Amanda Inara melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Dia perlu balik sekarang kalau tidak ayah tirinya akan bising. Dia menjenguk bilik Arasy Mareeq sebab bos nya itu seperti tiada tanda-tanda mahu pulang.
Dia bangun dari mejanya berjalan menuju ke bilik Arasy Mareeq. Dia mengetuk perlahan pintu bilik itu.
"Masuk." Arasy Mareeq memanggil insan yang mengetuk pintu biliknya.
"Tuan Arasy" panggil Amanda lembut.
Arasy mengangkat kepala memandang tuan badan yang menyeru namanya itu. Dia memandang lama ke arah personal assistant nya apabila wanita itu hanya mendiamkan diri sahaja. Arasy menjungkit kening melihat tingkah laku wanita itu.
"Awak ada nak cakap apa-apa ke Amanda?" Soal Arasy dengan nada mendatar apabila wanita itu tidak bercakap.
"Saya nak minta izin Tuan Arasy untuk balik awal hari ni boleh?" Amanda menguis tangannya sambil menunggu jawapan bos nya. Selalunya dia akan balik awak tapi disebabkan syarikat ini mempunyai projek yang agak besar jadi dia perlu kerja lebih masa.
Sudah seminggu dia balik lambat dan dia sudah tidak tahan dimarah dan ditengking oleh ayah tirinya jadi dia terpaksa minta izin untuk balik awal.
Alasan ayah tirinya marahkan dia sebab ingat dia saja mengelak untuk berjumpa dengan lelaki itu. Ayah tirinya itu kaki pukul dan suka melepaskan kemarahannya pada Amanda apabila lelaki itu bergaduh dengan uminya. Tapi sekali pun dia tidak pernah mengadu kerana tahu uminya itu tidak akan percaya malah menuduhnya kerana menganggap dia membenci ayah tirinya.
"Lah awak ni. Saya dah cakap kalau nak balik awal, balik aje tak perlu minta izin saya. Dah seminggu lebih awak kerja lebih masa tau, saya pula yang rasa serba salah. Awak balik aje Amanda tak perlu minta izin saya, kalau saya nak minta fail ke apa pandai lah saya cari. Dah pukul 7 ni baik awak balik. Orang perempuan tak elok balik lambat. Saya minta maaf ye sebab buat awak kerja lebih masa." Rasa bersalah pula dia sebab bagi wanita itu kerja lebih masa.
Amanda hanya mampu senyum nipis mendengar jawapan Arasy Mareeq. Sebenarnya dia tidak kisah pun untuk bekerja lebih masa malah dia lagi rela tapi itu lah kalau lambat sikit aje habis badannya yang akan jadi mangsa untuk ayah tirinya melepaskan kemarahan.
"Kalau macam tu saya balik dulu ye Tuan. Kalau Tuan nak fail tentang projek Semporna tu, saya dah letakkan atas meja nanti Tuan cari aje.L Sempat lagi dia berpesan kepada Arasy Mareeq tentang kedudukan fail projek itu. Arasy hanya mengangguk kemudian sambung kerjanya.
Belum sempat dia melangkah keluar dari bilik itu, namanya diseru semula.
"Amanda" panggil Arasy
"Ye Tuan, ada apa-apa ke?" Amanda berpaling semula memandang Arasy Mareeq.
Arasy diam sejenak sebelum dia berfikir panjang sama ada perlu atau tidak dia menyibuk tentang PA nya itu.
"Awak ada masalah ke?" Amanda terkejut tiba-tiba Arasy menyoalnya begitu
"Tidak ada lah Tuan, saya okay aje" balasnya dengan yakin. Arasy mengangguk mendengar jawapan Amanda dan dia menyuruh Amanda keluar dari biliknya. Dia mengambil beg tangannya terus keluar dari pejabat dan menuju ke perhentian bas.
...
Sudah hampir sejam dia menunggu bas tetapi sampai sekarang dia tidak nampak sebuah bas pun lalu. Dia mengerli jam tangannya sudah pukul 8.00 malam, habis lah ayah tirinya pasti akan mengamuk lagi. Sudah lah laluan bas itu gelap sebab tiada lampu jalan. Bermacam-macam perkara yang negatif terlintas difikirnya.
Dia tiba-tiba ternampak ada tiga biji motor yang sedang menuju ke arahnya. Dia sudah susah hati ni, macam kalau benda buruk jadi. Dia berdoa banyak-banyak dalam hati agar tidak ditimpa sebarang musibah.