𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟕

8.4K 808 43
                                    

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| POV 1 |

"Cik Humaira. Kak Lin ada bawakan makanan. Makan jom." Aku yang sedang bersila di atas katil baru habis membaca Al-Quran terus memandang Kak Lin yang membawa dulang dipenuhi makanan. Dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik dan terus meletakkan dulang tersebut di atas meja dekat dengan sofa. Aku tersenyum kecil dan terus bangun dari katil, Al-Quran aku letakkan di atas meja solek.

"Cik Humaira makan ya? Kak Lin nak kemas dapur sekejap." Baru sahaja Kak Lin hendak meninggalkanku, dia kembali berpaling saat aku pegang lengannya. Aku berikan senyuman kecil sebelum aku peluk tubuh Kak Lin. Aku rindu ibu.

"Cik Humaira? Kenapa ni?" Kak Lin segera membalas pelukanku. Kepalaku yang tersarung dengan tudung itu terasa diusap lembut oleh Kak Lin. Aku diam sahaja, air mata yang mahu keluar aku usap laju.

"Cik Humaira okey?" Aku leraikan pelukan pada tubuh Kak Lin, wajahnya aku pandang bersama senyuman nipis. Aku angguk perlahan kepalaku bagi membalas soalannya. Dia tersenyum dan mengusap lembut tepi bahuku.

"Cik Humaira makan ya? Kalau ada apa-apa, Kak Lin ada di bawah." Sudah berkali-kali aku menyuruh Kak Lin memanggilku Aira tetapi Kak Lin tetap dengan 'Cik Humaira' nya itu. Bukan Kak Lin sahaja, semua anak buah Tuan Dylan sebegitu. Pasrah aku! Aku bukannya majikan mereka. Tak perlulah hormat aku seperti itu.

Aku lihat Kak Lin keluar dan menutup dengan perlahan pintu bilik, aku pusing memandang dulang makanan. Ini pun satu, dah banyak kali aku mengatakan yang aku boleh turun ke dapur sendiri untuk makan. Tidak usahlah sampai membawa makanan ke dalam bilik. Tetapi apabila aku menolak semua itu, Kak Lin sering kata ini arahan Tuan Dylan. Lelaki itu masih fikir aku sakitkah? Lukaku sudah kering dan tidak sakit. Pelik tetapi tak apa lah, aku bukan siapa-siapa yang boleh membantahnya.

| ••••• |

"Assalmmualakum Kak Lin!" Aku yang berada di sofa berpaling memandang seorang gadis bertudung yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Selamba sahaja gayanya, berkerut dahiku melihat telatah gadis cantik tersebut. Cantik? Ya sangat cantik. Seperti model pun ada, dengan tinggi dan putih melepak! Gadis itu sedikit terkejut memandang aku yang berada di sofa tetapi tetap melemparkan senyuman manis. Aku tersenyum nipis namun otak sedang memikirkan sesuatu. Siapa? Adik Tuan Dylan kah?

"Tengku Aqila. Tuan Dylan tiada. Belum pulang lagi." Kak Lin yang baru keluar dari bahagian dapur segera berjalan mendekati gadis tadi. Aku lihat wajah Kak Lin tampak seakan cemas namun sedaya upaya cuba disorok. Tengku Aqila? Wah! Tengku!

"Ya ke? Tak apa lah. Ini Qila ada belikan makanan untuk Dylan. Erm ni siapa Kak Lin?" Tengku Aqila memandang ke arahku bersama senyuman manisnya. Aku hanya diam dan melihat sahaja.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐇 Where stories live. Discover now