ELRASY CHAPTER 23

167 5 1
                                    

Mansion Tengku Eidlan

Tengku Eidlan,Tengku Elman dan Tengku Eyash sedang duduk santai sambil berborak di halaman rumah mereka manakala Tengku Haleeda sedang menyiapkan minum petang bersama Mak Jah di dapur.

Sedang mereka leka berborak, kelibat kereta Tengku Elayna masuk ke dalam pengkarangan rumah. Tengku Elayna mematikan enjin keretanya.

"Rissa baru balik sayang. Rissa pergi mana aje?" Soal Tengku Eidlan sebaik sahaja nampak kelibat anak perempuannya datang ke arah mereka. Tengku Elayna hanya tersenyum mendengar soalan papanya itu.

"Rissa jumpa Arasy lepas itu terus jumpa Anggun dengan Delila" jawab Tengku Elayna lembut.

"Jadi apa keputusan Rissa? Masih nak teruskan pertunangan ini atau Rissa tetap nak putuskan?" Soal Tengku Eyash, dia tidak sabar mahu tahu keputusan adiknya itu. Tengku Elman yang dengar akan soalan itu menggeleng kepala.

Tengku Elayna tersenyum nipis. Dia bermain dengan jarinya. Dia yakin dengan keputusan ini yang terbaik untuk dirinya dan semua orang.

"Adik setuju teruskan pertunangan ini. Adik mohon sangat bagi adik masa tiga bulan untuk kenal hati budi Arasy. Adik taknak salah buat keputusan sebab perkara macam ni tak boleh buat main. Adik akan hidup dengan dia seumur hidup jadi adik nak yang terbaik untuk diri adik. Adik sudah bincang dengan Arasy dan dia pun setuju untuk tempoh tiga bulan itu."

"Abang dengan papa okay kan? Tak salahkan apa yang Rissa buat ni?" Soal Tengku Elayna perlahan. Tengku Elman tersenyum melihat tingkah adiknya itu. Menunduk macam buat salah besar.

"Abang Iman okay aje adik, adik pun berhak buat keputusan dalam hidup adik. Abang doakan semuanya dipermudahkan ya untuk principessa abang ni." Tengku Elman mengelus lembut sisi kepada Tengku Elayna.

"Abang Yash pun setuju juga dengan abang Iman tu. Abang tahu adik pandai buat keputusan yang terbaik untuk diri adik. Kalau Arasy adik sakitkan hati adik, bagitahu abang tau. Tahu lah abang nak ajar dia" berbaur amaran saja ayat yang dikatakan oleh Tengku Eyash itu.

Tengku Elayna lega akan respon abang-abangnya itu. Dia tahu abang-abangnya itu tidak akan ragu-ragu dengan keputusannya. Sebab itu dia sayang akan mereka berdua. Mereka tidak pernah biarkan dia keseorangan.

"Gembira semacam aje semua ni, ada apa-apa ke yang mama takt ahu?" Tengku Haleeda mencelah sambil membawa sedulang yang berisi kopi dan kuih-muih. Tengku Elayna terus bangun memeluk mamanya itu. Tengku Haleeda membalas pelukan anak daranya. Tengku Eidlan menceritakan semua yang berlaku tadi. Tengku Haleeda rasa gembira dengan berita yang disampaikan oleh suaminya itu.

Mereka bergelak ketawa bersama-sama. Memori yang perlu dihargai kerana tidak semua orang mempunyai peluang ini. Hargailah sebelum terlambat.

Malam itu, Tengku Elayna beranikan diri untuk mesej Arasy Mareeq.

"Kau mesti boleh Elayna. Dia tunang kau kot buat apa nak takut. Cuba aje mesej dia mesti dia balas" Tengku Elayna bermonolog di dalam hati.

Hi, assalamualaikum awak.

-Tengku Elayna

Ya, waalaikumsalam. Kenapa Layna mesej saya malam-malam ni?

-Arasy Mareeq

Kenapa tiba-tiba aku boleh blushing eh dia panggil aku Layna. Ish mamat ni suka hati aje panggil aku macam tu. Tengku Elayna membebel.

Tidak ada apa sangat pun cuma saya nak tanya, esok awak free tak? Sebab mama ajak survey hantaran. Saya tahu macam awal sangat tapi awak tahu lah mama saya dengan mummy awak tu punya excited macam mana kan. Tapi kalau awak tak free takpe, saya boleh pergi dengan mereka aje.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now