebabkan Tengku Elayna dan Anggun ketawa terbahak-bahak.

"Kau ni Del tak baik tau cakap macam tu kalau dia dengar terguris hati dia nanti" balas Tengku Elayna padahal dia bukan main ketawa tadi bila Delila mengutuk Laila tu. " Betul tu Del tak baik tau kesian dia penat-penat ambil course fashion sebab nak belajar makeup tapi kena kutuk dengan kau" setuju Anggun tetapi dia pun sama je.

Laila yang melihat mereka ketawa terbahak-bahak tu berasa panas hati. " Korang mesti jealous kan tengok aku makeup cantik-cantik macam ni sebab korang ketawa dan pandang aku tak puas hati kan" kata Laila tapi lebih kepada nak sedapkan hati sebab dia tahu yang tiga orang tu tengah bahan dia. Dia bukan tak kenal dengan tiga orang perempuan tu, jujur dia katakan tiga orang perempuan tu memang cantik dan mempunyai aura tersendiri sepertimana yang orang katakan. Bukan senang orang nak rapat atau pisahkan mereka sebab mereka sentiasa bersama.

Anggun Batrisya seorang yang happy go lucky, ceria, sentiasa ramah dengan semua orang manakala Delila Kairina pula seorang yang pendiam, cantik dan hanya bercakap dengan orang yang dia kenal je lagi-lagi dengan dua orang kawan baiknya. Last sekali, Tengku Elayna Larissa seorang yang sangat lawa, baik hati, peramah dan senyuman tak pernah lekang daripada bibir sebab tu semua orang yang melihat senyumannya akan jatuh cinta dengan dia.

"Tak sangka orang yang ada gelaran macam kau boleh jatuh cinta dengan Adam seorang lelaki yang tak cukup satu perempuan" sindir Laila sambil menayangkan senyum sinis. Niat dia memang nak menyakitkan hati Tengku Elayna sebab dia anggap Tengku Elayna dah rampas Adam dari dia padahal dia yang buat taik belakang Adam, sapa suruh curang padan muka.

"Oh yeke dia tak cukup satu perempuan sebab sepanjang aku dengan Adam tidak pula nampak macam dia tak cukup satu perempuan" balas Tengku Elayna dengan suara yang mendatar. Panas je hati dia dengan sindiran Laila tu. Nasib ada Anggun dengan Delila kalau tak memang pecah muka perempuan ni dekat sini.

"Takpe kau seronok je dengan dia dulu sebab aku akan pastikan aku rampas dia dari kau. Daripada dulu Adam Mirzan hanya milik aku sorang" dengan yakin Laila menyatakan hasratnya itu.

Tengku Elayna senyum sinis mendengar ugutan Laila tu " Cuba kalau kau boleh dan kalau dia sendiri yang patah balik dekat kau, aku dengan rela hati lepaskan dia" yakin Tengku Elayna menjawab sebab dia percaya yang Adam takkan sesekali khianat dia.

Ting..

Satu notification masuk dan Tengku Elayna membuka lalu terbit satu senyuman di bibir. Anggun dan Delila saling pandang antara satu sama lain. " Dah kenapa El senyum sorang-sorang weh" kata Anggun tapi Delila hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Okay girl aku gerak dulu tau, sorry korang aku tak balik dengan korang tau sebab kekasih hati aku datang jemput. Bye korang, bye Laila, Adam dah jemput aku balik jadi kau boleh balik menangis tepi bucu katil okay" sindir Tengku Elayna. Laila yang memandang gerak geri Tengku Elayna mengempal penumbuk. " AKU AKAN RAMPAS ADAM DARI KAU SUATU HARI NANTI, MASA TU BARU KAU TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH TENGKU ELAYNA LARISSA" bisik Laila dalam hati.

"Elok-elok El, apa-apa update kitaorang tau" suruh Anggun. Haih kawannya sorang ni kalau dah jumpa kekasih hati habis lupa semua benda. Selang beberapa minit Tengku Elayna bereda, Anggun dan Delila juga pulang ke rumah masing-masing.

Tiba di kereta Mercedes Benz c class itu, Tengku Elayna membuka pintu dan matanya tertumpun kepada sejambak bunga dan satu kotak yang penuh coklat dibahagian penumpang.

"Suprise, saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat pujuk awak. Saya memang nak pujuk awak tapi disebabkan saya busy dengan kerja jadi harini baru sempat saya nak pujuk awak" terang Adam lembut kepada Tengku Elayna supaya dia tak salah faham.

"Takpe Adam, saya tak marah pun cuma saya kecewa sikit je tapi awak dah pujuk saya ni saya dah okay" balas Tengku Elayna dengan senyuman nipis. Adam yang mendengar hanya senyum tawar sebab dia tahu kali ni Tengku Elayna memang kecewa dengan dia.

Demi mengelakkan rasa janggal antara mereka Adam mengajak Tengku Elayna pergi je cafe kesukaannya iaitu Cafe Lovely Dessert yang terletak tak jauh dari universiti itu.

Selesai makan di cafe itu, Adam menghantar Tengku Elayna pulak memandangkan sudah pukul 5.30 petang. Tiba di hadapan mansion, kepulangan Tengku Elayna disambut oleh abangnya Tengku Elman Laaiq.

Adam yang memandang mata Tengku Elman memberi senyuman dan ingin menyalamnya tapi salamannya disambut acuh tak acuh je oleh Tengku Elman. Tengku Elman hanya memandang Adam dengan renungan yang tak dapat ditafsir.

Tengku Elayna yang perasan akan renungan itu cuba untuk meleraikannya, "thankyou Adam hantar saya balik, awak balik lah dulu nanti dah sampai rumah bagitahu saya" suara Tengku Elayna menyapa gegendang telinga Adam dan Tengku Elman.

Adam hanya mengangguk sambil senyum lalu meloloskan diri ke dalam kereta Mercedes Benz c class miliknya. Hilang je Adam dari pandangan, Tengku Elayna menarik tangan abangnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Dah berbaik ke dengan kekasih hati siap hantarkan balik rumah, tadi bukan adik kata balik dengan Anggun dan Delila ke? Kenapa tiba-tiba dia pula yang hantar adik balik?" soal Tengku Elman pelik sebab setahu dia tadi Imran bagitahu Tengku Elayna balik dengan kawannya tiba-tiba sampai rumah dengan orang lain pula.

Tengku Elayna yang mendengar soalan Tengku Elman itu hanya senyum macam kerang busuk je. "Memang tadi adik nak balik dengan dorang pun tapi tiba-tiba Adam datang nak bawak adik pergi cafe dessert tu sebab nak pujuk adik jadi adik okay je btw ye adik dah berbaik dengan kekasih hati" jelas Tengku Elayna sambil menyimpan pavlova yang dibeli tadi ke dalam peti sejuk.

Tengku Elman hanya senyap je tidak membalas apa yang dikatakan oleh adiknya, adik perempuan dia orang ni bukan boleh tegur sikit nanti mula lah nak tarik muka. Nasib sayang adik kalau tak dah lama aku humban dekat laut.

Malas melayan adiknya, Tengku Elman terus melangkah masuk ke dalam bilik.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now