Aku Mia Miciela. Hidupku penuh dengan drama. Aku tidak hidup senang seperti orang lain. Meskipun aku mempunyai harta yang banyak, ada segalanya, tapi.. aku tidak mempunyai kasih sayang. Aku hanya hidup keseorangan dan.. aku juga tak tahu.. dari mana datangnya duit aku yang tidak terkira di dalam bank. Setiap kali aku memeriksanya, aku dapat ketahui.. satu hari ada 10 000 duit akan masuk ke dalam bank aku. Aku bimbang. Aku mesti mencari siapakah makhluk itu. Aku hanya hidup bersama Aunty Lily. Dia bukanlah ibu kandung, tapi dia jaga aku atas arahan seseorang. Aku musykil. Kenapa hidup aku penuh dengan persoalan. Kenapa begitu misteri sekali hidupku ini..? Mengapa aku terlahir untuk menghadapi nasib sebegini? Aku mahu hidup seperti orang lain. Namun aku tiada apa yang mampu dibuat. Sudah 23 tahun aku hidup begini. Tapi masih tidak ketahui siapa dalangnya. Dan aku bersumpah, jika aku temui, aku akan balas dendam yang setimpal.
" weh Elina... Aku masih lagi musykil. Aku masih tertanya tanya. Kenapa aku hidup tidak mempunyai ibu atau bapa? Tapi sebaliknya hanya dengan Aunty aku je. Aku tak sedap hatilah, Elina. Makin aku besar, makin aku rasa aku tak sedap hati ". Kataku kepada rakan bernama Elina Michael. Dia sajalah yang aku ada. Satu-satunya kawan yang paling aku percaya.
Elina menghirup kopi sedikit demi sedikit. Matanya di juling ke atas tanda menyampah.
" kau ni, Mia. Asyik tanya aku soalan yang sama. Satu hari sekali pula tu. Bosan aku. Kau janganlah risau. Aku rasa mesti ada sebab kenapa ada orang jaga kau senyap-senyap. Lagipun, kau ada ramai bodyguard kan? Tak adalah rasa bahaya sangat. "" tapi, aku nak tahu siapa. Aku tak nak benda ni terus menjadi misteri sampai aku mati. Aku mesti cari siapa dia. Duit bank aku pun banyak gila. Aku takut. Siapa yang masukkan duit sebanyak tu? Aku hanya kerja sebagai kerani biasa. Gaji pun tak sampai 10 000. " Mia menggigil. Jelas nampak mukanya kerisauan.
" hahaha! Pelik la kau ni, Mia! Kau patut bersyukur sebab ada orang bagi kau duit free- free macam tu. Aku cemburu, Mia." Elina ketawa besar. Sampai menepuk bahu Mia sehingga Mia kebelakang. Namun itu tidak membuatkan Mia ketawa. Dia masih lagi dalam mod serius nya. Baginya, ini bukan satu gurauan. Ini mungkin bakal melibatkan nyawa dia nanti. Mia bangkit lalu meninggalkan Elina.
" eh kau nak pergi mana? Jangan merajuk ya! Aku bergurau je! " Suara Elina kuat dari jauh melihatkan rakannya yang sudah berlalu pergi. Mia langsung tidak memandang. Huh..orang tengah serius, boleh pula dia main-main! Geram aku dibuatnya!
Handphone Mia berdering. Lambat lambat Mia mahu mencapai handphone nya di meja sisi katilnya. Jam menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Dia terkejut kerana nombor yang menelefonnya itu tidak dikenali. Rasa takut untuk angkat tapi, dia mempunyai rasa ingin tahu. Mungkinkah manusia yang dicari-cari nya itu?
" hello? Siapa ni? " nada Mia kedengaran sedikit bergetar. Ya dia takut. Dia juga mengekalkan untuk tabah.
