ELRASY CHAPTER 13

299 12 0
                                    

Tengku Eyash singgah di pejabat Arasy Mareeq sebab dia otw nak balik rumah, kebetulan laluan pejabat Arasy sama dengan rumahnya jadi dia berniat nak jumpa sahabatnya itu. Maklumlah dah lama tak jumpa, masing-masing sibuk dengan kerja. Tiba di pejabat tersebut, kedatangannya disambut baik oleh personal assistant Arasy, Amanda Emelda.

"Selamat petang Tengku, lama Tengku tak datang sini. Tengku sihat?" Ramah saja Amanda menanyakan soalan kepada Tengku Eyash.

Hanya anggukan saja yang diterima oleh Amanda dari Tengku Eyash dan macam biasa dia sudah lali dengan layanan dingin Tengku Eyash. Memang tidak akan ada peluang untuk dia dekat dengan Tengku Eyash sebab dia dengan Tengku Eyash bagai langit dan bumi.

Bergerak masuk ke bilik sahabatnya itu, dia menoleh kebelakang "Alhamdulillah saya sihat" balas Tengku Eyash sebelum masuk ke bilik Arasy Mareeq.

Amanda yang dengar suara Tengku Eyash itu agak terkejut sebab susah nak dengar suara husky miliknya itu. Dia tersenyum manis mendengarnya, senang hati balik kerja hari ni sebab crush balas pertanyaannya.

"Assalamualaikum bro" Tengku Eyash memberi salam seraya kakinya melangkah mengambil tempat dihadapan Arasy Mareeq.

Arasy Mareeq yang agak terkejut dengan kedatangan sahabatnya itu menjawab, "Waalaikumsalam, eh asal datang tak bagitahu? Buatnya kau datang aku dah balik kan susah. Lain kali call lah aku dulu nak datang tak pun inform Amanda" leter Arasy. Tengku Eyash menggeleng kepala saja dengan bebelan sabahatnya itu.

"Dah dah kau tak payah nak berleter sangat eh mengalahkan mama aku. Aku saja datang sini melawat kau dan aku tahu waktu-waktu macam ni kau bukannya balik lagi, kau kan seorang yang workaholic mana boleh tinggalkan kerja ni awal. Kalau boleh nak tidur je dengan sini, pejabat ni kan dah macam rumah kedua kau." Perli Tengku Eyash sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali. Arasy menjeling tajam Tengku Eyash yang sedang memerlinya. Bukan dia tak kenal sahabatnya seorang ni bab perli-memerli memang nombor syatu.

Hehehehehehehe...

"Kau kalau datang sini, nak perli aku baik kau balik. Aku ni banyak kerja nak kena siapkan." Dingin saja suara Arasy menyapa sistem pendengaran Tengku Eyash.

Tengku Eyash yang dengar suara dingin sahabatnya itu, "eh relax lah bro, aku bergurau je. Kau asal sensitif sangat ni, period ke?" gurau Tengku Eyash.

Pelik macam mana orang sedingin Tengku Eyash ni boleh bergurau macam ni, sebab dia ialah Arasy Mareeq. Kalau dengan keluarganya lagi lah boleh dengar gelak ketawa Tengku Eyash lagi-lagi kalau adik perempuan kesayangan memang tak berhenti dia gelak. Hanya orang tertentu sahaja boleh melihat sis Tengku Eyash yang ini, siapalah yang beruntung dapat Tengku Eyash Tengku Eidlan Lazman ni kan.

HAHAHAHAHAHAHAHA

"Layna macam mana okay?" Arasy tiba-tiba tanya tentang Tengku Elayna.

"Macam tu lah bro, masih sama cumanya nampak lah sikit perubahan sebab dia nak makan walaupun sikit" balas Tengku Eyash, wajahnya kembali seperti biasa.

"Haritu aku dengar papa aku ada tanya kau pasal Rissa kan, jadi apa jawapan kau?" Soal Tengku Eyash. Tersentak Arasy Mareeq dengan soalan rawak Tengku Eyash itu.

"Tak tahu lah, ya memang aku cintakan Layna tapi bukan dalam keadaan macam ni. Aku taknak Layna ingat aku ambil kesempatan atas apa yang jadi dekat dia. Mungkin selama ni dia hanya anggap aku kawan baik kau tak lebih daripada itu" perlahan saja suara Arasy Mareeq.

Tengku Eyash mengeluh perlahan, dia pun tak boleh nak buat keputusan sebab dia taknak adiknya itu kecewa lagi.

"Takpelah bro, kau solat istikharah dulu minta pertunjuk dari Allah SWT. InsyaAllah mesti ada jalannya. Minta nasihat mummy dengan daddy kau tanya pendapat mereka. Kalau betul kau jodoh yang terbaik untuk adik aku, aku dengan berbesar hati terima kau sebagai adik ipar aku." Nasihat Tengku Eyash sambil senyum nipis.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now