ELRASY CHAPTER 18

240 8 0
                                    

Setelah sekian lamanya Arasy tidak bertemu dengan dua kawan baiknya iaitu Firash Arsyad dan Ezral Rykal akhirnya mereka akan bertemu hari ini di The Coffee Bean and Tea Leaf.

Tiba di café, Arasy disambut baik oleh kawan baiknya.

"Hey bro, how are you?" Soal Ezral Rykal sambil berjabat tangan dengan Arasy Mareeq. Firash Arsyad turut bersalaman dengan Arasy. Mereka bertiga melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan.

"Aku dengar kau dah bertunang bro, betul ke?" Soal Firash sambil menyedut Ice Latte.

Arasy mengangguk mendengar persoalan kawannya itu, "haah aku dah bertunang dua bulan lepas."

"Kau bertunang dengan siapa?" Tanya Ezral pula, pelik tiba-tiba mereka dapat tahu Arasy dah bertunang itu pun kembar Arasy bagitahu kalau tak sampai kesudah mereka tidak tahu tentang pertunangan ini. Yang lagi pelik dengan siapa pula kawan baik mereka ni bertunang sedangkan sepanjang mereka berkawan jangankan ada kawan perempuan bercakap dengan perempuan pun payah Arasy ni. Itu pun bercakap bila perlu saja dengan perempuan.

"Dengan Elayna" ringkas aje jawapan yang Arasy berikan. Firash dan Ezral saling memandang satu sama lain.

"HUH?" Melopong mulut mereka nama tunang Arasy.

"Elayna? Tengku Elayna Larissa? Anak Tengku Eidlan? Adik Eyash?" bertubi-tubi soalan mereka ajukan untuk mendapat kepastian.

Menggeleng kepala Arasy melihat riak wajah terkejut kawan baiknya itu.

"Yang korang terkejut sangat ni kenapa? Aku bertunang dengan orang kot bukannya makhluk asing dan ye aku bertunang dengan Tengku Elayna Larissa binti Tengku Eidlan Lazman. Puas hati?" balas Arasy sambil senyum sinis seolah mengejek.

Terkedu mereka mendengar jawapan Arasy itu.

"Setahu aku Elayna tu dah ada teman lelaki ke? Macam mana pula kau boleh bertunang dengan dia? Jangan-jangan kau jadi penyondol tak Rasy rampas teman wanita orang" tebak Firash. Yelah setahu dia Tengku Elayna sudah mempunyai teman lelaki dan mereka dah nak bertunang dah pun jadi macam mana pula Arasy boleh bertunang dengan Tengku Elayna.

Ezral yang melihat betapa ceteknya pemikiran kawannya yang seorang ini sudah menepuk dahi.

"Boleh tahan bodoh juga ye kau Fir harap muka je hensem tapi takdelah hensem mana" tangannya mengetuk kepala Firash. Firash membalas ketukan itu maka mereka pun bertepuk tampar di situ. Mereka berdua ni kalau dah berjumpa macam ni gayanya macam anjing dengan kucing, asyik nak bergaduh je. Arasy yang melihat pergaduhan kedua-dua kawan baiknya itu menggeleng kepala.

"Hekeleh kau tu macam lah hensem sangat" bidas Firash.

"Sudah lah korang ni, tak malu ke bertengkar dekat sini. Aku nak jumpa korang ni sebab nak tanya pendapat korang bukan nak dengar korang bergaduh macam budak-budak. Kalau macam ni baik aku tanya pendapat budak-budak tadika je" dingin aje suara itu kedengaran.

Terhenti pergaduhan mereka selepas suara dingin Arasy memecahkan gegendang telinga.

"Okay sorry bro, kau nak tanya apa?" Tanya Ezral perlahan, takut pula dia tengok muka tegang Arasy itu.

"Kejap, kau tak jawab lagi soalan aku tadi bro" celah Firash pula.

Arasy menarik nafas dalam sebelum dia mahu bercerita tentang apa yang jadi dan macam mana dia boleh bertunang dengan Tengku Elayna Larissa.

"Dia dah putus dengan mamat tu. Mamat tu kantoi curang dengan bekas teman wanita dia. Lepas je mamat tu kantoi curang, Elayna terus buat keputusan nak sambung belajar dekat Jordan selama dua tahun. Sehari lepas dia berangkat ke Jordan, family aku terus masuk meminang sekali dengan tunang" jelas Arasy Panjang lebar supaya kawannya tidak keliru.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now