ELRASY CHAPTER 6

306 12 0
                                    

"El tadi aku singgah univerisiti kejap sebab lecturer aku nak jumpa lepas itu aku ternampak Adam dengan Laila berdua jalan nak pergi dekat kereta kot. Aku ingatkan Laila nak kereta sendiri tapi tak weh dia naik dengan Adam, bukan main mesra aku tengok dorang berdua tu macam ada something fishy je. Eh aku bagitahu kau ni sebab aku taknak kau anggap aku tipu bila kau dah tahu kebenaran nanti. Ye memang aku dengan Del tak suka dengan Adam tu tapi takdelah sampai kitaorang nak hancurkan hubungan korang. Terpulang kau nak percaya ke tak tapi aku dah bagitahu kau ni pun dah lega sebab aku tahu aku tak tipu" ujar Anggun semasa dia singgah di rumah Tengku Elayna tadi sebab Tengku Elayna nak beri dia kek batik.

Apa yang disampaikan oleh Anggun tadi sikit sebanyak membuatkan Tengku Elayna curiga dengan Adam tambah-tambah lagi dengan apa yang dia nampak haritu tapi dia masih berfikiran positif tentang Adam tapi takkan Anggun nak tipu dia.

Dia tersepit antara dua, sama ada nak percaya kawan baiknya atau Adam kekasih hatinya. Dia bukan lah orang yang suka menuduh tanpa bukti sebab tu dia susah nak percaya bila orang sekeliling berkata buruk tentang Adam melainkan dia nampak dengan mata kepala dia sendiri.

Tidak bermakna yang dia akan tolak mentah-mentah tentang itu cuma dia masih percayakan Adam walaupun sekarang kepercayaan semakin berkurang. Dia perlu tanya Adam tentang situ supaya hati dia tenang dan tak buruk sangka. Dia mencapai telefon di atas meja, nombor Adam di dial...

"Hello El, ada apa awak call saya?"

"Adam, awak sibuk ke? Kalau tak saya nak cakap sikit dengan awawk boleh?

"Sekarang tak sibuk pun, kenapa awak nak cakap tentang apa?"

"Haritu awak ada pergi universiti saya ke? Awak pergi dengan siapa dan awak buat apa?" soal Tengku Elayna sedaya upaya menahan suara supaya Adam tidak syak apa-apa.

"Ya haritu dengan kawan saya lah, saya jemput dia balik sebab kereta dia rosak" jawab Adam tanpa syak apa-apa.

Tengku Elayna yang mendengar jawapan Adam terus berasa sayu, jadi betul lah Adam jumpa dengan Laila tapi kenapa Adam tak bagitahu dia pun. Dia dah tak penting ke dalam hidup Adam sebab selalunya Adam akan bagitahu dia kemana je Adam nak pergi atau dengan sapa.

"Hello El, awak okay ke kenapa diam je?" soal Adam bila Tengku Elayna diam seketika di panggil.

"Saya okay je, saya nak tanya tu je. Saya letak dulu" tak menunggu balasan Adam, Tengku Elayna terus mematikan panggilan itu. Adam tak sempat nak jawab terus panggilan terputus.

Hairan dia kenapa Tengku Elayna tiba bersikap begitu, mungkin perasaannya kot.

Tamat saja panggilan, tanpa disedari air mata mengalir di pipi lalu Tengku Elayna mengelapnya. Kenapa dia nak kena rasa macam ni kalau dia yakin yang Adam takkan tipu dia dan takkan curang dengan dia.

Dia dah cuba sebaik mungkin untuk tidak buruk sangka dengan Adam tapi perasaan dia kuat mengatakan Adam ada sembunyikan sesuatu dibelakangnya.

Tuk, tuk, tuk

Dengar ketukan pintu terus Tengku Elayna mengelap air matanya.

"Masuklah" seru Tengku Elayna perlahan.

Tengku Elman menguak pintu bilik adik kesayangannya itu tapi matanya dia tertumpu kepada Tengku Elayna yang duduk bersila disebelah katil menghadap balkoni biliknya. Niatnya masuk bilik Tengku Elayna sebab nak beri barang milik Tengku Elayna yang dia pinjam tapi dia pelik sebab adiknya itu tidak mengendahkannya.