" Meet me at the street tonight. I'll be waiting for you at 10 pm. Don't be late. "
" Sekejap! Siapa kau?! Macam mana kau boleh jumpa nombor aku? Tolong bagitau dulu siapa kau sebenarnya! Mesti kau ada niat jahat kan?! "
" What do you mean? Don't deny it. I said meet me tonight. No excuses. If you won't appear, I'll come to you. I know all about you also your address. What you're doing now, and what is your family, friends, everything about you is on my brain. " kedengaran ketawa kecil di hujung percakapannya. Terus dia mematikan panggilan.
" arghh! Stres nyaa!! " Mia menampar muka nya sendiri. Hampir menangis dibuatnya. Rasa takut pada dirinya makin membuak. Dia harus berjumpa dengan lelaki misteri tadi. Lelaki? Lelaki misteri? Dia baru sedar bahawa orang itu adalah lelaki! Tapi dia masih tak yakin. Apapun dia mesti kumpulkan kekuatan untuk berjumpa.
Tepat pukul 10 malam. Seperti yang dijanjikan, dia sudah menunggu di jalanan yang sunyi. Dia menerima lokasi tersebut dari lelaki misteri tadi. Tubuhnya seram sejuk. Dia tak sedap hati. Patutkah dia menghubungi Elina untuk menemani? Tapi dia takut yang dia akan bahayakan nyawa Elina. Biarlah dia saja yang cedera. Jangan orang yang dia sayang. Kedengaran seperti bunyi kereta memasuki kawasan yang sunyi itu. Tubuhnya makin kuat menggigil sehingga hampir terkencing dibuatnya. Dia menyesal. Mengapa dia perlu ikut kata lelaki itu? Dia sepatutnya mempertahankan diri!
Pintu kereta dibuka. Kereta yang serba hitam itu makin membuatkan dia overthinking! Seorang lelaki ber suit hitam keluar. Tapi, lelaki itu memakai topeng hitam di mukanya. Jadi Mia tidak dapat cam siapakah lelaki itu dan bagaimana rupanya. Badannya yang sasa itu makin buatkan dia rasa mahu melarikan diri. Lelaki itu datang mendekat. Dan...makin mendekat! Terus Mia mengorak langkah dan berlari selaju mungkin! Dengan ketinggian dia 162 cm, dia yakin bahawa dia boleh lari selaju mungkin. Namun, semuanya terlambat. Lengannya ditarik kasar oleh lelaki itu.
" aaarghh!! Please don't kill me!! Please don't kidnap me!! What is my fault?! ". Tubuh Mia meronta-ronta.
" shut up! Don't make noises! Just follow me! " Lelaki itu menekup mulut Mia dan ditolak masuk ke keretanya. Mia menjadi longlai dan terus pengsan.
Mia membuka matanya. Dia tersedar yang dia berada di atas katil. Tapi masih berbaju sama dengan yang dipakainya tadi. Tangannya diikat kemas. Dia makin menggigil. Kelihatan ada susuk tubuh yang memasuki ruangan bilik itu. Terus Mia buat-buat tidur. Takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
" just open your eyes and look at me "
Mia masih belum berani. Dia buat-buat tidak endah. Terasa ada yang mendekati dengan mukanya. Terasa ada yang berbisik di telinga nya. Kedengaran suara garau.
" i said look at me. Don't pretend like you were sleeping. I know you're already awake.. "
Mia masih berdegil. Sumpah dia takut! Terasa ada tubuh yang menghempapnya. Matanya dibuka sedikit. Lelaki itu berada di atasnya!
" aaaarghh!! Apa kau buat ni?!! " Mia tidak dapat bangun kerana tangganya sudah diikat. Tambah pula ada makhluk yang menghempapnya.
Lelaki itu hanya ketawa. Terus mengusap lembut pipi Mia.
" you look so cute... But it doesn't mean i will love you... You have debt with me you know..? "
YOU ARE READING
ENEMY OR HUSBAND?
RomanceSiapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya yang mancung, mulutnya merah. Apa yang penting baunya menjadi aura pertama. Dia ialah... Lelaki...