𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
| POV 1 |
Dari jauh, aku lihat seorang perempuan sedang membelakangiku. Berpakaian serba putih. Aku menapak mendekatinya, perlahan. Angin sejuk yang entah dari mana menampar lembut kulit tubuhku, dingin sekali rasanya sehingga ke tulang hitam.
"Humaira." Membulat mata aku saat mendengar suara seorang perempuan yang sangat aku kenali, itu suara ibu! Makin laju langkah kakiku mahu mendapatkannya namun semakin aku mahu mendekatinya, tubuh ibu semakin jauh.
"Bu!" Aku mencuba, laju aku membuka langkah namun sia-sia kerana tubuh ibu tetap tidak dapat aku capai. Wanita itu memalingkan badan menghadap ke arahku, ibu sedang tersenyum manis sambil memandangku. Berlinang air mata aku membasahi pipi.
"Bu!" Kakiku kembali bergerak laju hendak mendapatkan ibu namun tubuh wanita itu semakin jauh sebelum hilang dari pandangan mataku. Tidak! Tidak mungkin! Ibu tak boleh pergi meninggalkan aku dengan cara begini!
"Cik Humaira!" Tercelik luas mataku saat suara Kak Linda menerjah kuat di dalam telinga. Nafasku berombak ganas bersama wajah dan tubuhku yang sudah lecuh dengan peluh. Mataku memandang wajah cemas Kak Linda, aku liarkan bebola mata melihat bilik yang aku huni ini.
"Cik Humaira? Cik Humaira okey? Berpeluh-peluh ni! Kak Lin telefon Tuan Dylan—" Belum sempat Kak Linda mahu bergerak aku lebih pantas memaut lengannya. Kak Linda memandang wajahku, aku gelengkan kepala dengan perlahan sebelum bangkit dari pembaringan. Belakang tubuh aku sandarkan pada kepala katil.
"Cik Humaira betul-betul okey?" Kak Linda menyoalku, aku angguk kepala sebelum tersenyum nipis. Kepala aku palingkan menghadap ke arah meja di tepi katil, buku nota kecilku ada di situ. Kak Linda yang perasan akan renunganku terus mengambil buku nota dan juga pen sebelum diletakkan di atas gebar yang menutupi tubuh bawah pinggangku.
Aira okey, Kak Lin. Aira cuma mimpi buruk je tadi.
Aku berikan buku itu kepada Kak Linda. Aku perasan Kak Linda menghela nafas perlahan sebelum meletakkan buku nota itu di atas ribaku kembali, dia menggenggam sebelah tanganku sebelum menatap wajahku.
"Kak Lin dengar Cik Humaira macam merengek. Tu yang Kak Lin naik tengok. Aira mimpi apa sampai menangis berpeluh ni?" Aku tersenyum kecil sebelum menghela nafas perlahan. Tangan kecilku yang digenggam oleh Kak Linda aku pandang lama, tenang sahaja rasanya pada waktu ini. Mimpi buruk sebentar tadi cukup-cukup buatkan aku tidak mampu untuk lelapkan kembali mataku.
Aku lepaskan tangan Kak Linda sebelum aku tulis sesuatu sebelum aku suakan di hadapannya kembali.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐇
Romansa𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 1 - The leader of evil DYLAN MIKAEL - Disebalik namanya yang gah, dia lelaki yang sangat misteri. Renung matanya sangat tajam bagaikan bilah pisau yang baru diasah. Wajahnya dingin tidak berperasaan. Setiap kali arahan ya...