ELRASY CHAPTER 7

315 11 0
                                    


Seminggu sudah Tengku Elayna tidak berhubung dengan Adam sejak kejadian kemarin. Tengku Elayna rasa dia tidak patut buat Adam macam tu tapi hati dia sakit, walaupun perkara tu belum tentu benar hati dia tetap kecewa sedikit sebab Adam tidak bersikap jujur dengannya.

Adam banyak kali cuba untuk berhubung dengan Tengku Elayna siap datang rumah lagi tapi kedatangan dia tidak disambut dengan baik malah dihalau oleh Tengku Elman dan Tengku Eyash.

Mereka tahu Adam punca adik bongsu mereka berubah sampai macam ni. Bercakap bila perlu, makan pun sehari sekali. Boleh kata rumah mereka sudah tiada seri sebab satu-satunya penyeri dan penghibur di rumah itu menjadi pasif. Sampaikan Tengku Eidlan Lazman pun pelik dengan keadaan anak daranya itu.

Tengku Haleeda Naura menasihati kedua-dua anak bujangnya itu supaya tidak melayan Ada, seperti itu sebab dia tahu pasti ada salah faham antara anak daranya dengan jejak itu. Dia bukan tidak kenal anak perempuannya, kalau ada masalah pasti pendam sendiri sedangkan dia boleh sahaja berkongsi dengan mereka.

"Iman bukan saja taknak bagi mamat tu jumpa dengan adik tapi Iman taknak adik sedih lagi. Iman dengan Yash tengah kumpulkan bukti tentang perangai sebenar Adam dibelakang adik supaya adik tidak ditipu hidup-hidup macam ni lagi ma. Iman sayang Rissa jadi Elman tak sanggup tengok dia bazirkan air mata untuk jantan tak guna tu" balas Tengku Elman dengan nada yang tertahan supaya tidak kedengaran seperti dia marah mamanya.

Tengku Eyash mengangguk setuju dengan apa yang abang sulungnya sampaikan. Dia pun tak sanggup melihat adik perempuannya diperbodohkan oleh lelaki tak guna macam tu.

"Mama tak tahu apa yang korang rancangkan tapi mama minta sangat apabila korang dah dapat bukti, pastikan jelaskan dekat adik betul-betul. Jangan buat dia buat dia kecewa lagi walaupun dia dah cukup kecewa" luah Tengku Haleeda Naura dengan nada yang perlahan sahaja.

Tengku Elman dan Tengku Eyash yang mendengar luahan Tengku Haleeda Naura diam memandang satu sama lain dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Mama naik atas sekejap ye nak tengok adik sebab dia tak makan daripada pagi lagi, risau mama" pinta Tengku Haleeda Naura kepada anak lelakinya.

"Takpe mama biar Yash yang jenguk adik, mama pergi lah rehat dekat bilik mesti mama penat sebab Mak Jah cuti hari ini" suruh Tengku Eyash sebab dia nampak mamanya itu seperti penat saja. Mak Jah yang merupakan pembantu rumah mereka sedang bercuti jadi mama lah yang kena ambil alih untuk sementara waktu.

Tengku Haleeda Haura hanya senyum nipis mendengar suara anaknya itu.

"Yash, kau pergi tengok adik dulu, apa-apa kau update aku. Aku nak jumpa papa dekat pejabat ada meeting" jerit Tengku Elman Laaiq.

Tuk...tuk...tuk...

"Adik, abang yash masuk ye" kata Tengku Eyash Latiff

Beberapa ketukan di pintu bilik Tengku Elayna tapi tiada sebarang sahutan.

Tengku Eyash mengerutkan dahinya, takkan adiknya itu masih tidur sedangkan dah pukul 4.00 petang.

"Rissa?" Panggil Tengku Eyash tapi masih diam tiada sebarang sahutan.

Terus saja Tengku Eyash merempuh masuk bilik adiknya tapi dia tak nampak siapa-siapa pun. Dia mendengar bunyi pancuran air di dalam bilik air. Dia mengetuk pintu bilik air itu tapi tiada reaksi. Dia merempuh masuk lalu dia nampak satu susuk sedang duduk di bawah pancuran air.

