ELRASY CHAPTER 22

353 14 2
                                    

Selesaikan berjumpa dengan Arasy, Tengku Elayna terus pecut untuk berjumpa dengan kawan baiknya. Nasib lah tempat yang mereka tetapkan tidak jauh dari tempat dia berjumpa dengan Arasy.

Anggun Batrisya dan Delila Kairina yang nampak akan kelibat Tengku Elayna tidak jauh dari situ sudah tersenyum. Rindunya mereka akan gadis itu. Dua tahun mereka tidak bertemu, yang ada hanyalah perbualan melalui telefon sahaja.

Mereka terus berlari untuk memeluk gerangan itu. Tengku Elayna terkejut apabila dirinya diterpa sebegitu tapi terbit senyuman manis apabila terasa dirinya dipeluk erat oleh dua sahabat baiknya.

"Ya Allah El, rindunya kitaorang dekat kau" Anggun memeluk tubuh genit itu dengan erat. Tengku Elayna hanya tersenyum mendengar luahan itu. Matanya melirik kepada Delila yang hanya berdiri tegak itu. Kawannya yang seorang ini pemalu orangnya. Mana mahunya berpelukan di khalayak ramai. Tadi pun dia peluk Tengku Elayna sekejap aje.

Tengku Elayna meleraikan pelukan Anggun lalu bertindak memeluk Delila. Kaku terus tubuh gadis itu.

"Kau tak rindu aku ke Del?" Soal Tengku Elayna seraya melepaskan pelukan. Delila sudah menjeling Tengku Elayna, saja lah tu nak menyakat dia.

"Gila dia tak rindu kau El. Kalau kau nak tahu dia lah yang paling rindu kau tau. Hampir setiap hari dia tanya bila kau nak balik dah macam boyfriend kau dah." Delila memukul kuat bahu Anggun, ada ke patut cakap macam tu. Malu lah dia.

Anggun membuat muka menahan sakit. Bisa juga eh tangan perempuan ni. Sakit bahu aku ni.

"Dah jangan gaduh, jom masuk. Takkan nak borak dekat luar ni pulak" Tengku Elayna menarik tangan kedua-dua kawannya masuk ke dalam restoran itu.

Tiba di meja yang sudah ditempah, mereka memesan beberapa makanan dan minuman. Anggun lah paling banyak order. Pantang orang pelawa nak belanja terus tak lepaskan peluang.

Sementara menunggu makanan sampai, mereka bertukar cerita tentang apa yang berlaku sepanjang dua tahun berpisah dengan Tengku Elayna.

"Babe, aku nak luahkan something ni" Tengku Elayna tiba-tiba bersuara.

Serentak mereka berdua memandang Tengku Elayna yang kelihatan agak serius.

"Aku dah bertunang" jujur Tengku Elayna tetapi kenyataannya itu tidak mengejut Anggun mahupun Delila. Jangan cakap yang mereka sebenarnya pun tahu tentang hal ini.

Anggun dan Delila sudah bertukar pandangan dan menyiku satu sama lain. Anggun memberi isyarat seolah-olah menyuruh Delila jujur.

Tengku Elayna menjongketkan keningnya menunggu apa yang nak disampaikan oleh kedua-dua gadis itu.

"Err...sebenarnya...sebenarnya kitaorang dah tahu pasal tu El tapi lepas sebulan korang bertunang. Itu pun mama yang bagitahu. Kitaorang cuba bagitahu kau tapi setiap kali kitaorang cuba hubungi kau mesti tak dapat. Mama pula minta kitaorang rahsiakan sebab tu kitaorang tak bagitahu kau. I'm sorry" Delila menjelaskan semuanya dengan tenang. Dia taknak Tengku Elayna rasa yang mereka membelakanginya.

"Kitaorang minta maaf El. Kitaorang terpaksa." Anggun mencelah pula.

Tengku Elayna mengeluh perlahan mendengar penjelasan itu. Dia terasa tapi benda dah jadi, dia tak boleh buat apa. Dia dah bagi peluang pun dekat Arasy. Nak taknak kena hadap juga kan.

"Takpelah aku tak marah korang, don't worry. Aku dah terima semua ni cuma perlukan masa untuk terima Arasy dalam hidup aku." Tengku Elayna senyum nipis.

Lega mereka apabila tahu Tengku Elayna tidak marahkan mereka. Tapi mereka perasan akan wajah suram gadis itu. Tengku Elayna tidak seceria selalu. Mesti ada perkara yang dia fikirkan.

Mi Cielo [HIATUS]Where stories live. Discover now