𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟔

8.1K 786 29
                                    

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| POV 1 |

Aku telan air liur sambil mata meliar melihat rumah ibu bapa saudaraku. Berat sungguh hatiku mahu pulang, otak sudah dipenuhi dengan segala andaianku sendiri. Bagaimana kalau along  iaitu Rahaikal marah aku kerana tidak pulang? Mesti ibu saudaraku itu mengamuk sakan kan? Aku hela nafas perlahan.

"Get out." Dingin berais suara Tuan Dylan menyebabkan aku segera memandang ke arahnya, dia tidak melihatku dan hanya bersandar sambil memandang hadapan. Aku gigit bibir bawahku namun tubuh kaku tidak bergerak. Aku paling memandang hadapan tatkala Zariel berlalu keluar, terkebil-kebil namun mataku mengikut gerak tubuh lelaki itu. Zariel menuju ke arah pintuku sebelum dibukanya perlahan, kini pintu sebelahku sudah terbuka luas. Zariel tersenyum kecil dan menunggu aku keluar.

Aku hela nafas perlahan, buku nota kecil yang aku pegang tadi aku pandang sebelum aku tuliskan sesuatu buat Tuan Dylan. Tidak lama masa yang diambil, aku koyak kertas itu dari buku nota kecilku sebelum aku letakkan di atas peha Tuan Dylan. Aku lihat dia menunduk memandang kertas itu dan terus aku keluar dari keretanya. Keluar sahaja dari kereta, aku perasan pekerja-pekerja Tuan Dylan yang mengikuti kami itu sudah keluar dari kereta apabila melihat aku dan Zariel berada di luar kereta.

Zariel tutup pintu kereta sebelum berpaling memandangku. Aku tersenyum kelat.

"Terima kasih sebab bantu saya selama ni. Saya hargai sangat-sangat."

Aku lihat Zariel tersenyum sebelum menundukkan kepalanya di hadapanku, senang hati aku dengan lelaki ini. Dia seorang sahaja yang mampu memahami apa yang aku mahu katakan tanpa bantuan kertas. Pasti lelaki ini terlalu hebat kan? Kerana tidak semua orang ambil peduli akan bahasa isyarat.

Aku palingkan kepala memandang kereta, cermin kereta gelap itu membataskan aku untuk melihat lelaki yang berada di dalam kenderaan tersebut. Senyum kecil aku berikan walaupun aku tidak tahu dia lihat atau tidak ke arahku. Senyum tanda kita hargai pertolongan orang itu! Walaupun aku bisu, bibirku masih mampu mengukirkan senyuman, aku bangga dan bersyukur dengan hal itu.

"Humaira!" Aku tersentak apabila suara jerkahan orang yang sangat aku kenal tiba-tiba menghentam kuat gegendang telingaku. Kelihatan abang sepupuku berjalan laju meluru ke arahku, wajahnya tampak sangat garang. Aku telan air liur namun aku ukirkan senyum kecilku.

"Aira pergi mana hah? Kau tahu tak aku macam orang gila cari kau!" Berkerut dahiku apabila lenganku tiba-tiba sahaja dicengkam kuat oleh Rahaikal, sakit! Tidak pernah dia memperlakukan aku seperti ini. Aku lihat Rahaikal memandang Zariel yang berada di belakangku.

"Haikal! Kenapa tu?" Suara perempuan pula kedengaran. Aku memandang ibu bapa saudaraku yang keluar dari rumah. Rayana pula dengan segera mengikut jejak ibu bapanya. Aku gigit bibir bawah. Allah, tolonglah. Bagaimana aku mahu terangkan semuanya ni?

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐇 Where stories live. Discover now