"Ya Allah adik, kenapa adik duduk bawah air ni lama-lama nanti adik demam lah" kata Tengku Eyash dengan riak wajah risau.

Dia mencempung adiknya ke luar bilik air, "Mama naik sekejap tolong Yash, Rissa ni mama" seru Tengku Eyash.

"Kenapa Yash?" Soal Tengku Haleeda Naura sambil mendaki tangga menuju ke bilik anak perempuannya.

"Kenapa dengan adik ni Yash basah lencun macam ni?" Tanya Tengku Haleeda Naura dengan wajah yang risau tengok keadaan anak perempuannya itu.

Tengku Elayna Larissa yang kelihatan seperti mayat hidup hanya mendengar aje suara mama dan abangnya.

Dia memandang Tengku Haleeda sambil mendongak ke atas untuk menahan air mata daripada jatuh simbah ke bumi. Dia tak suka menangis depan keluarganya sebab tu dia menangis di bawah pancuran air supaya air itu boleh mengalir sekali dengan pancuran air.

"Adik kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali? Adik gaduh dengan Adam? Apa yang Adam buat sampai adik sanggup seksa diri macam ni sekali?" Soal Tengku Haleeda Naura bertubi-tubi.

Tengku Elayna hanya diam termenung memandang mamanya.

"Rissa takde bukti pun yang Adam curang dengan Rissa dan semua yang Rissa tahu tentang Adam, semua Rissa tahu dari Anggun je. Bila Rissa tanya Adam dia takde pun cakap pasal dia keluar semua tapi kenapa rasa dia sakit sangat ma? Kenapa Rissa rasa Adam tipu Rissa? Patutkah Rissa percaya dengan kata hati Rissa ma?" Tengku Elayna bersuara lepas lama berdiam diri.

"Adik taknak buat keputusan yang terburu-buru untuk percaya bulat-bulat apa yang Anggun cakap tapi adik tahu Anggu takkan tipu adik cuma adik takut bila adik tahu perkara sebenar, adik akan lebih sakit daripada ni" kata Tengku Elayna lagi apabila mama dan abangnya hanya diam mendengar luahannya.

"Cuba adik cerita dekat mama apa yang Adam buat dan apa yang Anggun bagitahu adik tentang Adam?" Suruh Tengku Haleeda Naura.

"Takde apa lah ma, pandai lah adik nak selesaikan masalah ni dengan Adam. Adik taknak susahkan siapa pun dengan masalah adik yang tak mengarut ni" jelas Tengku Elayna. Dia bukan tak mahu berkongsi cuma dia rasa perkara biarlah dia selesaikan dengan Adam sahaja tanpa masuk tangan dari siapa pun. Dia taknak keputusan yang dia akan buat berdasarkan pandangan orang sebab dia kenal Adam cuma kalau betul apa yang Anggun dan abang-abangnya pernah bagitahu mungkin dia akan hancur-sehancurnya.

"Hmm dah kalau adik cakap begitu taknak lah mama paksa adik cuma mama nak pesan selagi masalah ni boleh selesai, selesaikan lah dengan cara baik jangan ikut emosi sangat. Mama taknak adik menyesal di kemudian hari sebab mama nampak Adam tu ikhlas sayangkan adik. Adik tahu kan adik boleh kongsi dengan mama apa yang adik rasa" nasihat Tengku Haleeda kepada anak perempuannya.

Tengku Elayna hanya senyum nipis mendengar nasihat mamanya manakala Tengku Eyash senyum sinis sebab dia tahu perangai Adam yang sebenar cuma tunggu masa nak bongkarkan rahsia mamat tak guna tu.

"Tch...ikhlas lah sangat, memang mati mamat ni aku kerjakan kalau bukti dah cukup" bisik Tengku Eyash perlahan.

Tak lama lepas itu, mereka dua keluar dari bilik Tengku Elayna untuk memberi ruang Tengku Elayna berehat sebab mukanya dah pucat sangat.

"Buatlah yang terbaik untuk adik Yash, mama taknak tengok adik macam tu lagi" suruh Tengku Haleeda Naura sambil menepuk lembut bahu anak lelakinya itu.

Tengku Eyash hanya senyum dan mengangguk perlahan.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now