Selalu kalau dia masuk bilik Tengku Elayna, adiknya akan bising menghalaunya keluar tapi hari ini adiknya senyap sahaja.

"Adik abang ni kenapa, senyap je" soal Tengku Elman.

Tengku Elayna yang mendengar soalan abangnya itu terus berpusing memandang abangnya tanpa sengaja air matanya mengalir laju bak air terjun. Tengku Elman terkejut melihat adiknya menangis terus dia bertindak memeluk adiknya itu.

Tak tahu kenapa hati dia sakit tengok adiknya menangis macam ni.

"Principessa kenapa menangis ni? Siapa yang buat adik abang ni?" Bertubi-tubi soalan dia tanya Tengku Elayna.

Tengku Elayna hanya menangis di dalam pelukan abangnya. Tak tahu kenapa dia rasa tenang sedikit dalam pelukan Tengku Elman.

Tengku Elman mengeluh perlahan sebab dia tahu Tengku Elayna susah nak berkongsi apa yang dia lalui kalau dia rasa perkara tu tidak penting untuk dia kongsikan.

"Shhh..." pujuk Tengku Elman

"Abang tahu adik kuat, nanti bila adik dah ready nak kongsi dengan abang sebab adik menangis, adik cakap je okay. Abang sentiasa bersedia menjadi tempat untuk adik meluah" pesan Tengku Elman sambil mengusap lembut belakang Tengku Elayna seperti memujuk seorang bayi yang sedang menangis.

Tengku Elayna hanya mengangguk perlahan, dia tidak bermaya untuk bercakap mungkin sebab banyak menangis. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu menangis teruk macam ni sedangkan dia hanya overthinking je.

Selang beberapa minit, Tengku Elman mendengar dengkuran halus lalu dia mengintai wajah Tengku Elayna yang sedang tidur. Mungkin penat menangis agaknya.

"Abang tahu Rissa nangis sebab jantan tak guna tu tapi abang nak Rissa yang cerita dengan mulut Rissa sendiri dan bila abang dah dapat bukti yang cukup, masa tu mamat tu takkan berani dekat dengan Rissa lagi" bisik Tengku Elman sendiri.

Dia tak boleh tengok orang lain sakitkan hati adiknya itu. Mereka sekeluarga menyayangi serta melindungi Tengku Elayna bagai menantang minyak penuh dari kecil takkan semudah itu dia nak biarkan orang luar nak sakitkan hati adik perempuannya itu.

.....

"Rasy ada contact dengan El tak?" Soal Anggerik Mayesa kepada kembarnya itu.

Arasy Mareeq hanya menggeleng kepala menandakan dia tidak berhubung dengan Tengku Elayna.

"May ada cuba untuk call El tapi dia tak angkat. Dua hari dah May cuba still sama. Rasy tidak ada tanya Eyash kenapa El tak angkat panggilannya" tanya Anggerik Mayesa.

"Tak tahu, tidak ada pula Rasy jumpa dengan Eyash sejak haritu sebabnya Eyash sibuk dengan projek syarikatnya yang menimbun" balas Arasy Mareeq.

Banyak syarikat yang berebut supaya syarikat milik usahawan muda itu untuk melabur dalam syarikat mereka. Jadi Tengku Eyash agak sibuk menyemak proposal yang dihantar.

Anggerik mengangguk faham.

Arasy juga dah lama tidak mendengar khabar Tengku Elayna sebab dia tidak berjumpa dengan Tengku Eyash. Minggu lepas semasa dia melawat rumah mereka, Tengku Elayna dan Tengku Eyash tiada di rumah.

Mereka ke Penang sebab Tengku Elayna ada projek yang dia kena siapkan.

Mengingatkan Tengku Elayna, Arasy Mareeq tersenyum sendiri. Andai dia bertindak lebih awal dahulu, pasti wanita itu sekarang miliknya tapi mungkin bukan jodoh.

Dia sudah hampir putus asa menunggu wanita itu. Patutkah dia berhenti menunggu dan cuba buka hati untuk perempuan lain masuk ke dalam hatinya.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now